Forum Seni
Pengucapan
“Cinta sebelum
dan selepas nikah”
Moderator,
Saudari Nur Fitri Lyiana Binti Amir
:
Assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh, salam
sejahtera, salam 1Malaysia dan salam Perak Aman Jaya saya ucapkan kepada
barisan dip-dip kehormat dan warga Universiti Pendidikan Sultan Idris yang
datang menghadiri forum kita pada hari ini. Selamat datang ke Forum
Memperkasakan Generasi Berpersonaliti Bintang dengan topik kita pada hari ini yang cukup hangat dan cukup
menarik. Topik tersebut ialah “Cinta sebelum dan selepas nikah” yang mana satu
lebih baik?
Sebelum kita menelusuri dan memaknai tajuk
perbincangan kita pada hari ini dengan lebih dalam, molek kiranya saya
perkenalkan terlebih dahulu ahli-ahli panel yang kita jemput khas pada hari ini
khas untuk kalian semua. Di sebelah kanan saya merupakan saudari Siti Nuramirah
Binti Abdul Rahman, terbang jauh dari negeri Bumi Kenyalang dan di sebelah beliau, kita bawakan
seorang gadis manis dari negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu saudari Norazwani Hassan
yang cukup manis tampil menutup aurat. Di sebelah kiri saya pula duduknya saudari Nur Laila Ramli yang berasal dari Mukah Sarawak dan di hujung sebelah
kiri sana merupakan wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar UPSI iaitu Saudari
Nur Arina Zakaria yang juga berasal dari Kelantan. Orangnya kecil tetapi bila
berbicara, pedas berapi.
Baiklah sidang hadirin dan hadirat yang saya
hormati,
Berbalik kepada topik utama yang menjadi pokok
perbincangan kita pada hari ini iaitu mengenai “Cinta sebelum dan selepas
nikah”, yang mana satu antara kedua-duanya jauh lebih baik? Jika soal cinta
kita perbahaskan, nescaya sampai kiamat pun ianya tidak akan pernah habis
kerana pendefinisian cinta itu sendiri terlalu luas dan subjektif. Sesiapa
sahaja bias mendefinisikan cinta itu mengikut apa yang mereka rasa dan alami
namun kita perlu tahu, cinta itu memang suatu fitrah namun jika ianya salah
disalurkan, nescaya cinta itu sendiri akan menjadi fitnah. Bagaimana dan
mengapa? Ayuh kita kupas lebih mendalam tentang isu ini bersama ahli panel kita
yang pertama. saudari Siti Nuramirah, bagi Mira sendiri, apa pendefinisian
cinta selepas nikah dan mengenai cinta selepas nikah, apa yang Mira faham dan
jika Mira mempunyai pengalaman tentang cinta selepas nikah, boleh tak Mira ceritakan serba sedikit pengalaman yang telah Mira alami kepada kami dan
khalayak penonton?
Ahli panel 1, Siti Nuramirah Binti Abdul Rahman:
Cinta sebelum dan selepas nikah sebenarnya mempunyai
hubung kait yang amat rapat kerana jika kita membicarakan tentang cinta sebelum
nikah, maka ini akan mengingatkan kita dengan cinta selepas nikah dan
sebaliknya. Cinta merupakan satu bentuk abstrak kerana ia tidak boleh nampak
tetapi cuma boleh dirasa, manakala nikah pula adalah proses penyatuan dua hati
melalui akad untuk menghalalkan lelaki dan perempuan untuk hidup bersama.
Cinta
selepas nikah ini bukan bermakna tiada cinta yang wujud sebelum nikah Cuma rasa
itu ada tetapi tidak diungkap dan tidak terlalu obses dengan cinta itu hingga
berpasangan. Tidak salah kita menyayangi, tetapi mestilah bijak mengawal nafsu.
Cinta ini sebenarnya fitrah manusia kerana cinta hadir pada mana-mana peringkat
umur tidak kisah tua atau muda. Ketika zaman sekolah pun sudah pasti setiap
dari kita pernah jatuh cinta tetapi tidak menjalinkan hubungan percintaan. Ada
juga yang beranggapan cinta selepas nikah ini lebih kepada rasa cinta yang
dipendam dan diluah apabila tiba masa yang sesuai atau mungkin juga apabila
lepas nikah. Kiranya seperti di dalam drama melayu zaman sekarang. Kahwin
menggantikan kawan atau adik-beradik dengan pasangan yang tidak dikenali tetapi
akhirnya rasa cinta tersemai. Lebih kurang begitu.
Ada juga yang beranggapan bahawa cinta selepas nikah
ini menyebabkan pasangan sukar untuk mengecapi kebahagiaan. Alasannya sebab
tidka mengenali pasangan itu dengan lebih jauh lagi, ada juga yang menyatakan
disebabkan salah satu atau kedua pasangan itu sudah mempunyai kekasih hati dan
sukar nak melahirkan rasa cinta. Kadang-kadang cinta selepas nikah ini dikaitkan
juga dekat cinta paksa. Sebab apa? Kerana pengaruh dari drama perkahwinan
dirancang oleh orang tua dan terpaksa juga kahwin bagi perempuan takut menjadi andartu.
Sebenarnya saya
sendiri mempunyai pengalaman cinta selepas nikah ini. Saya tidak pernah bercinta
dengan suami ketika kami masih belum mempunyai ikatan yang sah dahulu. Memang
semasa belajar rasa cinta itu wujud, suami pernah mengungkapkan perasaannya dan
saya menolak dengan cara baik. Saya mengatakan jika dia betul-betul mencintai
saya, dia akan sanggup menunggu walaupun lama sekalipun. Selepas tamat
pengajian dan masing-masing bekerja akhirnya dia membuat keputusan untuk
mengahwini saya. Memang kekok rasanya kerana kami tidak pernah bercinta tetapi
tiba-tiba berkahwin. Namun, itu semua jodoh dan syukur kepada Allah SWT kerana
sampai sekarang masih berbahagia.
Secara
holistiknya, cinta sebelum dan selepas nikah memang dua perkara yang ada
persamaan dan perbezaannya di mana dari segi persamaannya adalah kedua-dua
aspek ini merujuk kepada wujudnya rasa cinta antara lelaki dan perempuan,
manakala perbezaannya pula cinta sebelum kahwin ini merupakan rasa cinta yang
wujud tanpa ada akad, tetapi cinta selepas nikah ini rasa cinta yang halal
kerana adanya lafaz akad.
Sememangnya zaman sekarang
kebanyakan masyarakat gemar menonton cerita korea bukan? Memang perkara biasa
apabila para remaja menonton drama korea dan berharap akan mendapat kekasih
seperti pelokon korea tersebut. Sebenarnya, kita tidak perlu mengharapkan
lelaki seperti dalam drama korea untuk mendampingi hidup kita kerana di dunia
reality kita sendiri lelaki seperti itu tidak wujud dan itu sekadar lakonan.
Tetapi cinta se-sweet cerita korea wujud malah lebih sweet. Nak tahu cinta apa?
Semestinya cinta selepas nikah.
Moderator:
Wah, sebuah
pendefinisian dan cerita yang cukup menarik daripada saudari Siti Nuramirah
ya. Ternyata Mira sendiri bercinta selepas nikah yang rata-ratanya amat
dibantah oleh generasi muda kita pada masa kini. Dan tidak adil rasanya
sekiranya kita hanya mendengar daripada satu pihak sahaja, apa kata kita
beralih pula kepada saudari Nur Laila Ramli dan mendengar pula daripada
beliau mengenai cinta sebelum nikah. Silakan saudari Nur Laila.
Ahli panel 2, Nur Laila Ramli
Cinta sebelum nikah ini merupakan cinta yang
hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai persamaan dari
segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Adakalanya ia hadir sebagai
cinta pertma yang berlaku secara mendadak dan ia mungkin cinta yang dibina
secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum nikah
ini sebenarnya tidak digalakkan dalam islam kerana ia merupakan cara Barat.
Namun,
jika percintaan itu mempunyai matlamat yang suci iaitu untuk membawa ke jinjang
pelamin dan menjalani hubungan cinta dengan ikatan yang sah maka sebagai
pecinta yang beriman mereka harus menjaga dan memelihara perkara yang
sepatutnya seperti maruah dan perlu mendapat restu ibu bapa.
Pada hari ini , pada zaman era kemodenan ini
cinta sebelum nikah ini agak penting kerana melaluinyasetiappasangan dapat
mengenal hati budi sebelum naik ke jinjang pelamin. Dewasa ini cinta selepas
nikah banyak menyumbangkan kepada kes penceraian kerana tidak kenal hati budi
pasangan masing – masing . Bercinta boleh tapi kena pandai jaga adab. Pastikan
maruah terjaga tetapi lebih afdal jika cinta itu dibawa ke jinjang pelamin.
Bila kita tengok orang yang kita suka, kita akan
jatuh cinta. Mungkin si A jatuh cinta pada si B, tapi si A takut untuk
meluahkan, takut akan dosa. Cinta ni duduk dalam hati. Dalam jiwa. Tapi sekali
kita bertindak tidak mengikut hukum tidak menjaga batas antara pasangan, dari
situlah datangnya dosa.
Moderator:
Seronok betul
bakal-bakal cikgu di hadapan saya ini saat mendengar tentang cinta sebelum
nikah daripada saudari Nur Laila. Memang ramai yang lebih menyukai
cinta sebelum nikah ini tetapi harus diingat, cinta itu seharusnya berlandaskan
iman, bukannya nafsu semata-mata. Jika tidak, ke kancah kemaksiatanlah tujunya.
Saya teringat kata-kata Imam Hassan Al Banna, jika kamu bercinta selama 20
tahun pun selama seseorang itu, yang kamu kenal hanyalah lakonannya. Yang kamu
kenal hanyalah seorang kekasih, bukan seorang isteri dan bukannya seorang
suami. Sama-sama kita renungkan kata-kata beliau ini ya saudara-saudari. Dan
sekarang kita dengar pula penjelasan daripada saudari Norazwani Hassan mengenai
cinta selepas nikah. Dipersilakan.
Ahli panel 3, Norazwani Hassan :
Cinta itu indah,
Cinta itu
menghormati, bukan merendahkan,
Cinta akan
selalu mengajak kebaikan,
Bukan bersama
melakukan kemaksiatan,
Barakallah………..
Ahli panel dan
sidang hadirin yang dirahmati Allah
Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Alhamdulilah syukur hari ini kita diberi peluang untuk hadir dalam
gelangan forum yang subhanallahhh. Amat-amat istimewa ini. Terlebih dahulu
terima kasih saya ucapakan kepada moderator. Sebelum saya menjawab pertanyaan
tersebut, saya diberitahu yang saudara & saudari yang ada di depan saya
merupakan mahasiswa dan mahasiswi dari UPSI kan? Saya rasa amat bersesuailah
dengan tajuk yang bakal saya & tiga ahli panel lain akan kupaskan hari ini.
Anda semua sudah besar, jadi saya rasa anda mungkin sudah arif dengan isu-isu
seperti ini. Okay, berbalik kepada soalan saudari itu tadi,
Cinta bagi saya
ialah perasaan semula jadi yang ada dalam diri tiap-tiap manusia & tak
boleh direka-reka. Dan cinta ini bukan terhad pada couple sahaja, cinta pada
ibubapa, kawan, lecturer, alam sekitar , haiwan dan sebagainya. Boleh tak kalau
anda cakap pada diri anda,.’’ Eh, aku tak nak bercinta.. aku nak buang
jauh-jauh perasaan cinta ini..tak boleh kan??? ya, sebab Allah sudah tetapkan
sejak azali lagi bahawa tiap-tiap manusia yg diciptakan ada perasaan untuk bercinta kerana sudah lumrah manusia..macam saya, saya juga
mempunyai perasaan ingin bercinta juga dan begitu juga dengan anda semua..
Bercinta sebelum
atu selepas nikah sebenarnya bgi sy tiada masalah. Kedua-duanya boleh. Malah
dalam islam sendiri tidak pernah melarang umatnya bercinta Cuma bergantung
kepada individu tersebut. Cuma bagi saya. Ini sekadar pendapat yang saya ingin
kongsikan dengan anda semua. Bak kata pepatah:
Memang manis
bercinta selepas berkahwin, semanis batang tebu tetapi bukan semanis gula
kerana gula ni buatan manusia yg sudah dicampuri dengan bahan-bahan lain.
Tetapi manis tebu lain, ia diciptakan oleh Allah dan kita hanya menanam &
menjaganya. Begitulah juga bezanya bercinta sebelum/ selepas berkahwin
.Memanglah dua-dua manis tetapi yang lebih sudah pasti bercinta selepas
kahwin.’
Ramai orang datang bertanya soalan kepada
saya.. “ Ermm, , ustazah kata bercinta selepas lebih baik, tapi macam mana
nak berkahwin kalau kenal pun tidak’.
memang betul , islam tidak melarang kita untuk berkenalan tetapi bukan
bercinta. Nak kenal pun kenalah ikut syariat, bukan ikut hati, nanti hancur.
Kita kan ada adat. Adat merisik, bertunang.nahhh itulah masa untuk kita melihat
mengenal bakal suami kita.
Kita banyak
dengar tanggapan-tanggapan orang ramai kan, perlu mengenali pasangan dengan
lebih mendalam, barulah dapat hidup bersama sehati sejiwa sehingga akhirnya
sering dijadikan alasan untuk membuktikan bahawa bercinta itu lebih penting
sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Walhal, tanpa tempoh percintaan, tanpa
‘acara berdating’ atau keluar bersama yang panjang sekalipun, boleh membuahkan
hasil perkahwinan yang lebih manis. Lebih banyak keseronokan yang boleh dirasai
oleh pasangan, dan itu kita namakan bercinta selepas kahwin.
Berbalik kepada
pendapat saya, kenapa saya lebih galakkan bercinta selepas nikah lebih
baik,,ini terutamanya saya cadangkan kepada anak muda- muda yang tak dapat atau
takut kalau bercinta sebelum kahwin takut tak dapat nak kawal diri, lebih baik
tak payah bercinta lagi, biar dulu, kita tengok pada zaman yang serba moden
lagi canggih ini, kebanyakkan mereka yang ingin berkahwin memilih untuk
bercinta dengan pasangan mereka sebelum mereka mengikat hubungan mereka dengan
ikatan nikah. Tidak ramai yang mahu bercinta selepas bernikah.
Kita dimomokkan
dengan andaian-andaian buruk seperti ‘boleh hadirkah perasaan cinta tersebut?’
Dan bagaimana pula jika perasaan tersebut tidak hadir selepas nikah?’betul
tak??? Ramai yang akan mempersoalkan hal ini. Baiklah, disini saya ingin selitkan
beberapa tips atau hikmah bercinta selepas kahwin
Hikmah #1 – Tiada Rasa Bersalah
‘Cinta’ itu sendiri adalah abstrak. Betul
kan??? ‘Cinta’ boleh ditafsirkan sebagai cinta kepada Allah, cinta kepada
Rasul, cinta kepada negara dan sebagainya. Sebagai seorang muslim dan muslimah,
kita semua pasti tahu bahawa hubungan cinta antara sepasang kekasih tanpa
ikatan sah adalah dilarang sama sekali jika melibatkan sentuhan fizikal. Islam
menekankan bahawa haram bagi seseorang lelaki menyentuh seorang perempuan yang
bukan mahramnya. Larangan ini sangat keras sehinggakan baginda Muhammad s.a.w menegaskan
bahawa :
“Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi,
sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.”
Maksud
hadith, dari riwayat Thabrani
Dengan bercinta
selepas bernikah, pasangan tersebut boleh mengenali antara satu sama lain tanpa
terhalang oleh batas-batas yang ketat. Perkara ini sama sekali tidak akan dapat
dirasai oleh mereka yang bercinta sebelum berkahwin.
Hikmah #2 – Senang Menzahirkan Rasa Cinta
Ini adalah
sesuatu perkara yang amat sukar untuk dipercayai melainkan kita sendiri
melaluinya. Setiap pasangan akan melalui saat di mana cinta mereka diuji. Bagi
mereka yang belum bernikah, ujian tersebut akan menyebabkan mereka tidak
tenteram dari perasaan negatif. Masih adakah cinta? Adakah dia setia? Mana
buktinya? Masalah-masalah sebegini dapat diatasi oleh mereka yang bercinta
sebelum berkahwin dengan mudah kerana tiada batasan untuk mereka menzahirkan
rasa cinta mereka. Tidak ada halangan untuk mereka saling menzahirkan rasa
cinta melalui kata-kata ataupun sentuhan.
Berbeza pula
dengan mereka yang bercinta tanpa ada ikatan yang sah, hubungan antara mereka
berdua dibatasi oleh syarak dan menyukarkan kedua-dua pihak dalam menyelesaikan
pertengkaran yang ada.
Hikmah #3 – Proses Berkenalan Tanpa Batasan
Sesiapa yang pernah bercinta pasti akan
mengakui bahawa transaksi daripada proses ‘berkenalan’ kepada ‘percintaan’
merupakan satu fasa yang sangat indah sekali. Banyak bait-bait lagu dan
puisi-puisi yang mengungkapkan betapa manisnya fasa ini. Bayangkan anda berada
di fasa ini, tetapi tiada batasan yang menyekat pergaulan anda dan kekasih
anda. Mahu berjumpa? Terus sahaja jumpa, tidak perlu bersusah-payah.
Mahu memeluk
kekasih anda? Peluk sahaja, tiada dosa di atas anda, malah diberi ganjaran
pahala! Inilah satu hikmah yang besar jika kita bercinta selepas berkahwin;
ianya khusus untuk mereka yang memilih jalan ini. Tiada paksaan dalam hal ini.
Cuma bergantung kepada individu sama ada mereka nak sebelum atau selepas. Bagi
saya, kedua-duanya ada kelebihannya tersendiri.
Hikmah #4 = Terhindar perbuatan zina
Kalau anda
bercinta selepas nikah, anda akan dpt menjaga batas2 pergaulan. Memang tidak
dinafikan pasangan couple selalunya tidak dapat menahan perasaan ingin berjumpa, dating, ingin
bersama tiap-tiap masa. Apabila perkara berlaku, secara tidak langsung pasangan
ini akan terjebak dengan zina dan maksiat. Cuba awak bayangkan, awak berjumpa dengan
pasangan awak. Kemudian duduk saling bertentangan. ‘ kau pandang aku, aku
pandang kau’. Perkara seperti ini sudah menyebabkan terjadinya zina mata.
Hikmah 5# = Tidak rugi
Bayangkan apabila
anda bercinta bagi nak rak, tiba-tiba putus di tengah jalan. Kebanyakan orang
akan menyalahkan takdir mahupun diri sendiri. Bukan saja wang banyak dibazirkan
tetapi maruah juga sudah tinggal ‘sisa’. Lebih teruk lagi, ada yang gagal
menerima kenyataan lalu membuat keputusan yang tidak sepatutnya seperti
membunuh diri. Apabila mempunyai hubungan yang sah, kebanyakan masa yang
dihabiskan sangat bernilai dan pastinya anda tidak rugi apa-apa.
Apa yang saya
rumuskan disini ialah, nak bercinta tak kisahlah sebelum atau selepas pastikan
awak sudah betul-betul bersedia.kalau tak yakin, berhenti dahulu. Jangan takut
nanti takut menjadi anak dara tua kalau tidak bercinta sekarang. In sha allah,
yakin pada Allah, tiap-tiap manusia Allah ciptakan berpasangan.
Entah sireh
salah sarung,
Entah kata salah
tutur,
Entah maksud
salah sampai,
Terimalah salam,
salam bersantun,
Salam yang nama
maaf, salam yang minta ampun, sekian sahaja dari saya.
Moderator:
Terima kasih saya ucapkan kepada saudari Norazwani
Hassan atas penjelasan yang sungguh panjang lebar itu tadi. Dengan begitu
teliti, saudari Norazwani telah membawa sidang hadirin menelusuri tajuk
perbincangan kita pada hari ini. Moga-moga bermanfaat buat bakal-bakal pendidik
di hadapan saya ini yang sudah pasti amat tertarik untuk bercinta, bukan? Saya
pasti, terlalu pasti. Sekarang tibalah masa bagi gadis Kelantan yang kecil
molek di hujung sana untuk bersuara. Gadis kecil ini diberi nama Nur Arina
Zakaria, wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan
Idris dan antara empat orang ahli panel kita pada hari ini, saudari Arina
satu-satunya yang belum berkahwin. Mari sidang hadirin, kita dengar kupasan
saudari Arina mengenai cinta sebelum nikah. Dipersilakan saudari.
Ahli panel 4,
Saudari Nur Arina Zakaria:
Apabila berbicara mengenai cinta sebelum kahwin,
rata-rata masyarakat memandang negatif. Cinta mesti ada kaitan dengan perkara
yang melalaikan, mesti ada yang keluar bersama berdua-duaan, berpegangan
tangan, kata-kata puitis dan sebagainya. Itu pandangan masyarakat kini mengenai
cinta. Akhirnya muncullah ajaran bahawa cinta selepas kahwin lebih membawa
berkat. Kita nampak cinta dengan definisi itu. Cinta sebelum kahwin kelihatan
merosakkan. Definisi cinta, kita ambil dari mana? Apa yang kita nampak dan
faham? Cinta itu subjektif mengikut pandangan masing-masing tapi saya
memahaminya sebagai untuk bersama ke syurganya. Apa sahaja yang membawa ke
neraka Allah itu bukan cinta. Apabila kita menyatakan kita kasih dan sayang
kepada seseorang, amat mustahil untuk kita mencederakannya, menyakitinya apatah
lagi melukakannya. Pastinya kita mahu memberikan yang terbaik kepada pasangan
kita. Maka apakah yang terbaik untuknya selain syurga Allah. Sebagai contoh
jika kita bersiar-siar di sebuah taman dan ternampak sekuntum bunga yang mekar
di pohon lalu kita petik bunga tu sebab kita suka tapi kalau betul kita
sayangkan bunga tu kita tak akan petik bunga tersebut kerana tahu ianya akan layu.
Begitu juga cinta. Cinta itu suci tetapi jika dicemari dengan maksiat pastinya
ia merosakkan. Ramai golongan yang lebih dewasa atau golongan tua mengharamkan
cinta sebelum kahwin untuk generasi muda hari ini padahal mereka pun pernah
bercinta pada zaman muda. Jika kita sayangkan seseorang jangan simpan dia dalam
hati. Kenapa? Kenapa tak boleh simpan dalam hati? Sebab hati itu sebenarnya
berbolak-balik sifatnya. Jika betul kita sayangkan dia simpanlah dia dalam doa
sebagai salah satu usaha untuk menyatukan ikatan cinta antara kita dengan
ikatan perkahwinan.
Kelebihan Cinta Sebelum Kahwin
Jika
kita lihat terjemahan surah an-nur ayat 3, dapat disimpulkan bahawa lelaki yang
baik hanya untuk perempuan yang baik. Jadi, cinta sebelum kahwin itu perlu agar
kita tidak tersilap memilih pasangan. Saya pernah terbaca kisah benar yang
berlaku kepada saudara saya sendiri. Beliau biarlah saya namakan sebagai A
sahaja. A merupakan seorang gadis yang baik dan taat pada Allah, ibu bapa dan
keluarga. Dia tidak pernah keluar dari rumah tanpa ibunya. Dia juga gadis yang
alim dan menjaga kesucian, pendek cerita..wanita idaman semua jejaka kerana A
juga cantik, putih kerana beliau anak kacukan. Pada usia A 20 tahun, ibu A
berhasrat nak kahwinkan A. Jadi, keluarga A menerima lamaran untuk A daripada
keluarga S. 2 minngu selepas majlis merisik oleh keluarga S, dan A mengikat tali pertunangan tanpa pernah
melihat muka masing-masing secara dekat melainkan dengan melihat gambar sahaja.
Nombor telefon pun tak ada. Ada juga rakan yang menasihati A supaya mereka
berkenalan semasa tempoh bertunang tu. Tapi A enggan kerana malu. Pertunangan
berlangsung selama 3 bulan sahaja. Kemudian mereka diijabkabulkan. Saat
diijabkabulkan itu barulah mereka bersua. Masing-masing kelihatan diam dan kaku.
Mungkin kerana malu, Si S pula tidak mahu majlis bersanding diadakan walaupun
ketika itu pelamin sudah siap. Katanya malu dan segan. Keluarga A pun menurut
sahaja. Pada hari tersebut, saya lihat air muka A begitu berseri-seri dan
gembira manakala S pula, dilihat memaksa dirinya untuk senyum dan cuba
melarikan diri dengan pergi duduk di masjid berhampiran. Katanya ingin membuat
solat solat sunat dan membaca Al Quran.
Selepas berkahwin, A dibawa tinggal bersama keluarga
S di Pulau Pinang. Setelah 5 bulan A berkahwin, rakan A ingin menjemput
keluarga mentua A untuk menghadiri majlis perkahwinannya. Ketika sampai di
rumah S, dia nampak kelibat S keluar melalui pintu belakang. Mungkin tidak mahu
bertemu keluarga A. Kerana A pernah memberitahu yang S tidak suka bercampur
gaul dengan orang. Tapi dia perhatikan pada masa itu air muka A telah hilang
serinya, nampak suram dan muram. Dia menyedapkan hati mungkin A mengandung dan
pembawakan budak menyebabkannya begitu. Lalu dia diam tanpa bertanya apa-apa.
Pada majlis perkahwinannya, pada masa itu A telah 7 bulan berkahwin. A pulang
seorang diri tanpa suaminya ketika menghadiri perkahwinan rakannya itu. Di
kesempatan ini, dia bertanya pada A tentang kehidupannya sebagai seorang
isteri. Alangkah terkejutnya apabila A memberitahu bahawa S hanya menyentuhnya
sebulan sekali itupun hanya 5 minit. S tidak pernah tidur malam dengannya walau
sekali. Saya tanya S tidur di mana? A memberitahu S tidur di bilik belakang
bersama seorang kawan lelakinya iaitu M!! Saya bertanya lagi kepada A, ibu S
tahu tak? dia cakap tahu. sebab ibu S menjodohkan S dengan A kerana ingin
menjauhkan S daripada M yang hubungan mereka nampak “pelik”. Tidur bersama,
makan bersama, keluar bersama. Semua keperluan M, A yang tanggung. Dan untuk
pengetahuan semua, M ialah seorang lelaki lembut.
Rakannya itu menyuruh A bertanya S tentang kesahihan
hubungan S dan M. Namun S tidak mengaku dan bertindak mengurung A di rumahnya
kerana khuatir A akan menyampaikan hal ini kepada keluarga A. Telefon bimbit A
juga dirampas. Pada suatu hari, A dapat meloloskan diri dan membuat laporan
polis dan aduan di Pejabat Agama Kedah. Hasil siasatan ayah A kepada
jiran-jiran dan kawan-kawan S, mereka memberitahu bahawa S seorang gay atau
songsang atau suka pada kaum sejenis. Kasihan A. Suami gay. Akhirnya A
memfailkan penceraian dan kini mereka telah bercerai dengan talak satu.
Kesilapan ini juga berpunca dari ibu bapa A yang terlalu kalut nak menjodohkah
anak mereka tanpa soal selidik atau merisik pihak lelaki terlebih dahulu. Inilah
penangan “CINTA SELEPAS KAHWIN.”
Berdasarkan kisah yang dikongsi jelas bahawa melalui
cinta sebelum kahwin, kita bukan sahaja dapat memilih pasangan yang tepat malah
dapat mengenali pasangan kita semaksimum mungkin terlebih dahulu. Cinta sebelum
kahwin juga kadangkala memotivasikan. Contohnya jika kita bercinta semasa
belajar pastinya kita malu jika keputusan peperiksaan kita lebih rendah
berbanding pasangan kita. Oleh itu, kita pasti akan bersaing secara sihat untuk
mendapatkan keputusan yang lebih cemerlang. Seterusnya, jika nanti ditakdirkan
kita berkahwin dengan pilihan kita dan akhirnya berlaku masalah dalam rumah
tangga, tidak akan ada pihak yang disalahkan kerana ianya adalah keputusan kita
sendiri.
Kesimpulannya, cinta sebelum kahwin itu perlu. Mana mungkin
kita nak mengharapkan jodoh itu datang dengan sendiri tanpa usaha. Segalanya
perlu usaha. Kata orang kalau memang dah ditakdirkan seseorang itu jodoh kita,
bercinta atau tidak dia akan tetap bersama kita. Tapi kita kena faham bahawa
takdir ni ada sebenarnya ada dua iaitu takdir qada mubram dan juga qada
muallaq. Qada mubram ialah ketentuan Allah yang pasti berlaku sama ada manusia
mahu atau tidak iaitu kematian manakala qada muallaq pula ialah takdir yang
digantung atau bersyarat iaitu boleh terjadi dan boleh juga tidak terjadi pada
diri seseorang bergantung kepada usaha iaitu kejayaan atau tentang jodoh.
Moderator:
Terima kasih saudari Arina atas pandangan dan hujah
yang cukup hebat itu tadi. Tiba-tiba saya teringat tentang kisah cinta antara
ustazah Fatimah Syarha dengan suaminya, Dr Farhan Hadi. Kedua-duanya bercinta
selepas nikah dan kedua-duanya hanya saling mengenali melalui sehelai kertas
yang mengandungi biodata dan merisik menerusi kedua-dua belah ahli keluarga.
Dan pasangan yang cukup hebat itu telah dikurniakan dua cahaya mata sekarang
dan saya amat kagum dengan mereka.
Baiklah sidang hadirin,
Tak terasa begitu pantas masa berlalu. Pejam celik
pejam celik kita sudah sampai ke hujung waktu. Sebelum mengakhiri forum kita
pada hari ini, suka di sini ingin saya sebutkan sebuah hadis daripada
Rasulullah s.aw mengenai cinta.
“Cintailah
kekasihmu sekadarnya saja kerana boleh menjadi dia akan menjadi sesuatu orang
yang paling kamu benci dan bencilah sekadarnya saja kerana boleh jadi ia akan
yang paling kamu cintai.”
Hadis Riwayat
Al-Tarmizi
Sekian,
Wabillahi taufik wal hidayah,
Wassalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.
terdapat salah faham antara saya dan isteri saya, perkara-perkara yang sangat sukar di antara kita, dia tidak bercakap dengan saya sekali lagi, tidak mahu melihat saya, saya minta maaf kepada dia secara berasingan tetapi dia tidak akan dengar, kehidupan nikah saya sangat pahit dan tidak sihat jadi saya mahu kita kembali bersama supaya perkara dapat berjalan dengan baik seperti yang kita gunakan untuk menjadi.
BalasPadamsaya tidak pernah percaya kepada pesaing ejaan atau orang sihir itu kawan saya dan bantuan ini Caster Eja Baik yang membuat saya percaya kepada mereka, saya telah mengadu kepada kawan saya bahawa saya tidak mahu kehilangan isteri saya dan saya benar-benar melakukan ingin dia kembali, kerana dia telah meminta untuk perceraian sehingga tidak ada yang dapat saya lakukan untuk menahannya kecuali perceraian yang dia inginkan, ketika saya memberitahu teman saya semua ini dia memutuskan untuk menghubungkan saya ke salah satu Caster Spell Besar yang dia katakan dia menyelamatkan dia dari penyakit maut selepas sakit selama tujuh tahun, tetapi caster mantra ini menyembuhkannya, jadi dia berkata dia akan membantu saya jika saya percaya kepadanya dan mempercayai, dia memberi saya hubungan dengan caster mantra yang saya hubungi dia Via templeoflightandsolutions ( @) g mel DOT com, dia meminta gambar saya dan salah seorang isteri saya dan nama kita saya hantar kepadanya, selepas itu dia berkata dia mahu melakukan pemeriksaan kepada mereka, setelah dia mengatakan bahawa dia akan pergi bantu saya melakukan ejaan, yang akan mengubah cinta isteri saya lagi dan saya percaya, dia menghantar saya keperluan bahan ed untuk ejaan saya memberitahunya bahawa bahan-bahan akan menjadi sangat sukar untuk saya di mana saya hidup, jadi saya menghantar dia yuran, selepas dia membeli ITEMS dia berkata bahawa saya harus memberinya dua belas jam untuk membuang mantra bahawa setelah dia selesai isteri saya akan memanggil saya, saya sangat keliru kerana saya tidak tahu sama ada dia masih bercakap nombor saya-walaupun saya memanggil saya, tetapi saya mempunyai amanah sebelum dua belas jam boleh sampai telefon saya berdering apabila saya memilihnya, ia adalah suami isteri saya mendengar, saya sangat terkejut dan dia berkata maaf bahawa dia tidak tahu apa yang datang ke atasnya, itu tidak akan meninggalkan saya, yang paling, apabila saya memerlukan perhatiannya yang paling, itulah bagaimana isteri saya datang kembali kepada saya dan setiap perkara berfungsi dengan baik di antara kita, kami sangat gembira bersama, saya ingin berkongsi kesaksian ini ke seluruh dunia yang luas, biarkan mereka tahu bahawa terdapat seorang mantra mantra yang hebat yang menyelamatkan perkawinan saya, saya sangat berterima kasih anda Tuan, Dr Bright ...
assalamualaikum ,sis macam mana mahu menghasilkan bakat berkaya, saya peminat blog sis dan buku2 sis and now saya tengah menulis cerita di halaman blog saya, saya amat kagum dengan karya sis . suka sangat
BalasPadam