Follow Fitri Lyiana Amir di Facebook

Jumaat, 26 Mei 2017

Alat Bantu Mengajar : UPSI

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya nak berkongsi tentang alat bantu mengajar yang group kami buat bagi tugasan kursus Keterampilan Membaca di bawah bimbingan Prof. Mahzan. Pada mulanya kami hanya merancang hendak menerapkan teknik menerap imej di dalam ABM yang kami buat tapi saya terlebih rajin buat sehari sebelum pembentangan sejenis ABM yang berkonsepkan teater membaca. Ini adalah disebabkan saya mendapati bagi subjek Kesusasteraan Melayu atau Bahasa Melayu, pelajar sangat sukar untuk memahami jalan cerita yang dibaca atau diceritakan oleh guru. Oleh sebab itu, saya dan ahli kumpulan saya telah membuat satu alat yang membolehkan pelajar-pelajar melakonkan semula dialog-dialog menerusi watak-watak di dalam cerita dan hal ini akan membuatkan mereka jauh lebih faham berbanding hanya mendengar guru bercerita mengenai hikayat-hikayat yang kebanyakannya sangat banyak peristiwa yang terkandung di dalamnya. ABM tersebut adalah seperti di bawah:

Inilah alat bantu mengajar yang berkonsepkan teknik teater membaca tersebut. Sangat mudah dan fleksible. Situasi di dalam gambar yang dipinkan pada bahagian papan itu juga boleh ditukar-tukar bila-bila masa dan tugasan dialog yang perlu dilontarkan oleh pelajar ada di dalam kotak di sebelah kanan yang berwarna putih. Saya hanya mengambil masa beberapa jam untuk menyiapkan ABM ini dan sangat bersemangat untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan semoga pengalaman ini akan memudahkan saya dan ahli-ahli lain untuk praktikum di sekolah pada semester 7 kelak. Doakan kami ya :) Seterusnya gambar-gambar yang lain:

Bersama ahli-ahli kumpulan dan pensyarah kami. Prof. Mahzan.

Sekiranya ada guru-guru yang berminat untuk membuat ABM ini, amatlah dialu-alukan kerana ABM ini bukan sahaja akan berupaya menarik perhatian pelajar tetapi kesannya amat positif kerana mampu membuatkan pelajar faham sesuatu cerita di dalam subjek sastera dan bahasa. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan