Assalammualaikum.
Lama tak update blog kan. Baru lepas letak hasil penulisan -Seorang Maisara- di dalam blog ni. Actually karya saya "Seorang Maisara" yang saya hasilkan baru-baru ini merupakan hasil cetusan idea ketika waktu lengang saya. Tak sangka ramai yang suka baca dan setia menunggu setiap episod. Alhamdulillah.
By the way, sebenarnya sekarang saya sudah hampir siapkan novel saya yang pertama. Tak tahu lagi nak hantar ke mana. Nak publish ke tak pun tak sure lagi tapi niat di hati nak terbitkan tu memang ada. Kalau waktu lengang saya menulis tentang seorang Maisara, hampir kebanyakan hari-hari saya pula dimanfaatkan untuk menulis kisah "Qaisara dan Si Buku Hijau Zamrud".
Saya mempunyai sebab tersendiri untuk menulis novel ini dan ramai yang sudah mengetahui, jika saya menulis, sudah tentu karya saya tidak akan terpisah dari unsur dakwah dan tarbiyah. Tidak akan terpisah daripada nilai-nilai Islam. It's really difficult at first, sebab saya jenis girl yang suka adventure story. Dan saya guna idea demi idea yang muncul, yang Allah ilhamkan, untuk gabungkan semuanya. Berbulan-bulan saya memerah otak untuk hasilkan yang terbaik dan inilah hasilnya. Saya tidak rasa ianya sudah cukup baik tetapi saya mengharapkan semua orang akan menyukainya! Now, Let's see a few part in this novel!
“Aku tidak sangka engkau akan ke sana! Aku sentiasa menghindarkan
seboleh mungkin orang kampung ini untuk ke sana, kerana itu di situ merupakan
tempat larangan untuk kami sejak berkurun lamanya!” Suara tegas Tok itu masih
terngiang-ngiang di telinga Qaisara. orang tua itu benar-benar terkejut dengan tindakan Qaisara menceroboh masuk ke dalam kawasan hutan larangan. Disebabkan perkara itu, Tok enggan melihat muka
Qaisara untuk beberapa hari lamanya. Baru semalam orang tua itu berani bersua muka,
memberitahu tentang hutan itu kepadanya.
"Hutan itu bahaya! Jangan engkau berani ke sana lagi!" Suara tegas Tok itu memang sukar untuk dibuang dari minda, memang layaklah orang tua itu menjadi Tok Penghulu bagi masyarakat Pulau Batu Hitam.
"Ah, pedulilah!" Dengusan kasar Qaisara jelas kedengaran.
"Hutan itu bahaya! Jangan engkau berani ke sana lagi!" Suara tegas Tok itu memang sukar untuk dibuang dari minda, memang layaklah orang tua itu menjadi Tok Penghulu bagi masyarakat Pulau Batu Hitam.
"Ah, pedulilah!" Dengusan kasar Qaisara jelas kedengaran.
Qaisara menoleh semula ke arah loket yang tergeletak di atas katil.
Loket itu dicapainya semula dan dibelek-belek perlahan. Terbayang-bayang wajah wanita tua yang berambut serabai, saat Qaisara memerhati loket itu. Qaisara mengeluh
panjang, setiap kata-kata wanita tua berambut serabai itu masih terkesan di
hatinya. Kata orang tua itu, loket ini milik ibu kandung Qaisara, atau mungkin,
loket inikah yang dimaksudkan oleh wanita tua bertudung putih dalam keramaian
tersebut? Qaisara ingat-ingat lupa nama wanita bertudung putih itu.
“Buku itu!” Qaisara lantas teringat kepada buku hijau zamrudnya yang
masih belum disentuh sejak dia tiba di pulau itu. Pantas tangannya menggapai
beg pakaiannya yang terletak di suatu sudut bilik. Setelah beberapa lama beg
itu diselongkar, sebuah buku berwarna hijau zamrud yang agak lusuh dikeluarkan.
Qaisara mencampakkan buku itu ke atas katil sebelum gadis itu bertindak
melompat ke atas katil, dan kemudian terus meniarap. Buku si hijau zamrud diletakkan di hadapan.
“Gambar pertama selesai sudah!” Suara Qaisara kedengaran sedikit lega.
Qaisara
mulai menyelak halaman ketiga, yang dia sangat pasti ada gambar lain di halaman
tersebut. Dan tepat seperti telahan Qaisara, memang ada gambar di situ. Namun
kali ini, halaman ketiga tersebut mengandungi dua keping gambar yang ditampal
berasingan. Gambar sebuah laluan terletak di sebelah atas manakala gambar
sebuah pondok kecil, yang beratapkan daun nipah, berdindingkan buluh, dan di
sekeliling pondok tersebut, kelihatan pokok-pokok besar dan tanaman-tanaman
bunga yang beraneka jenis ditampal di bahagian bawah. Qaisara membaca catatan yang ditulis di bawah gambar
yang kedua, tangannya menongkat dagu dan matanya tepat tertancap pada halaman
ketiga tersebut.
12 Disember 1993
“Loket Bidadari tersembunyi di sini”
“Loket Bidadari?”
Qaisara merenung loket yang tergeletak di tepinya, dan
kemudian gadis itu memerhati semula gambar yang terdapat pada halaman ketiga
tersebut. Jika mama kandungnya itu berfikir, bahawa Qaisara akan pergi mencari
loket tersebut di tempat itu, mamanya telah silap besar. Loket itu kini telah
selamat berada di dalam tangan Qaisara, yang Qaisara perolehi tanpa diduga.
You know, saya tak pernah expect akan dapat hasilkan novel ni.
Now, in process nak siapkan bakinya, doakan ya.
Tiga ratus lebih muka surat.
For those yang nak baca hasil karya saya yang satu ni, selain cerita "Seorang Maisara", you can pm me. Sebab saya pun tak pasti nak terbitkan atau tak. Apa-apa pun, doakan saya dapat menghabiskan novel Qaisara dan Si Buku Hijau Zamrud ni dalam masa beberapa hari lagi.
p/s:
This is the main reason why I always tertaip nama "Qaisara" di dalam cerita "Seorang Maisara" sebab nama diorang lebih kurang sama. Dan kadang-kadang tak sedar tertypo. "Qaisara" really live inside me, seriously!
Doakan!
Moga Allah redha.
Love,
NFLA <3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan