Follow Fitri Lyiana Amir di Facebook

Rabu, 9 September 2015

The EXTRAORDINARY UPSI

Assalammualaikum w.b.t semua.

Semoga sihat walafiat hendaknya.
Semoga sentiasa berada di bawah rahmatNya,
Semoga urusan kita sentiasa dipermudahkan olehNya.
Dan juga semoga dengan itu, amal dan iman kita kian bertambah dan bercambah.
Bukannya semakin tunduk dan layu, terkulai tidak bermaya.

As you know, dear readers,

This is my second week as an UPSIAN.

Dengan tittle sebagai seorang Mahasiswi UPSI, lebih-lebih lagi ketika acara angkat sumpah tempoh hari, memang meremang bulu roma. Siapa sangka anak buruh dan nelayan biasa akan berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Sehingga ke saat tu, aku rasa aku macam masih bermimpi. Masih susah nak percaya. Tetapi itulah hakikatnya. Dan bila kuliah mula, itu dia! Bermulalah perjalanan hidup yang jauh lebih mencabar dari sebelumnya.

Before that, just wanna tell you all yang first week tu ada orientasi dari Rakan Suai Kenal UPSI yang terdiri daripada abang-abang dan kakak-kakak senior. Alhamdulillah, all is well. Kami junior baru rasa amat disayangi. Sewaktu melihat abang dan kakak RSK bertungkus-lumus handle kami sebanyak 1600 lebih orang, aku dapat rasakan betapa penatnya mereka semua (pengalaman memang menyebabkan kita memahami apa yang orang rasa) . Kita nampak memanglah macam senang but dont judge, kita tak tahu kesusahan yang RSK have to to through untuk sambut kedatangan pelajar junior. Terima kasih kakak-kakak dan abang-abang RSK, moga Allah membalas keluhuran pekertimu dan ketulusan hatimu.

Dan bila tamat orientasi universiti for a few days, kami mula pula orientasi mengikut kolej kediaman masing-masing. I got KHAR, short terms for Kolej Harun Aminnurrashid. KHAR. Well, its going well walaupun agak penat, but it's okay.

For the next week, kami dah mula hadir kuliah. Hari pertama turun kuliah kami terpinga-pinga mencari tempat. Setiap orang yang kami jumpa kami tanya tentang lokasi kelas kami. Huhu. Waktu tu memang terdesak sangat.

"Mana DKP 13? Mana? Mana?"

Mujur juga kami datang sejam lebih awal, dapat jugaklah cari tempat tu. Agaknya ini memang masalah yang selalu berlaku kepada pelajaq baru seperti kami. Sesat cari kelas itu satu hal, dan berebut naik bas juga satu hal. Memang banyak pengajaran dan hikmah di sebalik semua tu.

Kena maintainkan kesabaran dan ajar diri supaya bijak ambil peluang yang ada.

InsyaaAllah boleh, Qawiy!

Bila keluar ke Pekan Tanjung Malim, memang takut habis. Dulu kalau kat Sarawak, tak apalah, sebab itu memang tempat kita sendiri. Ini tempat orang, silap hari bulan, Sesat sampai ke Selangor. Eh? Ada ke? Haha. Okay okay, kidding. Nak diceritakan satu benda, kami semua naik teksi seorang uncle India nei, memang aku tengok muka kengkawan satu course dengan aku yang naik teksi yang sama waktu tu pucat lesi, resah gelisah. Sebab waktu tu tengok uncle tu bawa kami go through hutan. Untuk tenangkan diorang, aku cakaplah something.

"It's okay. Allah ada! Kita tak bersendirian. Jangan takut."

Memang kebergantungan kepada Allah ketika berhadapan dengan situasi macam tu sangat tinggi. Dan kita memang tidak bersendirian, Allah ada. Dia ada di situ, bersama kita. Sentiasa. Itu yang aku selalu sematkan di hati. Tipu kalau aku tidak takut, tipu kalau aku tidak gelisah. Tetapi aku pegang satu perkara, hati-hati yang mempunyai Allah, tidak akan pernah dibiarkan bersendirian. Allah itu Maha Penyayang :)

Dan satu benda aku nak khabar, pasal student lelaki dekat KHAR, dekat kolej lain aku tak tahulah. Student lelaki KHAR nei aku respect dekat diorang, sebab kalau mereka tengok perempuan nak naik bas, diorang tak akan berebut. Sebab mereka mungkin takut tersentuh ke apa ke dekat student perempuan. Aku nei memang tegas dalam pergaulan dan bila tengok student lelaki macam nei, aku rasa lega. At least, tak adalah nak tersentuh ke tergesel ke dengan mereka. Kebarangkalian tu berkurang.

Dan tak kurang juga ada abang-abang senior yang nak adjust junior perempuan yang baru masuk. So girls, kalau masuk unversiti, betulkan niat insyaaAllah kita tak akan mudah terpengaruh dengan semua ni. Aku faham memang di usia seperti ini memikirkan benda nei memang orang akan excited punya tetapi bagi orang yang asal dari keluarga susah macam aku ni, lebih baik aku fokus pada aim aku untuk capai matlamat.


Aku memang nak terlibat aktif dalam universiti tetapi banyak mulut-mulut yang kata fokus pada study je lah. Tak payah nak aktif sangat. Teteapi aku memang tak dapat nak duduk diam sebenarnya, sebab dari sekolah rendah lagi aku memang sentiasa aktif itu dan ini. Debat, pidato, pantun, sajak dan syarahan adalah sebahagian daripada hidup aku semasa masih bersekolah, dari sekolah rendah sampailah aku habis Tingkatan Enam. Dan setiap program yang aku dan kawan-kawan aku handle sewaktu sekolah dulu, membuatkan aku sentiasa teruja untuk jadi AJK apa-apa program. Gelaran setiausaha adalah jawatan yang aku sentiasa pegang ke mana-mana saja aku pergi. Tetapi sekarang ada yang larang aku untuk aktif, you think? 

I think I will just go on my way.

Aku dah biasa berpenat.

Jadi, tak ada bezanya untuk aku.

Hanya mungkin beban tu bertambah sikit. 

Eh, beban ke? I mean, kerja tu akan bertambah. Sebab zaman universiti sangat berbeza dengan zaman sekolah. Dan aku sangat bersyukur di sekolah lama aku dulu, cikgu-cikgu kami memang mengajar kami untuk mandiri, berdikari. Kalau tak, cara nak buat kertas kerja pun mungkin aku tak tahu. Akulah tukang buat kertas kerja dulu kalau ada program atau aktiviti melibatkan pihak luar di sekolah. Thanks a lot, cikgu. Rasa bertuah tiba-tiba. Huhu.

Okay guys, I just want to ceriakan diri hari ini.

Dan I want to tell you guys,

"I FALL IN LOVE WITH UPSI"

:)

Extraordinary UPSI.

Okay, guys! 

Petang nanti ada kelas lagi. Apa-apapun, doakan diri ini cekal dan kuat!

InsyaaAllah, I will update again one day.

  

Pekin Ibrahim di Majlis Orientasi Pelajar Baru UPSI

(Saja nak beritahu :P) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan