Follow Fitri Lyiana Amir di Facebook

Jumaat, 1 Disember 2017

Sajak : Bilal Bin Raabah



Bilal Bin Raabah

Segaris nama hebat di dalam sejarah

Antara yang terawal menyambut seruan dakwah

Dia hamba namun jiwanya bebas melayah

ajaran dibawa Muhammad baginya cukup indah

Bilal Bin Raabah

Dia sesosok insan berani

Bila Rasululllah mulai berkhutbah

Secara terbuka menyebar dakwah

Dia tidak mahu mengalah

Secara terbuka juga dia biarkan terdedah

Hakikat bahawa dia telah memeluk Islam

Sehingga disiksa Umaiyah

Bilal Bin Raabah

Kata-katanya cukup menggugah

Dihempapkan batu di atas dadanya

Dipaksa menyembah berhala semula

Namun imannya tidak tergugat

Kalimah Allah yang satu

Di bibirnya sentiasa

Bilal Bin Raabah

Sesosok manusia kuat

Moga saja akan lebih banyak

Bilal sepertinya

lahir di akhir zaman

membela nasib umat Islam

Yang bagaikan buih di lautan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan