-Seorang Maisara- (Bahagian 13)
"Janganlah macam tu nek, Firdaus dah ada kat kampung sekarang. Tak payahlah nenek nak merajuk lagi!" Lembut suara Firdaus, cuba memujuk hati neneknya.
"Tau tak apa!" Mak Som mencebik bibir. Orang tua berbadan gempal itu menjeling tajam wajah si cucu.
"Nek! Saya ni macam mana? Bengkak pipi saya ni, nek! Bahu saya pun dah rasa senget semacam!" Maisara bersuara nyaring, lengan Mak Som digoncang-goncang kuat.
"A'ah, jom naik rumah nenek. Sapu minyak kat bengkak tu!" Mak Som memeluk tangan kanan Maisara, ditariknya tangan itu menuju ke tangga rumah kayunya. Sempat Maisara menggapai dua beg plastik hitam yang turut terjatuh di atas jalan ketika dia terlanggar pintu kereta tadi.
"Eleh, mengada-ngada pulak perempuan ni." Ujar Firdaus perlahan. Rasa meluat pula melihat "rapatnya" gadis itu dengan si nenek.
Wajah Maisara yang bermandi peluh diperhati. Menjengkelkan! Sudahlah berkulit gelap, gaya pemakaian pula sangat teruk.
Low class!
"Yang kau pandang budak perempuan tu semacam, dah kenapa?" Rayyan tersenyum lebar, berasa pelik melihat riak wajah sahabat baiknya. Asyik memandang si gadis kampung yang baru sahaja terlanggar pintu kereta.
Dan pandangan itu,
Hanya membawa dua maksud.
Sama ada meluat atau pun suka!
"Sakit hati pulak aku tengok dia! Nenek aku layan dia bukan main lagi. Aku? Mana ada nenek aku layan begitu!" Firdaus sedikit beremosi.
"Tenang, Fir. Jangan ikut sangat hati tu! Aku tengok budak tu okay jer. Tak ada masalah." Rayyan menepuk-nepuk bahu Firdaus. Cuba menenangkan sahabat baiknya itu!
Firdaus itu memang agak ego orangnya, dan Rayyan sudah terbiasa dengan sikap ego melangit jejaka idaman Malaya itu.
"Malaslah! Jom cuci kereta. Kang air dalam baldi ini aku simbah ke muka budak tu, kau jangan menyesal." Firdaus bersuara mengugut, baldi berisi air di tangannya diangkat tinggi.
Sesekali, ekor matanya melirik ke arah Maisara yang sedang duduk di beranda rumah bersama dengan si nenek. Gadis itu memejamkan matanya erat setiap kali Mak Som menyapu minyak pada bahu dan pipinya. Suara gadis itu mengaduh kesakitan juga jelas kedengaran.
Nyaring dan kuat.
"Aduh, nek! Sakit!" Berkerut dahi Maisara menahan kesakitan.
"Tahan!" Mak Som membalas sepatah. Tangan tuanya masih mengurut-ngurut bahu Maisara.
Maisara terpaksa menahan.
Sakit pun sakitlah!
Siapa suruh tak tengok depan? Padan muka terlanggar pintu kereta! Kan dah bengkak dan lebam.
Maisara sempat memandang ke arah Firdaus dan Rayyan yang sedang membasuh kereta. Inilah kali pertama Maisara bersua muka dengan cucu Mak Som.
Berlagak!
Itu yang Maisara dapat tafsirkan daripada gayanya. Cara si Firdaus itu memandang Maisara juga sinis dan penuh jengkel, ingat Maisara tak perasan?
Maisara mengetap bibir.
Kalaulah si Firdaus itu tidak membuka pintu kereta, rasanya, sekarang Maisara sudah menikmati makan tengah hari bersama keluarganya.
"Stupid never finish!"
Tahu nak cuci kereta, janganlah letak kereta tepi jalan. Kalau lembu lalu kat jalan tu, lembu pun akan terlanggar pintu kereta yang terbuka luas begitu. Menyusahkan orang!
"Damn!" Maisara merungut marah.
"Yang kamu tiba-tiba marah ni kenapa? Mintak kena urut dengan kuat lagi?" Mak Som mencubit pipi Maisara yang bengkak, menyebabkan gadis itu menjerit kuat.
"Sakitlah!" Maisara menarik muncung, tidak berpuas hati diperlakukan sedemikian. Pipinya yang sakit digosok-gosok lembut.
"Sebab tu jangan nak marah-marah! Buruk benar rupa anak dara naik angin."
Maisara mendengus kasar.
Beg plastik hitam yang diletakkan di riba direnung seketika. Keluhan kecil terdengar dari mulutnya. Perlahan suara gadis itu berbisik;
"Alhamdulillah! Selamat tudung dan seluar aku. Selamat baju si Haikal."
Wajahnya yang tadi masam mencuka, mulai mengukirkan senyuman kecil. Senyuman kecil yang jahat!
"Kesian Mak Su, kejar aku sekampung! Mesti dia penat. Tak apalah, sekali-sekala." Maisara tergelak kecil. Puas hatinya mengenangkan betapa penatnya Mak Su berlari keliling kampung.
"Biar dia rasakan!"
Tawanya semakin galak.
Mak Som menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah Maisara. Nakal sungguh! Nakal-nakal gadis itu, tetap Mak Som sayang dan kasih padanya.
Terlalu kasih.
-Akan bersambung-
Perhatian :
Saya tak benarkan karya saya ini dicopy, ditiru, diambil tanpa pengetahuan dan izin saya.
Harap maklum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan