Selawat ke atas junjungan baginda
Nabi Muhammad s.a.w
Gambar kredit kepada :
https://saifunnizar.wordpress.com/2017/03/12/lirik-yaa-rasulallah-terbaru/
Hari ini seluruh umat Islam di seluruh dunia menyambut hari kelahiran baginda junjungan mulia, Rasulullah s.a.w. Jika bukan kerana baginda junjungan mulia, tidak akan sampai agama Islam kepada kita pada hari ini. Besar jasa baginda. Besar pengorbanan baginda. Besar ikhtiar baginda. Subhanallah.
Bayangkan.
Jika difitnah dan diumpat keji, kita pasti akan berasa marah dan sedih. Kita akan rasa tidak mahu lagi melihat wajah orang yang mengumpat kita itu, apatah lagi jika orang itu sampai menzalimi kita dengan memukul atau sebagainya. Tetapi Nabi Muhammad s.a.w, akhlak baginda tidak terkata indahnya. Apabila dihina, difitnah menggunakan sihir ketika mula-mula menyebarkan agama Islam di Mekah, dipulaukan baginda dan umat Islam, baginda masih mampu bersabar dan tabah. Ya Allah, terlalu mulia dan sempurna akhlak baginda, tidak tertandingi oleh sesiapa. Dan kerana akhlak baginda dan keindahan ajaran yang dibawa baginda, ramai yang tertarik memeluk agama Islam. Bukan sahaja orang-orang terdekat dengan baginda, tetapi juga golongan hamba. Sesosok keperibadian yang begitu sempurna, membuatkan orang-orang di sekelilingnya begitu senang dengan baginda. Banyak pengorbanan baginda, walaupun bermacam-macam yang dilakukan oleh orang Quraisy Mekah untuk menghalang baginda terus giat menyebarkan dakwah islamiah, baginda tetap maju. Allah.
Ya Rasulullah
Kami memang tidak pernah melihatmu
Tapi kami rindu padamu
Pernah kami terfikir
Andai kau hidup bersama kami di zaman ini
Apakah yang akan terjadi
Ya Rasulullah
Iman kami sangat nipis
Mudah rapuh dek tiupan angin
Banyak cubaan dan dugaan mendatang
Di bibir kami hanya terdengar keluhan kesah
Ya Rasulullah
Hidup di akhir zaman ini
Sungguh mencabar
Terlalu banyak godaan
Yang indah di mata namun membahayakan iman
Yang enak di jiwa namun risikonya akidah
Ya Rasulullah
Umpat keji zaman ini perkara biasa
Anak derhaka sini sana berleluasa
Zina dan jenayah bagaikan bermaharajalela
Fitnah apatah lagi
Menjalar laju tumbuh bagaikan cendawan
Melata di tepi jalan
Diambil tanpa diperiksa kesahihan
Ya Rasulullah
Kami rindu padamu
Kami terlalu rindu
Kami bimbang dengan iman kami ini
Bagaimana mahu ampuh menjaganya
Bagaimana ingin kuat menatanya
Ya Rasulullah
Tidak kuat hati ini
Namun usaha untuk dikuatkan
Moga syafaat mu untuk kami
akan diberi di akhirat nanti
Andai ke neraka kami tujunya
tariklah kami menuju ke syurga
pahala kami tidak sebanyak mana
Dosa pula melebihi segala
Ya Rasulullah
Law kana bainana
Sannah Helwah ya Rasulullah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan