Follow Fitri Lyiana Amir di Facebook

Isnin, 19 November 2018

Thethree #besties

Assalammualaikum teman-teman (nada Ria Ricis di Vlognya) :P 

Malam ini, aku nak abadikan beberapa gambar #thethree - Intan, Fitri and Munirah. Sahabat baik aku, yang aku tak malu nak minta duit daripada mereka hahaha -but of course ada masanya aku belanja mereka balik. And ada masanya kami saling meminjam duit #duniastudent faham-faham sajalah kau bagaimana rencamnya.  Sampai ke tahap itu, ya, persahabatan kami sampai ke tahap itu sebab kami saling percaya. And ada masanya aku merengek nak ole-ole dari Kelantan sebab Intan belajar di UMK Kelantan, dan juga ada masanya aku berbisik pada Munirah nakkan hadiah dari Kuching :P Lol. And yes, sometimes aku ada juga bawakan shawl atau barangan mekap untuk mereka dari Perak. Begitulah rutin kami sebenarnya, kadang kala. And I can tell how much Intan loves Mary Kay and how much Munirah loves that Sephora things (I mean barangan mekap yang berkualiti) doakanlah aku dimurahkan rezeki dan novel-novel aku banyak yang lulus penilaian oleh penerbit dan terbit tahun depan supaya niat aku nak belikan sesuatu untuk family dan dua orang ini dipermdahkan. Look at them, I can tell, that's how a real friend should be. 

Here, aku nak belanja gambar-gambar lama kami hahahahaa. 


Abaikan mulut aku di belakang.


Ni, gambaq yang elok sikit.


Oh my gosh! Mulut aku buat hal lagi dalam gambaq..


Tengoklah innocentnya mereka berdua dulu hahaha!


Bukti pipi kami memang dari dulu sudah bulat.

Gambar-gambar ini semuanya diambil pada tarikh 19 Jun 2014. Macam mana aku boleh ingat? Sebab aku tulis tarikh pada folder gambarnya -sentimentalis gituuuuuu. Waktu ini, dua orang ini temankan aku buat sijil untuk pengawas sebab aku memegang jawatan setiausaha Lembaga Pengawas waktu itu. Next moment hahahaa .....


I miss that tudung koshibo
and that T-Shirt Muslimah 
yang kami bertiga beli sama-sama



Munirah kata aku perosak gambaq! hahaha


Gambar retro kami di Limau Bintangor.


Can I have that body goals again? Huhu


Dari kiri : Aku, Intan dan Munirah - baca tafsir Quran.
Zaman aktif dengan usrah.


Gambaq legend, senior - junior hahahaa.


Ini gambar tahun 2016 kalau tak silap.

Terlalu banyak kenangan yang ada bersama mereka, tempoh masa satu setengah tahun menjalani hidup sebagai seorang pelajar Tingkatan Enam bukanlah mudah, namun Alhamdulillah, kehadiran dua insan ini di sisi menguatkan lagi diri untuk terus berjuang menamatkan form 6. Akhirnya, kami bertiga dan kalau dikira sekali dengan Achai, berempat sama-sama mendapat keputusan yang membanggakan dalam STPM yang keluar pada bulan Mac 2015. Nak spam lagilah gambar-gambar lama hahaha.


Dari kiri : Natrah, aku, Intan dan Munirah


Aku tak sempat senyum dalam gambar ni hahaha


Ini gambar aku dengan Munirah dalam kelas 6R2


Zaman tudung serabai 

Aku banyak buat entri dalam blog untuk dua manusia bernama Intan dan Munirah ni. Kalau rajin nak tengok pos-pos lama sejak bertahun - tahun silam, bolehlah try cari dalam blog ni. Kalau aku rasa something wrong mereka tak contact aku atau apa, aku baca balik entri itu dan akan memahami bahawa kami bertiga sudah ada komitmen masing-masing sekarang. Masa pun terhad dan aku jarang sekali dapat hang out dengan mereka - atas sebab-sebab tertentu yang melibatkan komitmen aku. Jadi, bila baca semula entri-entri lama, people do change because they grow older and so do I :) semakin dewasa, semakin banyak komitmen, semakin aku faham apa itu persahabatan yang sebenar. Jarang contact, jarang mesej dan jarang jumpa, tak bermakna hubungan itu sudah tiada, ianya masih seperti dahulu, bezanya hanya situasi ya. #UMK #UNIMAS #UPSI  kalau balik cuti semester, memang menggila dua orang ini membawa aku story morry hahahaha. Intan dan Munirah, tak sepolos yang orang bayangkan hahahaha. They grow a lot -more lovely, more gorgeous and always sharing about their fav make up, dress, food (of course) and skincare things. Kami membawang pasal banyak perkara terutama tentang produk skincare yang ada merkuri #topikwajib kami setiap kali berjumpa. 

And sometimes, kami berkongsi pengalaman merantau di tempat orang. UPSI dengan keistimewaannya, UMK dengan kelebihannya dan aku selalu bercerita tentang pelbagai ragam orang yang aku jumpa semasa berprogram dan masalah ketika membuat assignment berkumpulan atau berpasangan (yang dapat aku simpulkan semua pelajar uni memang akan menemui spesies ahli kumpulan yang menjadi sleeping partner -ahli yang tak buat kerja). Munirah juga selalu share ilmu kajian antarabangsa yang dia belajar dan tak kurang Intan, selalu nak ajak kami ke Kelantan sebab katanya makanan di Kelantan sedap-sedap. Target kami nak bercuti sama-sama sebelum kak Long naik pelamin, doakanlah urusan kami dipermudahkan ya. Doakan tahun akhir kami dipermudahkan oleh Allah dan berjalan dengan lancar sampailah konvo bulan 10 tahun hadapan. Aaamiin.

Terima kasih semua kerana sudi baca! :D 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan