Follow Fitri Lyiana Amir di Facebook

Selasa, 11 Ogos 2015

Form 6 + Interview Universiti

Assalammualaikum.

Yesterday the UPU result was announced, and Alhamdulillah,banyak jugak student yang dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Some of them dapat UNIMAS, UITM, UMK and ada juga dapat tawaran ke universiti di luar negera. Bagi yang tidak berjaya, saya yakin Allah sedang simpan yang terbaik untuk mereka. Apa-apa pun, segala puji-pujian hanyalah untuk Allah, moga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur.

And bila result UPU keluar, banyak yang tanya prosedur before I managed to get the tawaran untuk ke universiti. And mostly of them sangat tidak percaya yang saya ialah pelajar lepasan form 6, well, you know, orang banyak pandang rendah pada form 6. Bila keluar saja keputusan, banyak junior-junior form 6 inbox FB dan tanya macam-macam. Ada yang minta tips dan tanya macam-macam. Fuh, sebenarnya rasa tak layak pun ada nak beri tips but I really love mendorong dan memberi semangat pada orang lain. So, I just make it.

Here my story! :)

Saya bukanlah pelajar yang sangat pandai, keputusan STPM Sem 1 and sem 2 biasa-biasa ja. Cukup-cukup makan. Sem 1 = 2.7 pointer and sem 2 = 2.3 pointer. Lebih kurang macam tu la result STPM sem 1 dan sem 2 saya. Maklumlah, saya ni nampak je macam pendiam but actually, nakal jugak. Dalam kelas waktu cikgu mengajar, mulut susah nak diam. Then, pernah kena hukum duduk bawah meja sebab tak siap esei Muet hehe. Itu belum kira kena hukum sebab tak buat esei PA. Entah berapa kali agaknya. Kena hukum berkali-kali tapi masih buat jugak. itulah kenakalan kita yang tak tak mampu saya describe sendiri. :P

But for Sem 3, dua tiga minggu before exam sebenar, I really push myself. Terima kasih kepada cikgu yang bersusah-susah buat kelas tambahan waktu hujung minggu. Saya juga ada buat study group dengan kawan-kawan di perpustakaan awam dan dah nak azan maghrib, barulah balik rumah sebab syok sangat belajaq. Waktu tu, memang ada keinginan nak masuk universiti but I tolak ke tepi dulu, yang penting sekarang I must score in Sem 3. In addition, I pun ada ulangan PA for sem 1 and sem 2 . Then ada ulangan subjek Sejarah form sem 2 only. (in fact, markah sejarah ulangan lebih teruk daripada yang sebenar, so, memang tak dipakailah!)

Bila saat akhir macam tu, banyak betul dugaan timbul. Family, perasaan, kawan-kawan! Serabut jugaklah, but I think memang Allah saja nak uji, so I reflect semua kesalahan diri. Sampai saya pernah kena kaunseling dengan cikgu Sastera 6A2 sebab asyik menangis dalam kelas selama tiga hari berturut-turut. Dahlah exam sem 3 makin dekat. Lol! haha! Nasib baik cikgu Haslah ada untuk ingatkan, and her words sampai sekarang I masih ingat, totally!

Dan when result Sem 3 diumumkan, agak terkejut dapat pointer 3.5 lebih macam tu.Dan ianya sangat banyak membantu keputusan keseluruhan saya yang diumumkan pada awal bulan Mac 2015. Ulangan PA sem 1 and sem 2 sangat membantu, selain result sem 3 yang agak tinggi. Dan satu lagi, kerja kursus/assignment form 6. You must make sure you do the best for it sebab memang sangat-sangat penting dan sangat-sangat membantu markah keseluruhan kita. Like me, seriously I did not expect pointer keseluruhan 3.25, (for sure ada yang lagi pandai yang boleh dapat lagi baik from this one) sebab before result keluar, dah cakap dah dekat Munirah dan Intan;

"I think pointer mungkin tak sampai pointer 3"

Tapi Allah lebih tahu dan Dia bagi apa yang terbaik.

So after dapat result, memang nak kena isilah borang UPU secara online dan waktu isi tu, memang dapatkan pandangan from Madam Joyceline, my muet teacher and Madam Tiang, penolong kanan Tingkatan Enam SMK Bandar Bintangor. So, lepas bincang-bincang, saya letak Kesusasteraan Melayu sebagai first choice. TESL as second choice.

Here it is! My choice semasa isi UPU Mac yang lepas.

Pilihan pertama dan kedua is from UPSI then third and fourth choice is from UKM. Semasa bulan Jun, saya telah dipanggil oleh pihak UPSI untuk attend ujian Medsi di UITM kampus dua Kota Samarahan, Sarawak. Jadi saya pergi, menumpang pak cik dan tinggal di rumah saudara mereka di Kuching. Ujian Medsi is just like menguji psikologi kita, sama ada kita sesuai atau tak menjadi seorang guru. Dan banyak soalan cepumas, I think. Kadang-kadang soalan tu sengaja diputar belitkan, biar nampak susah. Dalam kes ni, skill mengesan main point dalam bahas amat berguna. Fuh, alhamdulillah pernah ikut bahas sebelum ni. Sesiapa yang lulus ujian Medsi, barulah akan dipanggil untuk menghadiri interview. 

Alkisahnya dalam bulan Julai.

Saya terima mesej from UPSI agar saya check tawaran untuk temuduga. I check and alhamdulillah I got it. You know what I feel, rasanya macam nak lulus ujian Medsi pun dah susah, ini kan pula nak pergi interview di hadapan pihak UPSI sendiri. Rasa bimbang, takut dan gelabah, semua ada! Tetapi dalam gelisah-gelisah tu, saya pergi jugak. Lebih baik saya mencuba daripada langsung tidak mencuba. Mak saya yang jadi lebih bersemangat daripada saya :P dia yang temankan saya ke Kuching kali ini, menginap di rumah cousin saya. Kali ini, interview UPSI diadakan di UNIMAS. 

First sampai ke situ, di lokasi interview, saya memang tak ada kenal sesiapa. So, I tengok-tengok dan cepat-cepat berkenalan dengan sesiapa sahaja yang sudi berkenalan (ceh, ayat ni memang). Saya ni peramah sikit, jadi sikap tu susah nak buang. So, dalam masa lima minit, I got to know  a girl form Kabong and one more from Miri. Kedua-duanya pun datang untuk interview. 

Sebelah paginya, I attend ujian bertulis dan ujian lisan TESL. Memang speakinglah, bila masa time ujian lisan tu, lecturer perempuan and she use hijab yang agak labuh (cantik tudungnya, tau tak?", dia yang menilai kitorang. Rasa nak menangis pun ada, korang tau tak BI candidate yang lain semuanya memang hebat-hebat dalam speaking, dan saya pulak? Apuuuu, I think like betul ke course yang aku isi ni? Tapi saya masih cool, tak nak nampak cemas dan masih sempat bukak tafsir Quran dan baca. Ini memang tak dapat lari. Waktu mula-mula datang tu, saya tak sengaja terletakkan tafsir Quran tu bersama dengan fail di atas meja penilai tu,dia gelak saja tengok saya macam tu. Look at her, mengingatkan saya kepada Cikgu Safiah Yaman, my BM teacher during primary school. :') 

The lecturer ask me to tell semua tentang diri saya.

Jadi saya pun bercerita, bab bercerita memang saya suka. The lecturer really nice, dan ada satu soalan tu dia tanya "Between Kesusasteraan Melayu and TESL, which one did you prefer more?" And I jawab "Kesusasteraan melayu" Dia angguk dan tersenyum lebar, lama dia memerhati wajah saya .

"But Malay Literature also very difficult, it is not that easy for you to learn." She asked again.

And I answerd,

"I dont care, madam. Because I love it so much!" Dengan penuh perasaan saya menjawab. 

Dan sebelum saya keluar dari bilik ujian lisan tu, dia suruh saya sampaikan salam daripadanya kepada mak saya. You know, saya tak rasa pun yang saya sedang ujian lisan TESL tapi saya rasa macam berbual pulak. Hehe. Pensyarah tu sporting dan baiklah! 

And sebelah petang, saya ditemuduga. And sayalah satu-satunya perempuan yang masuk bersama dengan dua orang candidate lelaki yang lain. (Tiga orang masuk sekaligus for interview). Yang menemuduga kami juga lelaki, dua orang (memang really sporting and enjoy discussion with them) Banyak jugak isu yang disoal kepada kami, and mostly memang kami perlu bercakap dalam Bahasa Inggeris. Antara isu yang dia soal isu Dasar 1 Murid 1 Sukan, PBS dan paling agak sensitiflah, yang memang dia sengaja nak tengok taraf pemikiran kita setakat mana, isu guru Sarawak dan guru Semenanjung. 

Saya memang suka topik itu, hehe. 

Habis peribahasa keluar sewaktu saya berhujah, (memang seakan-akan mereka hendak tengok sejauh mana kita bijak mengatur kata dan berhujah di hadapan orang) and bila keluar topik macam tu, kita mesti tahu how nak berhujah tanpa menyinggung perasaan mana-mana pihak. Because Im sarawakian, yang menemu duga itu pula orang dari Semenanjung. So, saya kena pandai bermain kata sedikit. Seriously, fail dan sijil-sijil semua tu, mereka langsung tak tengok. Mereka cuma nak tengok sejauh mana kita dapat bercakap dan mengutarakan pandangan. Akhlak, tatasusila, itu semua mereka ambil kira. 

So after tamat temuduga, dua orang penemuduga itu kata jangan ambil hati dengan apa-apa yang mereka katakan. They said mereka cuma nak tengok kebolehan kami berhujah dan berhadapan dengan soalan-soalan yang diutarakan kepada kami. (U know, I still masih boleh tergelak ketika diinterview sebab memang rasa macam tengah berborak dan berbincang) 

By the way, dear.

Pray the best for me yang akan berangkat ke UPSI tak lama lagi.

Whatever happen, masuk universiti atau tak, itu tak penting sebenarnya.Yang penting, how you can conduct yourself ke mana pun Allah campakkan kamu. Kalau dapat masuk universiti, itu memang suatu peluang yang Allah berikan dan kepada junior form 6, teruskan dan just go on. Form 6 boleh jadi platform terbaik untuk anda mencapai kejayaan. Mana tahu nanti kita boleh bertemu di universiti :) InsyaaAllah. May Allah ease. 

Lot of love 

Fitri Lyiana Amir <3







Tiada ulasan:

Catat Ulasan