Follow Fitri Lyiana Amir di Facebook

Ahad, 31 Mei 2015

Besties

Everything need sacrification. The same things going on friendship. Suka dan duka,itu perkara biasa akan dilalui oleh mereka yang bersahabat. Kecil hati dengan kawan, terasa hati, itu semua lumrah! Last-last, everything will going back to normal. Kita akan tersenyum dan gelak bersama semula. Itu yang saya pernah lalui bersama teman-teman saya, terutamanya empat orang itu. Kadang-kadang, pernah sampai seminggu tidak bertegur kerana kecil hati dengan salah seorang dari mereka, tapi finally, pasti akan berbaik semula. Lucu, tapi itulah yang terjadi. Pernah juga kami bergaduh sehingga sangat lama menyepi diri, tetapi kemudian ada yang sudi mengalah dan memberanikan diri bertanya khabar masing-masing. Ego direndahkan demi pertalian persahabatan. Ya, ego itu bahaya! Sangat benar, kerana iblis dicampakkan ke neraka juga kerana ego, enggan sujud kepada Nabi Adam.


SMK Bandar Bintangor menyimpan sejuta kenangan. Tempat itu sangat bermakna buat kami. Jujurnya, dulu selalu bantu cikgu memasak pun hanya kerana nak bersama dengan empat sekawan tu. Sebab waktu itu, hanya mereka yang dirasakan dapat menerima saya seadanya ketika orang lain tidak. Keadaan beransur pulih dengan adanya mereka di sisi, dan oh ya, melepak bersama juga mengurangkan sedikit tekanan ketika hendak masuk ke kelas selepas waktu rehat. Dan gambar-gambar di bawah seterusnya, gambar kami di Pantai Belawai. Awesome!






We write our name together with da Angrybird drawing! 

Isnt it cute? Okay Im kidding :P 


Everything seems to be okay and its really okay with us. Tetapi, pergaduhan memang tidak dapat dielakkan. Tahu-tahu, mulut si abang long yang memang pedas berapi itu. I still remember his word, tajam menusuk! Deep, tetapi itulah, perangai dia kadang sangat menjengkelkan jugak, bila dia buli kami yang lain. Kami pernah bergaduh pasal isu poligami dan shopping. Isu kecik sebenarnya, saja nak dijadikan topik cari gaduh. Haih, memang betul-betul tak paham tentang kami :P


This is sewaktu kami study group di library, sebenarnya waktu ini si baju kelabu kat depan tu tengah explain tentang ekonomi dalam Pengajian Am tapi kami bertiga yang lain buat kerja masing-masing. Haa, macam mana nak cemerlang kalau asyik macam ni? Tepuk dahi masing-masing! 


Thats it. Kami berempat berkawan sejak sekolah rendah lagi, tapi dulu, kami tidaklah serapat begini. Cuma selepas masuk Tingkatan Enam, mungkin kami berempat semakin serasi bersama, jadi hubungan kami semakin akrab. Walaupun akrab, tetapi tiga yang perempuan itu termasuk saya, masih tahu batas-batas pergaulan yang perlu dijaga dengan kawan kami yang satu-satunya lelaki itu. Saya, Intan, Munirah dan Acai, memang kami besties tetapi cara kami bersahabat sangat pelik, gaduh, berbaik, gaduh dan kemudian berbaik. Lumrahlah itu kan? Acai pun sangat menghormati posisi kami bertiga, lebih-lebih lagi kami bertiga merupakan budak-budak usrah, memang Acai sangat faham tentang sikap kami. Yalah, kadang orang melabelkan budak usrah ini sebagai hanya bergaul dengan kelompok mereka sendiri, walhal sebenarnya tak pun begitu :) Kami boleh saja bergaul dengan orang lain seperti biasa. Kalau kami beritahu kami ada usrah pada hujung minggu, Acai memang tidak akan kacau kami. Dia memahami. 

Itulah sahabat. 

Apapun kelebihannya, kita gilap dan asah.

Apapun kekurangannya, kita lengkapi agar dia tak merasa sedih.


(Majlis Anugerah Cemerlang SMK BB 2014: Credit to my brother for da picture)

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Ada satu kisah, yang mengatakan tentang si penjual minyak wangi dan si pembuat besi. Perumpamaan itu dikatakan seperti ini, jika kita berkawan dengan si penjual minyak wangi, kita sebagai sahabat turut akan terkena wangiannya. Tetapi sebaliknya jika kita berkawan dengan si pembuat besi, kita sendiri tahu bau apa yang akan hinggap pda diri kita. Sejak dulu, ibu bapa memang sangat pentingkan dengan siapa saya bergaul, tidaklah saya memilih untuk berkawan dengan sesiapa. Tetapi selalunya, yang datang kepada saya, saya rasa, semuanya baik-baik belaka. Walaupun mereka mempunyai sisi gelap tersendiri, saya tidak kisah. Semua manusia boleh berubah kan?

Hadis Rasululah SAW yang bermaksud,
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”
(Hadis riwayat Abu Daud).


Saya sangat bersyukur dikurniakan sahabat yang begitu memahami, walaupun tidaklah memahami seratus-peratus, sedikit sahaja sudah cukup. Keberadaan mereka sudah mampu membuatkan saya merasa selamat. Mereka itu seperti punya aura yang memanggil-manggil semangat yang luntur kembali berkobar-kobar, mungkin itulah ajaibnya persahabatan yang dianugerahkan Allah.

Semoga kekal sehingga ke akhir hayat.

(Untuk mereka yang bergelar sahabat, terutamanya Acai, Intan dan Munirah)


Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”


(surah al-Hujurat  ayat 13)



Credit to blog :

 http://khazinahqalbu-fatiniismadi.blogspot.com/2013/01/koleksi-hadis-tentang-sahabat.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan