Follow Fitri Lyiana Amir di Facebook

Jumaat, 22 Julai 2016

Contoh teks bahas : Tips perbahasan

Assalammualaikum.

Sebelum ini, di blog lama saya ada share teks-teks bahas saya yang lama ketika saya masih aktif dalam dunia perbahasan di sekolah menengah dahulu. Seperti saya dahulu, saya pasti ramai yang tercari-cari format dan cara membuat teks bahas yang berkesan. Beberapa tips yang dapat saya berikan adalah seperti yang berikut.

1. Fahami usul perdebatan.

Ini sangat penting, sekiranya kita tersilap memahami usul perdebatan. Ianya akan menyebabkan pihak lawan mudah mematahkan hujah kita. Dan ketika sudah memahami usul yang diperdebatkan, barulah kita usaha mencari kata kunci-kata kunci yang dominan dan kuat untuk dijadikan hujah pertahanan pihak kita.

2. Kata kunci

Pertandingan bahas di sekolah menengah biasanya setiap pihak tidak kiralah pihak kerajaan mahu pun pihak pembangkang akan menjulang tiga kata kunci. Jika kami dahulu, selalunya kami akan cari kata kunci yang sukar untuk ditangkap oleh pihak lawan :P sebenarnya mudah sahaja kata kuncinya cuma mungkin pihak lawan sukar untuk faham.

3. Bukti yang terkini

Jika mampu, cuba cari bukti-bukti yang terkini bagi menguatkan usul yang kita pertahankan/ bangkang pada hari tersebut. Misalnya usul "Kedatangan Buruh Asing Menyebabkan Sektor Ekonomi Negara Runtuh" dan dengan usul tersebut, kita mesti berusaha untuk mengenalpasti isu-isu buruh asing yang terkini. Ianya dapat dijadikan pengukuh dinding pertahanan pihak kita dan boleh juga digunakan untuk merapuhkan dan meranapkan hujah pihak lawan.

4. Izin laluan

Di dalam pertandingan Bahas Ala Parlimen, sekurang-kurangnya dua izin laluan akan diberikan kepada setiap pembahas. Gunakan kesempatan ini untuk menggoyahkan pertahanan pasukan lawan. Jika menyoal, soalkan soalan yang mencabar minda dan memerlukan High Thinking Order (HOT) jika dia dapat jawab, memang dia kuasai usul sepenuhnya. Dan yang disoal juga boleh mengambil kesempatan ini untuk mengenakan si penyoal kembali. You know, like kena batang hidung sendiri balik? Huhu.

5. Pastikan masa digunakan sepenuhnya dan secukupnya.

Selalu masalah tidak cukup masa menjadi igauan ngeri yang sering ditakuti para pembahas. Masa memang tidak cukup, sejujurnya. Lebih-lebih lagi setelah diserang dengan izin laluan, bagai berapi-api nak membidas balik. Jangan tertipu ya dear sekalian, itu adalah salah satu strategi pihak lawan untuk mengurangkan markah kalian. Kalian perlu tahu, penegasan pendirian dan rangkuman di akhir perbahasan juga turut ada markah. Jika kalian tidak sempat menegaskan pendirian pihak kerajaan misalnya, dan menegaskan hujah pihak kalian hanya gara-gara berlebihan membidas, kalian sendiri akan rugi. Bijaklah bermain dengan waktu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan