Hari tu saya ada kata yang saya nak share review tentang produk Innisfree kan? Jadi hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman saya menggunakan produk natural dan organik daripada Korea ini. Kita guna produk kecantikan dari Korea bukanlah sebab nak kulit putih melepak tetapi sebab benar-benar bagus dan ada banyak kebaikan. Saya beli produk Innisfree daripada seorang personal Shopper yang selalu belikan barang customer di outlet Innisfree di KL. Sebelum beli, it's better kalau korang selidik dahulu tentang produk Innisfree yang mana yang korang nak beli di website dia. Ini website dia seperti di bawah:
Innisfree ini ada banyak sangat barang tau sampai keliru nak beli yang mana satu. Ada skincare, cleanser, mask yang macam-macam bentuk, ada mekap dan macam-macam lagi. Sangat banyak so make sure awak tahu nak beli yang mana satu sebelum order barang. Boleh juga beli dari hermo melalui online but I prefer beli melalui personal shopper sebab kadang-kadang barang yang kita nak tu sudah out of sale di Hermo punya website tetapi kalau beli direct di outlet Innisfree, memang sentiasa ada. Jadi hari itu saya beli a few Innisfree punya product seperti di bawah ini. Bawah ni produk yang saya beli.
jeju volcanic pore cleansing foam
Sekarang, saya menggunakan pencuci muka yang ini. Kulit saya jenis yang berminyak, sangat oily dan saya mudah berpeluh. So saya beli jeju volcanic punya cleanser dan sepanjang lebih sebulan menggunakan cleanser ini, memang kurang oily and sangat selesa sebab lepas cuci muka lembut je rasa kulit. Harganya dalam RM 50+ dan sangat berbaloi sebab isinya banyak dan sampai sekarang pun still banyak lagi bakinya.
Jeju volcanic pore scrub foam
The next one is this one. Scrub ni memang best dan banyak juga - 150 ml dan just guna 1- kali dalam tempoh seminggu. Sampai sekarang masih banyak lagi baki yang saya punya rasanya first time guna produk yang tak sampai setengah pun habis setelah sebulan berlalu. Sangat menjimatkan. Ini pun sesuai untuk jenis kulit muka berminyak dan yang ada masalah dengan pori-pori di muka. Gandingan yang sesuai scrub ini adalah dengan cleanser saya di atas . Saya grab dua-dua hari tu.
The green tea seed serum
Serum ini best, apply before korang guna toner tapi sebab saya tak ada guna toner jadi saya apply serum ini selepas cuci muka. Saya tak selalu sangat pakai serum biasanya waktu malam dan waktu saya nak pergi kuliah saja. Before apply sunscreen pada muka, saya akan apply serum ini. Rasa aura semulajadi itu dari bau serum ini pun dah rasa best.
Perfect UV protection Cream Triple Care
Ini pula adalah my favourite sunscreen, saya apply di muka sebelum tabur bedak dan selepas apply green tea seed serum. Boleh letak di anggota badan yang lain selain muka. Harganya RM 62 tapi serius, produk Innisfree memang tahan lama. Sunscreen ini saya selalu guna sebab saya selalu keluar berjemur. Saya rasa tak selamat kalau tak ada sunscreen huhu that's why kalau nak cari apa-apa, sunscreen come first and then baru cleanser. Bayangkan muka kita berjemur bawah terik mentari tu tanpa sunscreen.
Jeju volcanic color clay mask
Saya sebenarnya sangat suka mask, that's why Im choosing jeju volcanic color clay mask macam yang kat atas ni. Tapi saya tak beli semua, just beli yang tengah-tengah tu je warna kuning pastel tu. Setiap kali mood down, saya akan pakai mask sebab macam satu terapi untuk saya. Saya pakai lepas cuci muka then pakai mask ni selama 5-10 minit sebelum basuh semula muka dengan air. Function dia adalah untuk brightening. Overall, saya puas hati menggunakan product ini dan selepas ini, saya target nak beli eye cream dia pulak. Save bajet dulu, Kalau you guys nak try, boleh sangat dialu-alukan sebab memang best.
Rujukan gambar:
http://www.pavilion-kl.com/viewoffersevents/Innisfree-Journey-of-The-Green-Tea-Seed-Serum
http://www.pamper.my/news/beauty/skin-care/multimasking-innisfrees-jeju-volcanic-color-clay-masks/
https://www.amazon.com/Innisfree-Perfect-Protection-Triple-RESISTANT/dp/B01GHO4I00
http://www.pamper.my/news/beauty/skin-care/multimasking-innisfrees-jeju-volcanic-color-clay-masks/
https://www.amazon.com/Innisfree-Perfect-Protection-Triple-RESISTANT/dp/B01GHO4I00
Tiada ulasan:
Catat Ulasan