Assalammualaikum.
Walaupun dah hampir sebulan pementasan Teater Raja Melewar berlalu, saya masih teruja untuk berkongsi dengan kalian mengenai teater tersebut. Untuk pelajar semester pertama seperti kami pelajar ATO1 ambilan 2015/2016, mungkin ianya terlalu awal bagi kami untuk mengendalikan sendiri teater tersebut. Itu yang kami fikir pada awalnya. Semuanya kelihatan mustahil lebih-lebih lagi ketika kebanyakan daripada kami terlibat sebagai ahli jawatankuasa dan pelakon-pelakon. Tetapi hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Pada 12 Disember 2015, apa yang kami usahakan dengan kerjasama bersama dengan senior-senior daripada sem tiga dan sem lima, semuanya terjawab di atas pentas. Pementasan Teater Raja Melewar telah berlangsung dan itulah pementasan teater pertama yang kami kendalikan bagi pelajar sem 1, dan insyaaAllah akan kami ingat sampai bila-bila.
Dan jika ditanya apa pengalaman yang saya dapati sepanjang latihan teater ini,
terlalu banyak pengalaman yang saya raih.
Saya juga pada mula-mulanya gentar dan takut kerana dilantik sebagai pengurus pentas ataupun stage manager memandangkan apa-apa yang jadi atau kesalahan yang berlaku semasa pementasan berjalan, sayalah yang akan dipersalahkan. Saya takut, sejujurnya. Tetapi Alhamdulillah, berkat kerjasama semua dan dengan izin Allah, semuanya berjalan lancar. Disebabkan pengalaman mengendalikan teater ini, saya dapat mengetahui selok-belok kerja belakang tabir sesebuah pementasan teater. Ya, memang ada sesetengah yang menegur dan mengatakan kami "lifeless" kerana asyik turun berlatih setiap malam. Mulanya, saya juga rasa begitu tetapi lama-kelamaan, pandangan saya berubah. Ini mungkin disebabkan saya sempat sakit ketika bulan November yang lalu. Pandangan saya terhadap tugas yang diberikan kepada saya berubah seratus peratus dan saya juga merasakan, lepas ni kalau ada teater, saya nak jadi AJK 3K pula.
Huhu.
Biarlah orang lain pula jadi stage manager.
SM.
Dan teater Raja Melewar ini skripnya ditulis oleh Pensyarah Puisi Melayu kami sendiri iaitu Prof. Madya. Dato Dr. Mohd Rosli Saludin. Banyak unsur-unsur puisi diterapkan di dalam skrip tersebut dan itulah yang membuatkan suasana pementasan lebih hidup kerana khalayak penonton dapat merasakan aura "kehidupan sebenar" di dalam kisah yang dipentaskan di atas pentas. Sampai meremang bulu roma sebab dengar irama mendayu puisi didendangkan. Sejujurnya!
Baiklah, di bawah merupakan gambar-gambar yang berkaitan dengan Teater Raja Melewar UPSI 2015. Memang banyak kenangan, pahit dan manis, kedua-duanya ada. Tetapi akhirnya, pasti hasilnya akan menggembirakan semua orang. Dengan izinNya.
Ini AJK Lighting. Gambar ini diambil pada sebelah pagi kami buat latihan terakhir sebelum pementasan teater pada sebelah malam. Lighting atau pencahayaan memang berperanan penting dalam kemenjadian dan keberkesanan sesebuah babak yang dilakonkan. Buktinya? Kami dah tengok sendiri buktinya di depan mata. Memang hebat! Dan untuk handle lighting, bukan mudah. Kena sentiasa cakna tentang keluar masuk pelakon di atas pentas. Silap hari bulan kalau AJK Prop masih angkat barang prop di atas pentas, lighting dah on. Naya! AJK lighting ni semuanya akak-akak sem 3, memang selesa berkerjasama dengan mereka semua. Mudah bertolak ansur :)
Ini barisan AJK Prop dan AJK Persiapan Tempat. Mereka inilah yang memunggah barang prop dan meletakkannya di atas pentas sebelum setiap babak bermula. Bermandi peluh mengangkut barang, itu memang mereka sedia. Mereka memang sempoi, dan mudah beri kerjasama.
Ini saya dan Puteri. Kami berdua bertindak sebagai SM dan ASM.
Ada dua orang lagi ASM, kak Mia dan kak Qila yang merupakan senior sem 3.
Barisan pelakon Teater Raja Melewar
Watak Penghulu Naam yang berjubah putih tu.
Adegan pertarungan antara Daeng Bugis dan Sultan Karu.
Yang paling kanan itulah pensyarah kami, Prof. Madya Dato Dr. Mohd Rosli Saludin.
Ini kami yang kerja di bahagian tingkat atas semasa pementasan berlangsung.
AJK Audio, Lighting dan SM, semuanya bertindak dari atas ini.
Menerima dan memberi arahan melalui walkie talkie.
Baiklah, dalam babak ni, Panglima Yasir mati kena tikam Daeng Bugis.
Semua gambar di atas credit to AJK PDI Teater Raja Melewar.
Semua momen-momen di atas sangat berharga. Tidak lupa kepada pengarah dan Timbalan Pengarah, Abang Razli dan Kak Dayah, AJK Busana, AJK PDI, AJK 3K yang sediakan minuman tiap-tiap malam kami berlatih, AJK Mekap, Promter @ Pembaca skrip, Urusetia-urusetia dan yang lain-lain.Walau penat, walau lelah, sampai rasa nak menyumpah seranah, (baiklah, ini tipu sahaja) pengalaman ini amat berharga. Sangat-sangat berharga! Dan lupa nak beritahu sebab kenapa kami buat pementasan di Muzium Lama UPSI ini. Sebab di sinilah Noordin Hassan, Sasterawan Negara kita dahulu membuat pementasan pertama beliau iaitu pementasan teater "Bukan Lalang Ditiup Angin". Hebat kan? Memang hebat :) Dato' yang beritahu kami.
Dan kepada kalian yang katakan sastera itu membosankan.
Sebenarnya, ia tidaklah begitu membosankan.
Bergantung kepada bagaimana kita menilai.
Ianya amat menyeronokkan sebenarnya.
sangat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan