Terima
kasih kerana sudi meluangkan masa untuk sesi wawancara bersama kami. Kami
sangat bersyukur kerana dapat menembual _______________________ tentang konsep
pandangan __________________ tentang ‘kreatif’ dan sangat berterima kasih
kepada ___________________________kerana sudi menerima kami di sini.
Soalan 1:
Menurut
________________________, konsep kreatif itu sebenarnya bagaimana?
Soalan 2:
Bagaimana
pula pandangan ________________ tentang “kreatif” dalam konteks pandangan agama
Islam? Jika kita lihat pada zaman kini, sering dilihat tokoh-tokoh barat
melaung-laungkan pentingnya untuk kita mempunyai ‘kreatif’ itu di dalam diri.
Justeru itu, kami ingin tahu pandangan _____________________mengenai kreatif
dalam konteks Islam pula.
Soalan 3:
Apakah
“kreatif” itu hanya terhad kepada aspek-aspek tertentu misalnya memperbaharui
sesuatu ataupun pada pandangan _____________________, ada sesuatu yang lain
yang boleh kita anggap sebagai bersifat kreatif?
Soalan 4:
Bagi
________________, adakah penting bagi seseorang individu untuk memiliki sifat
kreatif ini di dalam diri mereka?
Soalan 5:
Dalam
konteks pendidikan pula, kita tidak dapat menafikan bahawa sifat kreatif itu
perlu ada dalam diri seorang guru terutamanya ketika kita cuba untuk menarik
minat murid-murid agar terus bersemangat untuk belajar. Boleh
__________________ kongsikan petua atau tips bagi guru-guru di luar sana untuk
tetap kreatif dalam usaha untuk mengajar?
Soalan 6:
Acapkali
kita mendengar golongan yang kreatif ini dipandang sepi, misalnya seperti
______________________________, dan bagi kami itu sesuatu pembaziran modal
insan yang sangat bernilai kepada negara. Boleh tak___________________
cadangkan beberapa cara untuk menonjolkan golongan yang kreatif ini agar
menyerlah di mata masyarakat dan menyumbang kepada negara?
Soalan 7:
Terdapat
juga golongan yang kreatif tetapi buah fikiran mereka yang bernas dipergunakan
oleh orang lain sewenang-wenangnya. Apa nasihat ______________________agar
mereka terus bersemangat dan tidak putus harapan untuk terus bergiat secara
kreatif?
Soalan 8:
Sebenarnya
mahasiswi, mahasiswa, dan anak-anak muda di luar sana banyak yang mempunyai
idea yang bagus serta luar biasa. Hanya mereka tidak berkeyakinan untuk
menonjolkan diri dengan idea tersebut. Boleh ______________ sampaikan nasihat
kepada mereka agar terus yakin dan tidak gentar dengan sebarang penolakan
terhadap idea mereka?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan