Follow Fitri Lyiana Amir di Facebook

Jumaat, 24 November 2017

TEKS UCAPAN PERASMI PROGRAM




Terima kasih kepada saudara / saudari pengerusi majlis.

Assalamualaikum w.b.t , salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam Perak Aman Jaya.

Yang dihormati,

1)      Saudara Khairul Abdullah, tetamu jemputan khas untuk Bicara Buku pada hari ini,

2)      Saudari Anis Amira Samsuri, Pengarah Program Bicara Buku bersama Khairul Abdullah,

3)      Saudara Amirul Hasyraf Mohd Yusoff, Yang Dipertua Kelab Penulisan Kreatif dan Deskriptif.  

Yang dihormati,

4)      Saudari __________________________________, Yang Dipertua Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI yang telah bekerjasama dalam menjayakan program keilmuan ini

Ahli-ahli jawatankuasa pelaksana yang telah bertungkus – lumus menjayakan program dan juga kepada peserta yang telah hadir pada hari ini.



Alhamdulillah hirrobil alamin. Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNYA, dapatlah saya berdiri disini, bagi menyampaikan sedikit ucapan perasmian sempena ‘Program Bicara Buku bersama Khairul Abdullah’ pada hari ini. Terlebih dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa program yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini. Majlis ini adalah program yang melibatkan ahli Kelab Penulisan Kreatif dan Deskriptif serta dengan kerjasama Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI. Program seperti ini telah memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi kita pada hari ini untuk mendedahkan diri kepada bidang perbukuan dan bukannya meluangkan masa dengan perkara yang sia-sia. Di samping itu, program sebegini mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar yang terlibat serta menjalinkan kerjasama yang erat antara sesama merea. Program sebegini juga dapat memberikan pengalaman yang bermakna dalam kalangan pelajar-pelajar yang mengendalikannya. Selain itu, dengan wujudnya program ini dapat memupuk semangat kekitaan dan cintakan ilmu dalam kalangan masyarakat kita ya, bukan sahaja pelajar.

Saya berharap dengan berlangsungnya program ini akan memberi semangat dan kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk lebih suka kepada buku dan suka untuk menggali pemikiran tersirat yang terdapat di dalamnya.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf di pinta


Akhir kata, dengan lafas Bismillahirohmanirohim saya merasmikan Program Bicara Buku Mentaliti Jamban bersama penulis KHAIRUL ABDULLAH anjuran KELAB PENULISAN KREATIF DAN DESKRIPTIF SESI 2017/2018 dengan kerjasama KELAB SAHABAT PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN UPSI. 

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan