And me, not the exception.
Im not expecting that noisy and talkative Fitri Lyiana will be a girls like me, today. Apa yang saya impikan ialah sesuatu yang sangat jauh daripada apa yang berlaku kepada diri saya sekarang. Sangat jauh, bahkan langsung tidak pernah berangan untuk menjadi seperti diri saya sendiri yang saya jadi pada waktu ini. Dulu saya pernah berangan untuk menjadi seorang gadis biasa, yang boleh bersosial di sana sini, berparti di sana sini dan berhibur mengikut apa sahaja yang saya suka. Tetapi semua itu hanya tinggal angan-angan bahkan kini, dalam angan-angan pun saya tidak berani membayangkan bahawa saya sedang melakukan semua perkara itu. Saya tidak berani, saya takut.
Betapa mengejutkan.
Bila berdiri di hadapan cermin dan menatap wajah sendiri.
Betapa lama sudah masa berlalu, detik demi detik, saat demi saat, langsung tidak terasa sudah bertahun-tahun lamanya. Adakala lucu mengenangkan masa lalu, adakala sedih, air mata mengalir keluar tanpa disedari. Betapa susunan Allah itu sangat cantik, sangat indah dan sangat tepat pada waktunya. Lain yang kita rancang untuk "jadi" pada masa hadapan, Allah jualah yang paling hebat menentukan siapa "kita" di masa hadapan.
Siapa menyangka budak selekeh, yang tudung pun sentiasa tak betul, dan banyak cakap macam saya ni akan menjadi seperti ini. Saya tak sangka, dan saya yakin ramai lagi di luar sana tidak menyangka bahawa mereka telah menjadi diri mereka yang sekarang.
You know guys?
Saya jenis orang yang mudah dibuli, selalu dijadikan bahan untuk diketawakan di dalam kelas or ketika berkumpul dengan kawan-kawan. Tapi saya tak kisah, anggap itu semua ibarat angin lalu. Ketika bergaul dengan masyarakat, saya juga jenis orang yang mengalah dan berdiam ketika disindir dan dilontarkan kata-kata sinis dan perlian. Itu yang saya risau dengan sikap saya, kerana "diam" saya itu bermakna dendam. Ya, saya akui agak pendendam orangnya. Saya berdiam, tiada reaksi tapi saya berdendam.
Dendam saya berbeza.
Saya tidak membalasnya ketika saat itu juga. Tetapi I will try to figure out a way to make sure orang yang kenakan saya itu terkena kembali disebabkan kata-katanya sendiri. Dan saya juga mengalami simptom "dendam jangka panjang" di mana saya berhasrat untuk membalas dendam setelah suatu masa tempoh yang agak lama. Saya memang jenis begitu dan bila masa yang tepat, orang tersebut akan terkena. Itu saya, dan saya akui sikap itu masih tersisa sehingga kini tapi cepat-cepat saya buang jauh-jauh, tidak bagus untuk hati dan jiwa saya sendiri.
Apa yang telah berlaku pada masa lalu, itulah yang telah banyak mencorakkan diri saya pada hari ini. Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, anak sulung dan dulu ketika masih kecil, saya memang dimanjakan oleh keluarga. Bila sudah mulai mempunyai adik, barulah manja tu kurang sedikit. Sepanjang saya membesar di sekolah rendah, mak dan bapak tak pernah herdik, bentak dan berkasar dengan saya dan adik. But my father really tegas bila masuk sekolah menengah, sangat tegas.
Sebab itu bila saya membesar, saya jadi gadis yang agak ingin mencuba semua benda. Dan mujur, Allah masih selamatkan saya, saya tak pernah lagi buat benda-benda tak elok tetapi saya pernah melihat sendiri how benda-benda yang saya maksudkan tu berlaku di hadapan mata. Im was surrounded with them.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan