Follow Fitri Lyiana Amir di Facebook

Ahad, 24 April 2016

Majlis Pelancaran novel "Seorang Maisara"

Assalammualaikum.

Alhamdulillah baru sempat update hari ni mengenai majlis pelancara novel Seorang Maisara. Diterbitkan Februari lalu oleh Bes Q Publication dan terima kasih kepada UPSI, Kelab Penulisan Kreatif dan Deskriptif yang bekerjasama dengan Bes Q Publication untuk melaksanakan Majlis Pelancaran novel ini pada malam 23 April 2016. Serius, berdebar sangat sebab kali pertama hadir majlis besar sebagai tetamu jemputan, bersama dengan VIP VIP. hahaha sejuk tangan waktu dipanggil berucap.


Ketika perasmi Prof. Abdul Halim Ali menurunkan tanda tangan pada replika novel.


Bersama penerbit Bes Q Publication dan seorang pelajar UPSI. 



Perasaan bila tengok muka sendiri terpampang besar pada banner.

Sukar digambarkan.

Segan dan malu bercampur baur. 


Ketika ucapan, fuh, berdebar sangat!

Hanya sedikit gambar yang dapat saya kongsikan. Kerana gambar selebihnya ada pada pihak penerbit, InsyaaAllah, akan berjumpa dengan pembaca di pesta buku yang akan datang. Doakan segalanya dipermudahkan. Semoga diizinkan Allah untuk kita bersua dan boleh dapatkan novel Seorang Maisara di pesta buku nanti daripada Bes Q Publication.\

los of love,

Fitri Lyiana Amir,
25 April 2016,
1.26 pm,
Kolej Harun Aminnurashid Blok 5.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan