Follow Fitri Lyiana Amir di Facebook

Ahad, 3 Disember 2017

MUZIUM UPSI (2017)

Assalammualaikum. Selamat menikmati penghujung tahun 2017 dan selamat bersedia untuk menyambut kedatangan tahun 2018. Disember setiap tahun menandakan sesuatu, tanda bakal berlabuhnya tirai tahun yang sebelum untuk memberikan laluan kepada tahun yang berikutnya. Allah, I can't wait to finish my study here, but for sure I will miss UPSI very much, because there's just one year and half more. Tolak praktikum bulan 7 next year, setahun sahaja lagi sebenarnya tempoh masa aku berada di UPSI. 2015, 2016, 2017 pun sudah terasa terlalu panjang tetapi sebenarnya singkat sahaja, believe me. Aku pun masih susah nak percaya yang aku bakal masuk semester 6 untuk semester yang seterusnya, tetapi hidup harus diteruskan bukan? Jadi sementara masih berpeluang, aku dan Ain (coursemate) sebentar tadi ambil sedikit masa untuk menikmati dan meneroka Muzium UPSI. Kalau kau orang nak masuk ke area Tanjung Malim dari Kuala Lumpur, kau orang akan jumpa papan tanda yang bertulis - Muzium Nasional UPSI - kenapa? Kerana muzium ini ada keistimewaannya sendiri sebarang tinggalan sejarah yang sangat berharga. Bila masuk ke dalam muzium ini tadi, ternyata muzium ini sudah banyak berubah dari saat kami menjejakkan kaki ke muzium ini pada tahun 2015.

Dahulu, ketika kami berada di semester 1 di UPSI, kami telah membuat pementasan teater Raja Melewar di muzium ini. Ketika itu, aku berperanan sebagai stage manager (SM) jadi memang puaslah satu muzium itu aku pusing. Memang unik binaannya tetapi dibandingkan dengan keadaan sekarang, muzium ini jauh lebih banyak tarikannya, mungkin selepas diselenggara oleh pihak UPSI sendiri. Sayang sekiranya orang yang datang ke UPSI tidak menjejakkan kaki ke muzium ini sebab banyak sejarah tempat ini sebenarnya. 


Gambar dikreditkan kepada : 

http://ptpmflashcube.net/?content%2FMain%2FMUZIUM+mpn.jpg

Kalau nak tengok Muzium UPSI dari luar, begitulah tampaknya. Besar dan luas, sampai sakit kaki nak round tempat ni, serius. Muzium ini ada dua tingkat, dan kalau kau orang naik tangga dia, tangga dia memang unik dan kayu yang digunakan untuk buat tangga tu memang best. Kau akan rasa macam nak main sliding je bila berjalan atas kayu tu. Sedikit info juga tentang muzium ni, yang aku petik daripada laman web Muzium UPSI sendiri. Kalau korang nak cari info lebih banyak tentang muzium ini, boleh cari di laman web ini : http://muzium.upsi.edu.my/sejarah-muzium.html.

Muzium UPSI ini mula dibina pada bulan Ogos 1919 dan ianya tamat dibina pada bulan Jun 1922. Tenaga-tenaga kerja yang telah membina muzium ini dibawa daripada Tanah Jawa dan juga buruh mahir berbangsa Cina. Struktur binaan muzium jelas menunjukkan ianya mirip kepada reka bentuk dan struktur binaan gereja Notre - Dame di Perancis dan Salisbury di England. Banyak info-info penting yang dapat diperolehi sekiranya kita melawat muzium ini dan korang boleh rasakan sendiri aura klasiknya itu dengan dikelilingi barang-barang lama. Nah, nak tepek juga gambar-gambar yang sempat aku ambil tadi di Muzium UPSI sementara tak ada kuliah. Paling best, pekerja di situ ramah-ramah dan jangan takut nak singgah ke sini. Ada jual macam-macam cenderamata, tinggal pilih je. 


Ini bukti menunjukkan kamera juga mengalami evolusi :P



Galeri Pendidikan Awal kanak-kanak 




Ada replika meriam sekali di sini


Ain request nak ambil gambar dengan adik-adik :P


Ain sedang menganalisis :P


Sepadan pula kan hahaha


Pemandangan dari tingkat atas


Ini pemandangan dari atas muzium, cantik kan?


Yang kak Ain sedang ralit menengok tu, hasil karya anak-anak istimewa Pendidikan Khas. Comel-comel mereka buat, rasa macam nak ambil satu. Kalau ada dijual, nak juga beli satu buat simpanan. 


Sebenarnya, kami geram tengok basikal tu. 



Kalau tengok dari dalam gambar, memang sukar hendak mengecam makhluk yang ada di dalam botol ini. Cuba teka dalam sekali imbas, kulit yang cantik dan melingkar begitu, apakah ia? Ularlah jawapannya. Ya, ular. Kalau tak percaya, pergi muzium ni dan tengok sendiri. Ular ini telah diawet di dalam botol dan nampak seperti masih hidup, serius.


Untuk pengetahuan bagi yang tidak tahu, sebuah filem juga pernah menjalankan penggambaran di muzium ini. Siapa pernah tengok cerita Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium ? Filem lakonan Usop Wilcha ini ditayangkan pada tahun 2015, waktu itu aku baru saja masuk UPSI. Aku pernah menonton filem ini bersama dengan keluarga, bangga juga tengok muzium UPSI dalam filem. Bising mulut aku terangkan itu dan ini pada mak. Adeh. Excited terlebih. Bawah ini nak letak sedikit gambar daripada filem tersebut. 




Pentas inilah tempat kami mempersembahkan teater Raja Melewar pada bulan Disember 2015, ketika kami berada di semester 1. Melihat pentas yang sama ini dijadikan lokasi penggambaran filem memang mengujakan. Walau apapun, kalau anda pelajar UPSI tetapi tidak pernah menjejakkan kaki ke muzium ini, sangatlah rugi, tak berbayar pun. Dan kalau anda orang luar yang datang ke UPSI, sangat disyorkan untuk datang melawat muzium ini. Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian hari ini, next time, insyaaAllah, ada idea dan pengalaman lain, I will share it again. Thanks a lot for those yang sudi baca :)






Rujukan :

http://www.backpackerzmag.com/2014/12/muzium-pendidikan-nasional-upsi.html

http://muzium.upsi.edu.my/

Gambar-gambar filem diambil daripada laman web:

https://wall.alphacoders.com/by_sub_category.php?id=238032&name=Usop+Wilcha+%3A+Menghonjang+Makhluk+Muzium+Wallpapers

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/kenali-tokoh-negara-dalam-uwmmm-1.427383


Tiada ulasan:

Catat Ulasan