Di kesempatan yang ada ini, saya nak berkongsi pengalaman menjadi cikgu praktikal di SMK Seri Bedena, Sungai Besar, Selangor yang lebih popular sebagai SSB. Betul, zaman praktikal tidak semudah teori yang kita belajar semasa kuliah di universiti. Pelbagai cabaran kita hadapi, sebagai persediaan untuk terjun ke dalam bidang perguruan yang sebenar. Cikgu-cikgu di SSB selalu memberi kata nasihat, apabila sudah menjadi guru sebenar nanti, lebih banyak cabaran yang akan dihadapi hari demi hari namun jika kita ikhlas mendidik anak-anak muda ini yang akan memacu negara suatu hari nanti, insyaaAllah, Allah akan permudahkan langkah untuk kita. Nasihat insan-insan berpengalaman ini aku pegang, semoga akan sampai masanya aku juga akan menjejak langkah mereka menjadi seorang guru tetap setelah habis pengajian di UPSI tahun hadapan( Doakan keputusan Latihan Mengajar kami cemerlang dan FYP kami dipermudahkan urusan) . Dan jutaan terima kasih juga kepada Pensyarah Penyelia, Prof. Madya Dr. Azhar Bin Haji Wahid kerana sanggup datang-datang jauh-jauh dari Tanjung Malim ke Sungai Besar untuk menyelia saya. Tak dilupakan kepada guru pembimbing yang saya panggil Mama, Cikgu Zainita Hussain yang banyak memberi nasihat serta tunjuk ajar. Semoga Allah membalas kebaikan kedua-dua insan ini dengan kebaikan berlipat kali ganda. Tak dilupakan kepada pihak pentadbir sekolah yang sangat baik - dari barisan pentadbir sampailah ke mak cik-mak cik cleaner. Allah, baik sungguh! Jasa kalian tak akan terlupakan menjag seorang Fitri ini dan rakan-rakan.
Gambar sewaktu Penyeliaan Guru Pembimbing yang pertama
Sebenarnya, ketika mula-mula masuk mengajar di sekolah, empat bulan itu terasa lama tetapi apabila sudah mula mengajar, buat RPH, buat JSK, melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti di sekolah, empat bulan itu terasa sangat singkat. Dalam masa empat bulan itu, macam-macam perkara yang kami belajar tak kiralah dari aspek pengurusan sekolah, pengurusan program (a little bit different from UPSI) jadi kami kena belajar banyak perkara dan sangat seronok sebenarnya. Antara program besar yang pernah kami, guru praktikal libatkan diri adalah sambutan Hari Kemerdekaan yang bersiaran langsung di RTM dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia. Kami mendapat tugasan melatih pelajar untuk membuat persembahan dan dalam masa yang sama, dua orang guru praktikal terpilih untuk mendeklamasikan sajak secara live di televisyen. Sayalah antara yang bertuah itu kerana terpilih hahahaha. Unexpected things come in unexpected way, girls. Kalau nak menonton video kami bersajak tu, bolehlah tengok di bawah:
Gementar berdebar baq hang!
Pengalaman ini takkan pernah dilupakan. Kemudian, semasa latihan mengajar di SSB ini juga saya berpeluang untuk merasai bagaimana cara nak handle Jingle House ketika Hari Kokurikulum sekolah dan dalam masa yang sama, menjadi guru pembantu yang membantu melatih Kadet Remaja Sekolah kawad kaki. Pengalaman yang sangat seronok, kerana dengan peluang ini saya boleh menjadi lebih rapat dengan murid-murid yang saya tahu, agak kekok dengan saya pada mulanya.
Antara wajah murid-murid kelas 4USM dan 4UPM.
Ini pun anak-anak kelas 4UPM dan 4USM.
Sebenarnya, saya cuma mengajar kelas 4 USM dan 4 UM (later I share muka-muka comel mereka) : subjek Kesusasteraan Melayu untuk 4 USM dan Bahasa Melayu untuk kelas 4 UM. Tetapi, entah bagaimana boleh rapat juga dengan budak-budak yang lainnya dari kelas-kelas lain - tidak terkecuali murid-murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 4. (Mungkin kenal semasa latihan kawad kaki peringkat bahagian atau semasa berpersatuan) Seterusnya, pengalaman handle perkhemahan -AJK Persembahan dan Malam Burung Hantu. Phewwwww, seronok walaupun tak cukup tidur sebab dapat luangkan masa bersama murid-murid.
Antara muka-muka pelajar 4 UM (Angah dan Shahrul)
Ain, murid yang rajin membantu cikgu.
Aktiviti Ikhtiar Hidup
Siapa yang paling comel? Eh.
Gambar Kien Wei ketika bangun jam 5 pagi
Itu antara gambar-gambar semasa perkhemahan badan beruniform. Gambar-gambar ketika mengecat mural pun ada. Sepanjang kami melaksanakan Latihan Mengajar, kami sudah membuat tiga lukisan mural. Let me share, guys!
Permulaan bila seluar hitam kena cat warna kuning hahaha
Ini mural PAK 21 di Pusat Sumber
Dua mural yang lain, saya tak jumpa gambarnya, adalah tu terperuk dalam mana-mana social media and folder. Di SSB, cuma tiga orang guru praktikal dari UPSI yang ada - saya dari Kos ISMP Kesusasteraan Melayu, dua orang lagi dari ISMP Pendidikan Moral (We never meet at UPSI but here it is, perancangan Allah mengatasi segala-galanya -kali pertama bertemu di SSB hahaha padahal satu universiti. Soalan seorang Suhaili kepada saya "Kenapa kita tak pernah terserempak di UPSI eh?" and I asked her the same thing hahaha. Takdir ketentuan yang namanya pertemuan. Daus pun, tak pernah terserempak dengan dia di UPSI. Bila difikirkan kembali, ada hikmah rupanya seorang Fitri Lyiana dicampakkan bersendirian di Sungai Besar. Kalau tidak, tak mungkin bertemu dengan orang-orang sebaik mereka. Tak lupa kepada Nurin (guru ROS dari kos TESL UPSI), Lin yang comel (Guru Ganti Sains - sekarang mengambil DPLI di USIM -Kos pendidikan Islam, dan Anas (Event planner, successfull entrepreneur) bangga kenal orang-orang hebat seperti mereka.
Inilah Suhaili (BFF berkepit sentiasa di sekolah hahaha)
Dari kiri : Daus, Cikgu Nasorton, Fitri yang makin membulat dan Suhaili
Yang duduk tu : Nurin
Yang berdiri sebelah paling kiri tu : Lin (bakal ustazah)
Inilah kelas 4 UM
(sentiasa dalam ingatan -4UM, 4USM)
Lots of love, Cikgu Fitri
(Doakan kami cepat posting dan dipermudahkan urusan)
Aamiin Ya Rabbal Alamin
Weyh fit..banyak2 gmbr,gmbr yg over slim ni gk letakny...hahahaha...bydwy sedih terharu lak nma i tertulis dlm blog u������..rindu awk,su,nurin..
BalasPadamSomething sweet and precious should be written here, right? #linsunurinfit
Padam