Follow Fitri Lyiana Amir di Facebook

Rabu, 22 Jun 2016

Program Riang Ria Cemerlang SK Abang Amin Bintangor, Sarawak

Assalammualaikum.

It's June, 22nd June 2016.

Sempena ada ruang dua hari sebelum last paper hari Sabtu nanti and then balik ke Sarawak one day after, ada nak share sedikit tentang sebuah program yang pernah kami jalankan di sekolah lama kami beberapa tahun yang lalu. SK Abang Amin, sekolah lama ketika masih bersekolah rendah dahulu. Saya mengusulkan suatu aktiviti kepada rakan-rakan saya yang lain agar dapat "memberi" sesuatu kepada sekolah terutamanya kepada adik-adik yang menuntut di sekolah lama kami itu. jadi kami run paperwork dan kemudian bertemu dengan Guru Besar sekolah, Encik Abang Saini dan kertas kerja kami diluluskan. Dan alhamdulillah, program berjalan seperti yang dirancang. Adik-adik darjah enam sangat sporting and tulusnya, kami merindui kalian:') Di bawah ialah gambar ketika program Riang Ria Cemerlang berlangsung di SK Abang Amin dengan bantuan guru-guru dan kami selaku abang-abang dan kakak-kakak fasilitator.,














Ada sesuatu yang berharga, sangat berharga ketika slot ini berlangsung. Slot muhasabah diri, di mana kami bercerita tentang ibu bapa kepada mereka, tentang amanah kita sebagai anak dalam menunaikan kewajiban kepada kedua-dua orang tua dan di sini, kami melihat redup mata-mata yang tulus menangis, tanpa sedar, tanpa pedulikan kami di sisi yang memerhati. Air mata yang sangat tulus. Duhai anak, ibu bapa mana yang enggan melihat anaknya berjaya dalam pelajaran? :') Tidakkah berat amanah yang kita pikul ini di saat kita lalai dan leka tentangnya? 






Buat semua yang telah membantu menjayakan program ini terutamanya guru-guru di SK Abang Amin, para fasilitator dan adik-adik darjah enam 2016 terutamanya, terima kasih banyak-banyak. Guru Besar, Cikgu Abang Saini, Cikgu Mohamed Aini, Cikgu Masniah, Ustaz Abdul Hai, terima kasih banyak-banyak. Semoga kita dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang.


Dan di bawah merupakan barisan fasilitator yang turun 
bertugas menjayakan program pada hari tersebut. 


Dari kiri : 

1) Dayang Alyani Nazirah Binti Hassan dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
2) Dayang Nur Asilah Suhana dari Universiti Sains Malaysia (USM)
3) Nur Fakhirah Mang yang merupakan pelajar Tingkatan Enam
4) Siti Munirah Junaidi dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
5) Nur Fitri Lyiana Binti Amir dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
6) Mohammad Fairullah Amir dari Tingkatan Enam
7) Mohammad Faizal Rabaee dari Universiti Teknologi Mara (UITM Shah Alam) 

Terima kasih kepada semua. 

Dengan sedikit pengalaman dan ilmu, dapat juga kita berbagi.

Terima kasih. 

























Tiada ulasan:

Catat Ulasan