Follow Fitri Lyiana Amir di Facebook

Selasa, 20 November 2018

CONTOH KERTA KERJA PROGRAM LENGKAP

Contoh Kertas Kerja Program


KERTAS  KERJA

PROGRAM RIANG RIA CEMERLANG TAHUN ENAM




1.0  PENGENALAN

Golongan pelajar tahun enam merupakan bakal remaja yang akan menjadi pewaris pemimpin dan kehidupan akan datang.  Justeru peribadi mereka perlu dilentur supaya rohani, intelek, emosi dan jasmani terbina seimbang dan subur. Apabila golongan generasi muda ini mempunyai kesedaran mengenai kepentingan mempunyai sahsiah yang tinggi dan keseimbangan dalam segenap aspek, mereka akan berupaya untuk mengaplikasikan pengetahuan yang mereka peroleh bagi mencapai matlamat di dalam hidup mereka. Hal ini secara tidak langsung mampu memotivasikan pelajar-pelajar tahun enam yang bakal menghadapi peperiksaan di akhir tahun untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Program Riang Ria Cemerlang ini memberikan pendedahan kepada para pelajar tahun enam di SK Abang Amin mengenai teknik bagaimana untuk menjadi pelajar yang cemerlang dari segenap aspek dan menimbulkan kesedaran dalam kalangan pelajar betapa pentingnya ilmu untuk dimanfaatkan di dalam seluruh kehidupan mereka.

2.0  MATLAMAT

Melahirkan generasi muda yang mempunyai cemerlang dari aspek sahsiah dan intelektual dan membudayakan pembudayaan cintakan ilmu dalam kalangan mereka.

3.0  OBJEKTIF

3.1  Melahirkan generasi muda yang cemerlang dan berperibadi mulia.
3.2  Membentuk jati diri yang utuh dalam kalangan pelajar .
3.3  Mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian sebagai budaya mereka.
3.4  Membudayakan budaya mencintai ilmu dalam kehidupan seharian.
3.5  Memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar tahun enam mengenai matlamat hidup mereka pada masa hadapan.

4.0  ANJURAN BERSAMA

Anjuran bersama SK Abang Amin bersama dengan bekas-bekas pelajar SK Abang Amin yang merupakan mahasiswa dan mahasiswi universiti-universiti awam di Malaysia.


5.0  TEMPAT PROGRAM

     5.1  Bilik Perpustakaan, SK Abang Amin Bintangor.

6.0  TARIKH

6.1  Hari Isnin bersamaan 8 Februari 2016

7.0  KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar Tahun Enam di SK Abang Amin


8.0  KOS PERBELANJAAN

Bil
Barang
Jumlah
Harga Seunit
Harga

1


Penanda buku untuk pelajar

60

RM 1.00


RM 60

2


Cenderamata untuk sekolah

1

RM 26

RM 26

9.0  SUMBER PERBELANJAAN

Peruntukan antara ahli jawatankuasa pelaksana.

10.0          AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

             
Penaung                      : Encik Abang Saini Bin Abang Haron
                                     (Guru Besar SK Abang Amin)
            Pengarah Program       : Nur Fitri Lyiana Binti Amir
            Setiausaha                   : Dayang Alyani Nazirah Binti Hassan
            Naib Setiausaha          : Dayang Nur Asilah Suhana
            Bendahari                    : Siti Munirah Binti Junaidi
            Naib Bendahari           : Mohd. Faizal Bin Rabaee

            AJK Makanan             : Nur Fakhirah Binti Mang
            AJK Peralatan             : Mohd. Fairullah Bin Amir
                                                  Zulhelmy Bin Razali
            AJK Fotografi             : Izzatul Ikhmal Bin Sedi
            AJK PA Sistem           : Mohd. Faizal Bin Rabaee
            AJK Pendaftaran        : Nur Fakhirah
                                                  Mohd Fairullah
                                                  Mohd Zulhelmy Bin Razali
           
           
Senarai Penuh Nama Fasilitator
1.      Mohd. Faizal Bin Rabaee
2.      Mohd Zulhelmy Bin Razali
3.      Mohd. Fairullah Bin Amir
4.      Nur Fitri Lyiana Binti Amir
5.      Dayang Alyani Nazirah Binti Hassan
6.      Siti Munirah Binti Junaidi
7.      Nur Fakhirah Binti Mang
8.      Dayang Nur Asilah Suhana

11.0          TENTATIF PROGRAM

(Kalau nak contoh tentatif, boleh komen di bawah blog sebab tak cukup nak muatkan jadual di sini)



12.0 PENUTUP

         Hasil  kerjasama daripada semua pihak yang terlibat diharapkan program Riang Ria Raya yang melibatkan pelajar-pelajar Tahun Enam di SK Abang Amin ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai objektif dan matlamat yang telah diinginkan.




Disediakan Oleh;                                                                                  


……………………………                                                               
( NUR FITRI LYIANA BINTI AMIR )                                      
                                                                                                        
Pengarah Program,                                                                      
Riang Ria Cemerlang 2016.         

Disahkan oleh:

------------------------
(ENCIK ...) 
Guru Besar                                                 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan