Follow Fitri Lyiana Amir di Facebook

Jumaat, 24 Julai 2015

Seorang Maisara (Bahagian 4)

-Seorang Maisara- (Bahagian 4)


"Aku pun bukanlah pandai sangat. Sebab tu aku masih belajar lagi. Nak pergi belajar di sekolah agama, aku tak mampu. Kau sendiri tahu kan keadaan keluarga aku macam mana." Suara Maisara mendatar, buku "Langit Ilahi" di tangannya disusun semula di atas meja bersama buku-buku yang lain.
"Kau tabah betul, Maisara! Satu kampung kutuk engkau, tapi aku tengok engkau semakin bersemangat nak berubah." Alia tersenyum kecil, sedikit kagum akan ketabahan hati Maisara menempuhi dugaan yang datang menimpa.
Siapa tak kenal Maisara?
Gadis yang lantang bersuara jika dihina dan dimaki. Tak pernah peduli tentang pandangan serong orang lain terhadapnya. Yang penting, katanya, dia tak kacau hidup orang lain.
"If they respect me, I will respect them more. If not, I can be more dangerous than them!"
Itulah prinsip hidup Maisara.
Cacian, fitnah dan sindiran sudah menjadi makanan harian bagi gadis itu. Bahkan sepupunya sendiri tidak menyukainya dan langsung tidak berasa bersalah menyebarkan berita fitnah mengenai Maisara.
Hal itu pernah menyebabkan keluarga mereka bergaduh besar tetapi kini, Maisara sudah terlampau biasa dengan semua itu. Terlalu biasa!
"Ajarkanlah aku bagaimana menjadi tabah, Maisara." Pinta Alia. Wajah Maisara ditatap dengan penuh perhatian.
"Kau akan tabah bila kau tak pedulikan lagi apa-apa pun yang menghalang engkau!" Ujar Maisara cukup yakin.
"Tapi aku tak kuatlah dengar orang mengata aku."
Alia merenung tangannya sendiri. Gadis bertudung ungu itu mengeluh berat.
"Kalau orang suruh engkau putuskan hubungan engkau dengan Rayyan, itu aku sangat setuju!" Maisara kelihatan cukup teruja. Segera dia melompat ke atas katil, duduk bersila berhampiran dengan Alia.
"Engkau ni kan? Memang tu jer engkau tahu! Macamlah Rayyan tu jahat sangat." Alia mencebik bibir, agak marah mendengar kata-kata Maisara walaupun itu bukanlah kali pertama Maisara menyuarakannya.
"Kalau dia baik sangat, dia tak akan bawa engkau naik motor dengan dia tiap-tiap petang, round satu kampung. Dia tak akan peluk dan pegang tangan engkau sesuka hati." Maisara memukul kaki Alia dengan bantal, sedikit geram melihat kepolosan kawan baiknya itu.
Sikap itulah yang menyebabkan banyak perempuan mudah jatuh dalam perangkap lelaki. Bersangka baik tak kena tempat!
Terlalu mudah cair!
"Hmm yalah tu!" Alia menarik muncungnya, tidak tumpah seperti muncung itik.
"Tadi kau tanya macam mana nak jadi kuat kan. Bagi aku, kalau kau nak cari ketabahan dan kekuatan tu, kau carilah Pencipta kau. Dia yang mencipta kau, pasti Dia tahu bagaimana hendak beri kekuatan pada kau."
Maisara mengenyitkan matanya, pipi Alia dicubit mesra.
"Aduh, Mai! Sakitlah pipi aku!"
Alia menggosok-gosok pipinya yang sudah kemerah-merahan kerana dicubit oleh Maisara. Maisara tergelak, lucu benar melihat Alia dalam keadaan begitu.
"Eh, telefon aku berbunyilah!" Alia pantas mengagau-ngagau sesuatu di dalam poket seluarnya. Telefon jenama Lenovo dikeluarkan daripada poket tersebut.
"Rayyan hantar mesej! Dia ajak keluarlah, Maisara." Mata Alia masih tertancap pada skrin telefon, membaca mesej yang dikirim oleh Rayyan.
"Kau akan keluar dengan dia?" Soal Maisara. Dahi gadis itu berkerut. Jelas terpapar kebimbangan pada wajah mulus itu.
"Ya, mestilah! Dia nak jemput aku." Suara Alia kedengaran ceria, di bibirnya terukir senyuman lebar.
"Hati-hati!" Ujar Maisara pendek.
"Tahulah aku menjaga diri aku. Jangan risau sangat. Okaylah! Aku nak minta diri dulu, amoi hitam manis!" Alia bingkas bangkit dari atas katil, langkah kakinya pantas menuju ke pintu bilik.
"Suka hati kaulah!" Maisara menggeleng-gelengkan kepala, pening melihat telatah gedik Alia. Alia sempat melayangkan flying kiss kepada Maisara sebelum keluar dari bilik.
"Gedik!" Maisara melemparkan bantal peluk ke arah Alia sambil tergelak. Mempunyai kawan seperti itu kadang-kadang cukup menghiburkan.
Kadang-kadang!
-Akan bersambung bahagian 5-

Perhatian : 

Saya tak benarkan karya saya ini dicopy, ditiru, diambil tanpa pengetahuan dan izin saya. 

Harap maklum. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan