Follow Fitri Lyiana Amir di Facebook

Rabu, 3 Jun 2015

Di SMK BB, saya bertemu identiti diri - Norewalani

Berjumpa dengan si gadis berkaca mata ini ketika saya mula-mula belajar di form 6 SMK Bandar Bintangor pada tahun 2013. Tiba-tiba boleh menjadi sangat rapat dan serasi bersama! Ketika itu, si gadis berkaca mata ini masih lagi belajar di Tingkatan lima. Boleh dikata, saya senior dia sebab saya berada di form 6. And then ketika dia mula masuk lower six di SMK BB, a lot of things about her have changed. We as her seniour a little bit surprised when seeing this our little girl change a lot compared to last year. She enter lower six during May 2014. Dia juga merupakan pelajar yang tinggal di asrama. A good leader actually!

Justeru, bagaimana saya boleh terdetik di hati untuk menulis tentang dia?

It's because she was a teenager. Anak muda yang pernah tercari-cari identiti sendiri. Dia banyak bercerita pada saya dan saya seperti biasa, jika saya rasa, cerita itu mampu memberi inspirasi dan meniupkan harapan dan semangat kepada orang lain, saya akan meminta izin untuk letakkan kisah itu di sini. Untuk dibaca oleh mereka-mereka yang juga dahagakan kebaikan dan ingin berubah. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, kerana itu juga disuarakan oleh dia kepada saya;

"Akak, saya takut nanti timbul riak."

But then I convinced her, selagi kita tahu niat kita dan kita sentiasa bimbang dijangkiti penyakit riak, insyaaAllah Allah akan pelihara kita daripada penyakit hati ujub dan riak. Kita tidak tahu amal kita yang mana akan diterima dan kita tidak tahu kata-kata kita yang mana akan menyentuh hati insan lain untuk berubah menuju Allah. Mungkin dengan sedikit tazkirah atau mungkin dengan tulisan ini, siapa tahu kan? Sedangkan Syed Qutb telah menggugah jutaan anak muda dengan hasil nukilannya, tidak mustahil juga kita boleh berbuat begitu. Semoga! Inni akhafullah, semoga dijauhkan daripada riak dan ujub. 



Si gadis bertudung birulah orang yang saya maksudkan, namanya Noerwalani. 
(But I just called her with nickname Lani! Lani! Sweet :P) 

I take this picture during malam Ambang Merdeka SMK BB on 30th August 2013. 

When I ask her about her story, she said sebenarnya sudah lama dia teringin hendak menutup aurat sepenuhnya tetapi dia tidak tahu hendak mula dari mana. Dulu, dia teringin hendak masuk ke sekolah agama tetapi tiada rezeki untuk ke situ. Lani mengakui dia merasa sangat kecewa kerana tidak dapat masuk ke sekolah agama walaupun sehingga dia belajar di form 2, rasa kecewa itu masih ada. Dan ketika gadis berkaca mata ini berpindah ke SMK Bandar Bintangor, dia mulai berubah sedikit demi sedikit. 

"Form 3 saya pindah ke SMK Bandar Bintangor, dari situ saya mengenali Ustazah Faridah. Ustazah banyak menyedarkan saya tentang solat. Mulai dari saat itu, saya mulai berjinak dengan solat. Ketika form 4, saya sudah ada keinginan hendak menyarung tudung labuh, tetapi masih takut dengan pandangan orang sekeliling. Jadi, saya tangguhkan dulu sehingga saya ada kekuatan. Ketika masuk ke Tingkatan Enam Rendah, saya suruh usu saya jahitkan tudung yang labuh sedikit seperti tudung budak sekolah agama. Sebab itu, kalau saya balik ke kampung, kebanyakan orang kampung ingat saya belajar di sekolah agama." 

Ya, dan itu memang benar, kerana kami kakak-kakak senior juga terkejut dengan perubahannya. Awesome gituhhh ;) Tetapi setiap perubahan pasti ada dugaan dan ujian yang perlu dilalui. Berani saya sendiri katakan, bukanlah perubahan menuju kebaikan namanya sekiranya tiada halangan-halangan yang datang tiba-tiba. The same things happen to this little girl.

"Dulu saya bukan seperti ini, saya bersekolah di Bintangor barulah ada orang yang sedarkan. Keluarga saya merupakan keluarga yang biasa-biasa, bukan orang kuat agama. Ada keluarga sebelah mak yang tegur "Apa mimpi kau pakai tudung labuh?" lebih kurang begitulah bunyinya." 


This picture was taken during our visit to school this May. 
Noerwalani is the one who sit beside me, the girl that wearing black tudung.

(Credit to Intan for this picture)

"Bila kenal usrah, Alhamdulillah. Saya kenal apa itu teman, kenal dunia Islam walaupun bukan secara menyeluruh. Saya rasa sangat gembira dengan semua ini. Bila kita tinggalkan perkara yang selalu buat kan kak, Allah akan datangkan ujian. Contohnya kalau kita tinggalkan solat."

Kalau dulu Lani begitu teringin hendak masuk sekolah agama, siapa yang dapat menduga perancangan Allah jauh lebih hebat dan menarik. Gadis berkaca mata ini berjaya menjumpai identiti dirinya di SMK Bandar Bintangor. Bagi orang tertentu, tentu wahana untuk mendalami agama untuk-untuk anak-anak belasan tahun ialah dengan memasuki sekolah agama. Tetapi sebenarnya, kisah Lani membuktikan anak-anak yang belajar di sekolah biasa juga boleh menjadi seorang muslim yang berguna dan hebat. 

"Kerana SMK Bandar Bintangorlah saya dapat mencari identiti saya sendiri." 

Saya kira, ungkapan itu begitu menggetarkan hati bagi pelajar yang pernah belajar di sekolah itu. Kerana hati saya juga bergetar dan sebak, ketika Lani meluahkan ayat itu kepada saya. SMK BB, nama singkatannya! Sekolah itu juga, tidak terkecuali sangat bermakna buat saya ;) 

"Waktu mula-mula bersolat tu, abang dan kakak saya berasa pelik."

Lani memberitahu mula-mula memang dia ragu-ragu juga dengan perubahan yang dilakukannya tetapi kemudian dia memohon supaya Allah menetapkan hatinya dengan perubahan yang betul. Dan itulah yang berlaku sampai sekarang. 

"Ada seseorang yang berkata-kata kepada saya, dia kata, kalau keluarga kita tidak berilmu, adakah kita mahu teruskan kehidupan kita dengan tidak berilmu? Siapa yang akan menolong ibu dan ayah kita nanti melainkan anak yang soleh dan solehah? Saya terpukul dengan kata-kata dia, kak. Beberapa hari saya terfikir,  mampukah saya? Alhamdulillah, Allah dah tetapkan keyakinan dalam diri dalam mencari identiti. Banyak yang mengata, tajamnya mulut mengalahkan tajamnya pisau. Tetapi di situ Allah hadirkan sahabat sebagai pendengar yang setia." 

Memang lumrah kehidupan, di saat ribuan mencaci dan memaki, pasti masih ada yang tetap peduli, setia menemani di sisi. Saya masih ingat pertama kali bertemu dengan Lani, wajahnya polos dan kelihatan seperti seorang budak yang sangat baik. Itu penilaian pertama saya terhadap dirinya. Tetapi sangkaan positif itu mengena juga. 

Lani, I hope you will stay strong going through this. 

I really know that you can. 

Semoga kisah yang ditulis ini bermanfaat kepada semua dan semoga Allah memberkati Lani yang memberi keizinan kepada saya untuk menerbitkan kisahnya di sini. Well guys, hidayah Allah itu tidak mengira sesiapa. Once Allah said, Kun Faya Kun, and it will be. Without any doubt. Semoga ramai lagi anak muda berubah menuju kebaikan selepas ini.Jangan putus harapan, Allah itu ada. Yang penting, niat kita berubah itu betul-betul lurus hendak menggapai mardhatillah (redha Allah). Niat, the first hadith in 40 hadith of Imam Nawawi. Ia umpama alamat, kalau salah alamat, salahlah tempat kita landing nanti. So, be gorgeous and calm always. Allah loves you, guys! 

  Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : 

” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ 

Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.”

 (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

A million thanks to Norewalani. May Allah bless you, dear! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan