Follow Fitri Lyiana Amir di Facebook

Selasa, 5 Disember 2017

OKI SETIANA DEWI - #PERIBADI MUSLIMAH

Assalammualaikum. Rajin pula saya menaip entri hari ini, sudah dua entri termasuk yang ini. Inspirasi setelah menonton video temuramah sebuah program Tv Al-Hijrah di mana Irma Hasmie dan Raja Farah telah menemubual sesosok peribadi muslimah hebat yang saya kagumi bernama Oki Setiana Dewi. Saya rasa ramai yang sudah mengenal beliau sebab beliau merupakan watak utama yang berlakon di dalam sebuah filem adaptasi novel bertajuk Ketika Cinta Bertasbih sebagai watak seorang gadis muslimah bernama Anna Althafunnisa. Kalau sesiapa yang belum mengenal beliau, cukup saya katakan sosok muslimah ini sangat hebat orangnya. Buka saja di youtube dan cuba dengar apa-apa sharing yang dia kongsikan semasa live programme di tv di Indonesia, menusuk langsung nun jauh di sudut hati. 


Inilah wanita hebat yang saya katakan itu. Kebanyakan orang-orang Indonesia menggelarnya dengan gelaran Ustazah Oki. Beliau sekarang sudah berkahwin dan sudah ada dua orang anak. Saya mula minat melihat lakonan beliau ketika melihat sesosok Oki ini di dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. I'm not sure what feeling it is. Suatu perasaan yang tenang dan damai kalau melihat muka beliau di dalam filem itu, and that is my starting point nak tahu lebih tentang dia. Oki Setiana Dewi juga merupakan seorang penulis tau, boleh try google cari buku - buku apa yang dia tulis. Dan selain menulis, berlakon, dia juga menjalankan perniagaan busana yang patuh syariah. Hebat kan? Dia juga sedang mengambil Phd kalau tak salah di salah sebuah universiti di Indonesia. Dan dalam masa yang sama, juga sudah mendirikan rumah Quran di mana rumah itu memberikan peluang kepada masyarakat untuk belajar dan menghafaz al-Quran secara percuma. Di dalam temubual bersama dengan Raja Farah dan Irma Hasmie itu, beliau ada memberitahu bahawa yang kebanyakan join rumah Quran itu terdiri daripada golongan mualaf, anak yatim dan yang tidak berkemampuan. Kalau kita ada duit, kita akan terfikir tak ya nak buat rumah Quran - this question I ask to myself, memang reflek diri betul-betul waktu dengar temubual bersama Oki itu. 


Oki ini pun anak sulung tau ( boleh tak nak perasan kejap sebab kita sama-sama anak sulung :P ) dan ada dua orang adik perempuan. Maknanya, adik-beradik beliau semuanya perempuan. Selain Oki, saya kenal adik bongsu beliau bernama Ricis hahaha. Itu pun sebab selalu tengok video si Ricis ini di instagram. Lincah sangat si adik bongsu ni hahaha. Kalau nak tahu, pada tahun 2010, Oki pernah memenangi dua anugerah dalam bidang seni hiburan. Dia memenangi Anugerah Aktris Pendatang Baru Wanita Terbaik dan Anugerah Aktris Pendatang Baru Wanita Terfavorit menerusi filem Ketika Cinta Bertasbih. Betullah, Allah tak akan sia-siakan hambaNya yang patuh pada perintahNya. Bila diingatkan semula prinsip Oki yang tidak menerima adegan yang bersentuhan dengan yang bukan muhrim, enggan berpakaian ketat dan tudung pendek - prinsip-prinsipnya untuk menerima sesuatu tawaran berlakon- Allah memang jaga beliau bahkan beliau yang mematuhi arahan Allah dengan menjaga apa yang sewajarnya seorang muslimah jaga juga berjaya memenangi anugerah dalam bidang dunia seni hiburan yang kita sedia maklum geloranya bagaimana. Ini bukti tiada yang merugikan dalam mematuhi syariat, kadangkala kita menolak sesuatu kerana ia bercanggahan dengan agama, Allah akan berikan yang lebih baik untuk kita.

Dan sebenarnya, saya teringin sangat nak jumpa kak Oki, moga akan ada jodoh untuk saya bertemu dengan dia pada masa akan datang. Teringin nak bertemu dengan dia depan-depan, hendak mendengar sendiri kata nasihat dari beliau. Doakan saya ada rezeki nak berjumpa dengan dia ya! :)






Rujukan laman web :

https://katarik.com/2014/11/01/biodata-dn-profil-lengkap-oki-setiana-dewi/

Gambar diambil daripada laman web :

https://she.id/article/1696/pengalaman-oki-setiana-dewi-saat-jilbab-syari-disorot-di-spanyol.html


https://gozzip.id/3512/

1 ulasan:

  1. Buruan mampir disitus kami . Situs yang penuh hadiah dan gampang menangnya
    Dimana hadiahnya dapat dimenangnya hanya dengan mendaftarkan ID hoki anda & bermain
    disitus PELANGIQQASIA.COM
    Situs ini merupakan situs bergengsi yang mudah untuk dimainkan bahkan banjir hadiah jutaan rupiahnya
    Hanya dengan modal 25.000ribu rupiah saja , kamu sudah bisa bermain 8GAMES menarik kami :
    -Bandar66 (NEW)
    -BandarQ
    -Capsa susun
    -Poker
    -Sakong
    -Domino99
    -Aduq
    -Bandar poker
    Situs ini dilengkapi dengan LIVE CHAT 24jam & cs yang ramah
    JANGAN SAMPAI KETINGGALAN KESEMPATAN BESAR INI BOS ^^ Buruan mampir disitus kami . Situs yang penuh hadiah dan gampang menangnya
    Dimana hadiahnya dapat dimenangnya hanya dengan mendaftarkan ID hoki anda & bermain

    BalasPadam