Follow Fitri Lyiana Amir di Facebook

Ahad, 31 Mei 2015

Favourite book!

Assalammualaikum. Good night! A' ha memang malam pun. Guys, I think I wanna share some book that I love to read and of course I already read it first before I encourage its to u guys. Here it is a few book that I wanna suggest you guys to read. Maybe you can buy it for yourself and maybe you can found it at library. Maybe, but if me, I will try to buy it because I boleh conteng apa-apa nota nanti, senang!

Okay, first I encourage all of you to read this book.


Buku Langit Ilahi by Hilal Asyraf. I really loves this book. Saya masih ingat, saya beli di kedai popular di Sibu and it's cost RM 60+ sebab memang bukunya tebal dan padat. Tetapi langsung tak rugi beli sebab memang banyak manfaatnya. Habis saya baca, banyak yang pinjam buku nei and lastly, hilang tanpa jejak. Quiet sad but I know, I will try to buy the other one. I can't lose it more.


This one, buku Yakjuj dan Makjuj, dekat Sarawak it's cost RM 59 but now after GST, I dont know how much was added. Baca buku ini, automatik buat saya memahami sejarah yang tak pernah saya faham sebelumnya. Contohnya tentang serangan mongolia semasa Zaman Kerajaan Abbasiyah yang memang diceritakan dengan sangat terperinci oleh Muhammad Alexander. Seriously, kalau buku teks sejarah di sekolah cerita hal yang detail macam tu, confirm tak boring belajar sejarah. 



Buku Dalam Dekapan Ukhuwah by Salim A. Fillah nei series, memang meletop. Bahasanya, subhanallah, hanya yang membaca sahaja akan tahu. Saya memang terbuai dengan bahasanya yang puitis itu dan seolah-olah, dapat membayangkan diri saya berada di dalam situasi itu. Segalanya tentang ukhuwah menjadi manis jika saling mencintai, that's what the book said about.


For those yang sedang bertatih berubah menuju Allah, buku ini, Sayonara Jahiliah by Muharikah  memang pilihan yang terbaik. I still remember after finish reading this book, I letak atas almari komputer then adik lelaki saya yang form 5 lalu tempat tu and he take the book. Mungkin baca dulu buku ini sehingga habis, then absolutely, hati akan tergerak hendak berubah. My brothers did change a lot after that and I'm still not sure whether he really read the book or not. I hope, he "yes" did it.


It's just a few month ago saya jalan-jalan di Delta Mall dan hati terus tertarik untuk beli buku #Amoi Berhijab yang mengisahkan tentang hijrah dan kehidupan bekas model, Felixia Yeap yang sudah memeluk Islam. Her new name is Raishah Rania Yeap, quiet cute and preety woman. Girls, I encourage you guys to read this book. Inspiring :)


Remember the film of Dracula Untold? Filem yang dibikin oleh barat untuk menunjukkan betapa jahatnya Sultan Muhammad Al Fateh dan betapa si Dracula hanya menjadi mangsa kepada Al Fateh. Buku ini menyangkal filem tersebut yang memanipulasikan keadaan sebenar, well, you know, segelintir orang barat memang tidak akan pernah berpuas hati dengan Islam. Kegemilangan Sultan Muhammad Al Fateh menakluki Contanstinople memang tidak dapat dinafikan dan mungkin, filem ini dibuat hanya untuk mencalar maruah dan imej baik tersebut. No need to do that sebab Al Fateh memang sudah terbukti hebat, and you should read this book, the fact is Dracula and Al Fateh pernah menjadi sangat rapat suatu ketika dahulu. Tak nak cerita lebih-lebih, baca sendiri ya :)


Memang jarang baca buku tentang cinta sekarang tetapi buku "Aku ada wali"yang ditulis oleh Ustazah Fatimah Syarha dan suami beliau, Dr. Farhan Hadi ini memang patut dibaca. It is a drama yang memang sesuai untuk golongan remaja, yalah, remaja selalunya salah faham tentang konsep cinta. Buku ini memang best, tentang seorang pelajar perempuan yang belajar di Korea. Thumbs up!


And baru-baru ini, saya beli buku tentang Zainab Al Ghazali. Memang buku dia terbaiklah! Memang seronok baca dan ayat-ayat di dalamnya, subhanallah, amat menggugah. Jika yang hendak tahu mengenai sejarah bumi para anbiya, Mesir, buku ini patut dibaca dan dimiliki. Saya beli buku ini dengan harga RM 20 dengan diskaun 25 %, memang seronok sangatlah dapat buku best dengan diskaun lagi. Buku ini patut dibaca bagi mereka yang hendak terus bersemangat dalam dnT. Oh ya, tentu ada yang tercari-cari novel. Actually, saya tak begitu menghabiskan duit untuk membeli novel sekarang but still, ada membaca hasil daripada pinjaman dengan kawan-kawan but I think, novel - novel merupakan novel yang sangat bermanfaat. Bukan sekadar novel cerita kena kahwin paksa, jatuh cinta, get pregnant, merajuk sana-sini, dan saya rasa, novel begitu memang seronok tetapi sebenarnya sudah basi. Mungkin jalan cerita yang sedikit berbeza dan adventure will make a new improvement. Okay, the novel. Here it is, check it out!


Novel "Dan Bidadari Pun Mencintaimu" was really good. Sebab ada nilai-nilai Islam di dalamnya. Dan jalan ceritanya mengenai seorang lelaki penzina yang akhirnya bertaubat dan berubah. Semasa belajar di universiti, lelaki itu digilai ramai perempuan tetapi dia berusaha menjauhi wanita disebabkan masa lalunya. Pelbagai dugaan menimpanya dan saya banyak belajar tentang ilmu-ilmu agama yang saya tak tahu dari buku ini. Tidak ada part yang pelik-pelik seperti dalam cerita tujuh petala cinta, semua part dalam cerita ini berunsur pengajaran dan bukan cintan cintun yang membosankan semata! Sebab itu, saya kata buku ini berbaloi untuk dibaca. I got this book from Intan,my best friend.


The novel "Princess" by Jean Sasson really impressed me until now. Saya langsung tidak tahu kewujudan buku ini sebelum ini sehinggalah saya pergi ke Sabah awal tahun 2015, and I found this book. Saya tak beli pun, saya tumpang baca di rumah tempat saya tinggal bersama kawan-kawan, yang memang penuh dengan buku-buku yang menarik. Tetapi, berbanding dengan buku lain, saya sangat tertarik dengan buku ini walaupun ianya dalam Bahasa Inggeris. Saya baca dan semakin dibaca, semakin saya tertarik untuk terus membaca. Sayangnya, tidak habis dibaca, separuh saja sebab ada kerja tapi memang bestlah! Ianya tentang Puteri Raja keturunan Arab yang dikekang kebebasannya oleh si ayah dan saudara lelakinya. Tidak dibenarkan menentukan kehidupan sendiri dan dipaksa berkahwin, serta tidak dibenarkan mencapai impian untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Kasihan, kalau keluarga diraja itu benar-benar beramal dengan Islam, perkara seperti itu tidak akan terjadi. Buku ini, saya sendiri masih mencari, Kalau jumpa, jangan lupa kasih tahu ya!


Novel inilah novel terakhir yang saya beli. Itupun beberapa tahun yang lepas. Saya suruh pak cik beli novel lain tetapi dia belikan saya novel ini pulak. Saya katakan itu sebagai "takdir"! Sebab buku ini memang tentang Islam, dan memang mungkin buku ini memang jodoh saya, barangkali. Novel ini memang saya hadam dan novel ini jugalah saya dan ahli kumpulan saya jadikan bahan kajian assignment kami ketika upper six 2014 tahun lepas. We got A because of that assignment. Alhamdulillah. Btw, have this book and then, enjoy it. Banyak hadis dan ayat Quran korang boleh dapati dalam novel ini ;) By the way, itu sajalah buku yang saya nak kongsi dengan korang semua. Sebenarnya, banyak lagi buku-buku best yang dah dibaca tetapi buku-buku inilah yang paling terkesan di hati. Semoga korang juga dapat manfaat dengan membacanya. :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan