Assalammualaikum. Malam ini nak berkongsi tentang program yang kami anjurkan bersama pihak Kolej Komuniti Kpg. Gajah Perak di kolej itu sendiri. Ini pengalaman pertama bergelar Timbalan Pengarah Program bagi program Menyingkap Potensi Diri (MEPSDI) bergandingan dengan Fatin Sabrina sebagai Pengarah Program. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Persuratan Melayu sidang 2017/2018 dan ada juga ahli Kelab Penulisan Kreatif sidang 2017/2018 yang turut serta menjadi fasilitator di dalam program ini. Peserta yang disasarkan join program MEPSDI ini berusia dari lingkungan umur 8 tahun sehingga 17 tahun di mana saya rasakan ianya agak mencabar. Sudah lama rasanya tidak berhadapan dengan anak-anak berusia 12 tahun ke bawah. Semasa melaksanakan program ini, saya melibatkan diri dengan membantu AJK Aktiviti yang diketuai oleh saudara Amin Razak bagi melakukan sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bersama para peserta. Berikut ialah gambar sepanjang perjalanan program tersebut:
Semangat abang Ghozali menari ya
semasa sesi energizer ketika permulaan
Apabila fasi masuk kumpulan masing-masing dan gambar-gambar seterusnya adalah gambar di mana LDK sedang berlangsung. Latihan dalam kumpulan yang pertama ialah slot Kotak Beracun di mana setiap wakil dari setiap kumpulan akan dipanggil untuk tampil ke hadapan. Wakil tersebut akan mencabut satu kertas daripada kotak dan diminta agar melakonkan aksi yang terkandung di dalam kotak tersebut dan ahli-ahli kumpulannya mestilah meneka aksi tersebut. Adik-adik dibantu oleh kakak dan abang fasi untuk membolehkan ahli kumpulan masing-masing memahami apa yang sedang disampaikan oleh wakil kumpulan mereka di hadapan. Berikut ialah gambar semasa slot tersebut:
Slot yang kedua adalah slot telefon rosak dan slot ini saudari Iza Mirna yang handle di mana slot ini melatih peserta agar fokus mendengar arahan yang diberikan dan saling memberikan kerjasama di dalam kumpulan.
Slot yang ketiga adalah slot Telaga Biru di yang memberikan kesedaran kepada pelajar tentang amanah yang digalas oleh mereka terutamanya yang menyentuh perihal ibu bapa serta keluarga. Berikut ialah gambar slot-slot tersebut.
Sejujurnya, slot Telaga Biru ini adalah slot yang paling susah saya rasakan sepanjang pengalaman saya aktif berprogram dengan pelbagai organisasi semasa di universiti mahu pun di luar universiti. Walaupun ini merupakan kali ketiga saya handle slot ini, saya tetap gementar dan berdoa semoga semuanya dipermudahkan kerana peserta yang sedang ada di hadapan saya ketika ini majoritinya ialah anak-anak kecil yang masih suci dan lembut hatinya, dan hati itu ingin saya sentuh dengan sentuhan ketulusan agar anak-anak ini suatu hari nanti menjadi anak bangsa yang bermanfaat kepada keluarga, agama dan bangsa. Saya sentiasa takut dengan slot ini kerana silap hari bulan, saya sendiri akan menangis teresak-esak seperti mana yang berlaku ketika saya handle slot ini di Pahang pada tahun 2016. Apa pun pengalaman kali ketiga ini cukup berharga dan terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk handle slot ini. Seterusnya adalah gambar ketika majlis penutupan program MEPSDI pada sebelah petang.
Adik semester 1 yang menjadi juruacara : Saudara Haqeem
Sesi penyampaian hadiah daripada pihak PPM kepada ADUN
Ini adalah gambar ketika malam kebudayaan di Kampung Gajah, Perak. Ketika ini, saya dan Fatin Sabrina mendeklamasikan puisi yang dibaca oleh Oki Setiana Dewi dan Meyda Sefira di dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Pengalaman mendewasakan kita :) Seterusnya adalah gambar kami ketika bersiar-siar di sekitar kolej komuniti dan ketika singgah di Menara Condong, Teluk Intan.
Suka bebeno dua cik mek molek ni berada di Menara Condong
Gambar ini menimbulkan kontroversi di dalam group Kelab Kreatif :P
Nampaklah juga seketul Fitri Lyiana di situ walaupun kecik
Lawa kan wallpaper dinding ni
Lawa sangat aih background diaa
Terima kasih semua untuk kenangan ini
Gambar dikreditkan kepada page : Persatuan Persuratan Melayu 17/18
Tiada ulasan:
Catat Ulasan