Bab
1
Sayang Rania
Tahun
2013
Kedua-dua belah tangan yang
bersarung tangan kelabu dimasukkan ke dalam poket baju jaket. Baju jaket
tersebut labuh paras lutut dan berwarna coklat cair, cukup elegan untuk
menyerlahkan aura si pemakainya, seorang wanita muda yang agak tinggi lampai
dan wajahnya kelihatan ramah serta mudah mesra. Wanita itu mengenakan seluar
palazzo berwarna hitam dan jaket labuh yang disarungnya pula berbentuk A shape serta mempunyai tali yang
kelihatan seperti tali pinggang berwarna coklat muda. Tali tersebut diikat
berbentuk reben di bahagian atas pinggang si wanita muda. Shawl berwarna kuning
cair digayakan di atas kepala dan kakinya menyarung kasut but perempuan yang
bertumit tinggi. Matanya yang bundar hanya lurus memandang ke hadapan sementara
kakinya, mengatur langkah dengan cukup teratur dan berhati-hati.
“Miss,
you forgot your books again!”
Seseorang bersuara garau menjerit agak kuat
memanggilnya dari arah belakang. Suara garau itu kepunyaan seorang pemuda yang
berusia kira-kira 22 tahun, dan pemuda itu kini sedang mengejar wanita muda
tersebut sambil tangannya memegang sebuah beg berwarna ungu yang berisi buku.
Wanita muda berjaket labuh itu menghentikan langkah kakinya dan menoleh ke
belakang. Terdengar keluhan kecil dari bibirnya saat melihat pemuda yang
menjerit-jerit memanggilnya itu.
“Thanks
a lot, Bryan for sending back my books.” Ucap si wanita muda perlahan.
Pemuda yang dipanggil dengan nama
Bryan itu menghulurkan beg sandang berwarna ungu kepada si wanita muda. Wanita
muda itu menyambut huluran Bryan, beg sandang ungu itu kini telah bertukar
tangan. Bryan kelihatan menghela nafas yang panjang untuk seketika sementara si
wanita muda masih membetulkan beg sandang ungu yang kini sudah disangkutkan di
bahu sebelah kiri.
“You
always like that, Miss.” Ujar Bryan sambil menggaru-garu kepala.
“And
you always give it back on the right time.”
Bryan yang berkulit putih
kemerah-merahan tergelak kecil mendengar apa yang diucapkan oleh wanita muda di
hadapannya itu. Bukan baru sekali wanita muda berjaket labuh tersebut terlupa
beg sandang ungu itu di kedai ibu Bryan, sudah berkali-kali sebenarnya.
Beg sandang ungu tersebut biasanya diisi dengan buku-buku yang dibeli oleh
wanita muda itu di kedai ibu Bryan, dan wanita muda tersebut juga tidak
banyak karenah. Hal inilah membuatkan Bryan senang melayan wanita muda tersebut
setiap kali wanita itu datang untuk membeli buku di kedainya. Seperti biasa,
buku-buku berkaitan dengan undang-undang dan isu semasa sentiasa menjadi
pilihan si wanita muda dan oh ya, Bryan juga sedia maklum wanita tersebut suka
membaca novel-novel berunsurkan misteri pembunuhan dan bersifat psiko.
“My
mother found it and ask me to return it back. She know it is yours. She said,
maybe you want to use these book immediately for your assignment or maybe, for
your revision.” Bryan bersuara teruja dan ya, dia tidak dapat menyembunyikan
keterujaannya setiap kali bertemu dengan pelajar jurusan undang-undang yang
berasal dari Malaysia ini.
“Thanks
again, Bryan. It’s help a lot. Actually, I think too much! That’s why I always
forgot my things everywhere and you know, being a student sometimes makes
me..yeah, like this.”
Wanita muda tersebut mengarahkan
jari telunjuknya ke arah dirinya sendiri. Bryan tersenyum lebar mendengar
wanita tersebut mengomel sendirian. Pemuda berusia 22 tahun itu kemudiannya
meminta diri daripada si wanita muda dan kemudian, mulai melangkah kembali
menuju kedai buku ibunya yang berada tidak jauh dari tempat tersebut. Si wanita
muda hanya mampu berdiri sambil memerhati langkah kaki Bryan yang berlari-lari
anak dan saat kelibat Bryan hilang setelah masuk ke dalam kedai, wanita muda
itu mengeluh berat.
“Sampai bila aku nak jadi pelupa
macam ni?” Ujarnya kepada diri sendiri.
Dia menyambung perjalanannya yang
tergendala sebentar tadi. Langkah kakinya diatur cukup yakin dan dia langsung
tidak peduli beberapa pasang mata yang memandangnya saat bunyi kasut but
bertumit tinggi yang dipakainya mengeluarkan bunyi yang agak kuat ketika
memijak jalan.
“OMG,
damn! It’s so beautiful.”
Sempat bibirnya bersuara memuji
ketika melihat beberapa ekor burung merpati hinggap di atas bangku di pinggir
jalan. Burung-burung tersebut duduk bertenggek memerhati si wanita muda,
seolah-olah tahu si wanita muda tersebut baru sahaja selepas memujinya. Dua
pasang burung merpati di hujung sebelah kiri kelihatan sengaja mengasingkan
diri dari kawanan burung yang lain, seolah-olah kedua-duanya sedang seronok
memadu kasih tanpa sebarang gangguan. Si wanita muda bertudung kuning tersenyum
kecil meliht pemandangan yang sedikit sebanyak berjaya mencuit hatinya itu.
Burung pun tahu bercinta, desis hatinya lucu.
“Rania, wait!”
Mendengar
jeritan suara yang lembut tersebut walaupun ketika pemilik suara lembut itu sedang memekik kuat, si wanita muda pantas berpaling menoleh ke
belakang. Dilihatnya seorang wanita muda berambut hitam pekat sedang melangkah
mendekatinya. Tangan wanita muda berambut hitam pekat itu penuh dengan beberapa
buah buku. Si wanita muda bertudung kuning hanya tersenyum kecil memerhati
telatah si wanita muda berambut hitam pekat.
“Saya
ingat awak sudah pergi jumpa Prof.” Ujar wanita berambut pekat hitam itu serius
sebaik sahaja langkah kakinya berhenti di sebelah si wanita muda bertudung
kuning.
“Saya
tertidur tadi.” Balas wanita muda bertudung kuning perlahan.
“Baguslah!
At least, saya ada geng.” Wanita
berambut hitam pekat bersuara lega.
“Jenny,
this is my first and last time.”
Wanita
muda berambut pekat hitam yang bernama Jenny ketawa besar mendengar kata-kata
yang diucapkan oleh si wanita muda bertudung kuning. Jenny merenung wajah rakannya yang sangat
serius dan kemudian, wanita berambut hitam pekat itu hanya mendiamkan diri.
Tahu benar dia dengan keadaan mood
rakan satu kos yang satu itu. Wanita
muda itu tidak suka datang lewat ke
kelas dan inilah kali pertama rakannya itu datang lewat gara-gara tertidur. Dan
ya, nama wanita muda bertudung kuning itu ialah Rania. Nama penuhnya ialah
Sayang Rania Binti Hilmi. Nama yang cukup kontroversi sebenarnya dalam kalangan
pelajar Malaysia yang belajar di University Of Reading, UK. Sayang Rania…….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan