-Seorang Maisara- (Bahagian 3)
Begnya dicampak ke atas katil. Punggung dilabuhkan di atas kerusi berhampiran dengan meja kayu, meja yang menjadi tempat Maisara menyusun buku-buku yang dibeli olehnya.
"Huh, lenguh tengkuk aku!" Maisara mengurut-urut bahagian tengkuknya. Kakinya juga terasa sakit. Agak lenguh rasanya. Mungkin disebabkan terlalu lama berdiri ketika berniaga ikan di pasar pagi tadi.
Maisara menggapai buku "Langit Ilahi". Buku yang tebal itu dibelek-belek perlahan. Maisara tersenyum kecil. Buku itu dibeli hasil duit gajinya berniaga ikan dengan Tauke Wong di pasar. Ya, dia mungkin nampak jahil tetapi keinginan untuk menjadi muslim yang baik sentiasa ada di dalam hati, walau sekelumit cuma.
"Maisara, Alia datang nak jumpa kamu!" Suara ibunya jelas kedengaran dari arah ruang tamu. Maisara mengeluh kecil. Alia datang? Tak lain tak bukan pasti gadis berkulit cerah itu ada masalah dengan teman lelakinya. Masak benar dengan perangai Alia!
Kedengaran bunyi pintu dibuka, seorang gadis bertudung ungu tercegat berdiri di hadapan bilik Maisara.
"Maisara!"
"Haaa! Apa lagi masalah kali ni, Alia?" Maisara menyoal malas, matanya masih merenung buku-buku yang tersusun di atas meja.
"Rayyan tu! Sampai hati dia tak ingat birthday aku. Sedangkan aku tak pernah lupa tarikh birthday dia." Alia bersuara geram, habis bantal Maisara dilontarkannya ke atas lantai.
"Aku malas nak komen!" Maisara membalas acuh tak acuh.
"Maisara, tolonglah aku! Si Rayyan tu macam dah tak pedulikan aku lagi. Masak aku kalau terus macam ni." Alia melabuhkan punggungnya di atas katil Maisara. Bibirnya diketap geram.
"Bukannya mati pun engkau kalau dia tak pedulikan engkau. Relaxlah babe! Dia bukan suami kau pun."
"Eleh, kau cakap senanglah! Bukan kau yang rasa."
Maisara menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan. Wajah kawan baiknya diperhati. Maisara cukup hairan, kenapa gadis secantik Alia sanggup memperbodohkan diri hanya kerana seorang lelaki playboy macam Rayyan tu?
"You know something? You already being so beautiful by hijab that you wear. Tapi sayangnya, kau dah cemarkan hijab yang kau pakai tu!" Maisara bersuara kesal.
"Maksud kau?" Alia mengerutkan dahinya, tidak mengerti maksud tersirat di sebalik kata-kata Maisara.
"Bukankah seorang muslimah tu sepatutnya menjaga dirinya daripada berhubungan dengan lelaki yang belum halal baginya?"
Maisara mengutarakan soalan yang agak pedas kepada Alia, menyebabkan kawan baiknya itu kelihatan terkesima seketika.
"Cinta itu kan fitrah. Tak salah!" Alia cuba mempertahankan dirinya, suaranya cukup sinis.
"Memang fitrah tapi kalau salah caranya, cinta itu akan jadi fitnah! Pendek cerita, kau bacalah buku Cinta High Class yang ditulis oleh Ustazah Fatimah Syarha!"
Maisara mengambil buku "Cinta High Class" dan buku itu dihulurkan kepada Alia. Alia menyambut huluran buku itu dengan kening yang terangkat sebelah.
"Orang macam engkau pun baca buku ni? Bertudung pun tak!" Soal Alia sinis.
"Ya, memang aku tak bertudung. Aku tahu. Tapi aku masih belajar, bagaimana nak jadi muslim yang baik. Sebab tu aku banyak beli buku agama. Buku Hilal Asyraf, Aiman Banna, Ustazah Fatimah Syarha. Aku tak nak bila aku dah berubah nanti, aku pula yang jadi fitnah kepada Islam! Sebab tu aku nak belajar dulu."
"Engkau maksudkan akulah yang jadi fitnah kepada Islam tu?" Nada suara Alia kedengaran seakan-akan sedang merajuk.
"Taklah. Aku tak maksudkan sesiapa pun. Aku hanya takut diri aku nanti jadi fitnah kepada agama. Hmmm. Kau ingat aku tak pernah terdetik di hati untuk berhijab?"
Alia terdiam mendengar kata-kata Maisara. Dalam diam, hatinya cukup terkesan dengan kata-kata Maisara.
"Mungkin kau betul, Maisara." Alia bersuara perlahan. Terdengar keluhan panjang dari bibirnya.
-Akan bersambung bahagian 4-
Perhatian :
Saya tak benarkan karya saya ini dicopy, ditiru, diambil tanpa pengetahuan dan izin saya.
Harap maklum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan