Tetiba hati terdetik hendak update blog pula malam-malam begini. Yalah, mungkin situasi yang agak sesuai di mana Kolej Harun Aminnurashid sekarang sedang lengang dari kesibukan yang selalunya berlaku. Sekarang kan cuti midsem, budak-budak degree majoriti dah balik kampung. Yang tinggal hanya sebahagian sahaja dan yang tinggal itu kebiasaannya budak-budak Sabah dan Sarawak, seperti saya sendiri. :D
Malam-malam begini mengingatkan saya kepada diri saya sendiri beberapa tahun yang lalu. Diri seorang Fitri Lyiana yang jauh berbeza dari diri saya yang sekarang, yalah, masa memang mengubah seseorang kan? But after all, saya sendiri sukar untuk percaya yang saya telah lalui semua yang nampak mustahil suatu ketika dahulu. Amazing! Kuasa Allah yang telah membuatkannya bisa saya lalui tanpa saya sedari. Allah memang benar-benar kasihkan kita kan, tetapi kita *siapa potong bawang tiba-tiba ni*
Pernah ketika awal saya baru masuk semester dua di UPSI Februari baru-baru ini, saya log in semula akaun facebook lama, yang pertama-tama kali saya ada. Sebenarnya facebook itu dah lama terkubur, saya sudah lama deactivate atas sebab-sebab tertentu. Tetapi hari tu, saya beranikan diri untuk log in semula. Dan ketika log in semula itu, saya merenung gambar-gambar lama saya. ya Allah, rasa nak menangis! Hati berbisik, inikah aku? Akukah ini? Akukah di dalam gambar ini? Allah. Allah. Allah.
Allahu Akbar!
Malu! Sangat malu.
Dengan tudung singkatnya, dengan tudung on offnya, dengan yang saya tak sanggup nak sebutkan lagi. Saya malu! Malu! Walau kekadang rasa rindu menerpa untuk kembali ke zaman dulu, zaman yang hanya tahu berhuha sana berhuha sini, enjoy sana enjoy sini, buat semua benda sesuka hati, tapi saya rasa, perasaan rindu itu mungkin hanya kepada teman-teman yang pernah rapat dengan diri ini. Saya akui sekarang pun saya masih galak bergila-gila dengan teman-teman tetapi ada batasan yang perlu saya jaga. Bukan lame, bukan kuno tetapi kita sebagai orang Islam, ada panduan yang perlu diikuti. Noted about that!
Memang kadang-kadang ada kawan terkecil hati dengan diri ini,
kata mereka, kenapa tak sporting?
Ya, sporting memang sporting tapi ada benda yang kita tak perlu nak sporting sangat! Terkinja-kinja bertemu lelaki misalnya, atau mungkin, melolok melalang tak tentu pasal. Maaf, saya memang boleh sporting tetapi ada certain bab, saya perlu tegas. Sebab saya dah pernah lalui rasa "menyesal" itu suatu ketika dahulu. Rasa yang saya memang tak boleh lupa sampai ke hari ini. Kesal, kesal dan kesal. Saya dahulu juga pernah terlibat dalam pergaduhan di kampung, sampai perkara itu dibawa ke rumah ketua kampung supaya ketua kampung dapat settle masalah tu. Apa puncanya biarlah saya sendiri yang tahu. Menyesal? Itu memang sudah pasti masih ada, masih bersarang, kerana bukan saya sahaja yang menanggungnya tetapi keluarga saya, turut terpalit sama gara-gara saya. Mak, bapak, kalau baca ni, maafkan anakmu ini. Kalau depan-depan, mulut kaku hendak menyebut maaf, sangat kaku.
Tetapi, benar kata orang.
Allah sentiasa sayang!
Detik tamat SPM tahun 2013, itulah detik keramat.
Allah tarik diri ini yang berada di lembah hitam untuk masuk ke sebuah jalan yang penuh sinar. Umpama kelam di dalam gelap, kemudian ada yang menyuluh lampu dan menghalakannya ke sebuah istana kota yang gilang-gemilang sinarnya. Bahkan lebih hebat dari itu sebenarnya! Allah hadirkan insan-insan yang punyai hati yang baik untuk membimbing. Mereka umpama kakak sendiri, jauh berbeza dengan orang-orang di sekeliling ketika itu yang hanya tahu melemparkan kata cacian, kata hinaan, bahkan menyumpah yang bermacam-macam perkara yang negatif. Saya jatuh cinta dengan mereka, dengan kakak-kakak yang umpama bidadari itu.
Di situlah saya mulai sedar tentang aurat.
Tentang batas pergaulan.
Tentang adab kepada ibu dan bapa.
Ternyata hidup saya sebelum ini jauh berbeza dari semua itu. Saya tidak pernah mengambil berat akan semua itu. Lalainya saya, alpanya saya, lekanya saya! Dan ternyata, Allah masih sayang :') terlalu sayang.
Gambar dengan mereka-mereka kecintaan (2014).
Jujur!
Saya kadang-kadang, terlalu menyesali masa silam. Tetapi seseorang pernah berkata kepada saya, hargai masa silam, tanpa masa silam, kamu tidak akan menjadi diri kamu yang sekarang. Dan kemudian, saya merenung diri saya sendiri, diri saya yang kini. Ya! Kata-kata hamba Allah itu ada benarnya, tanpa masa silam yang mengesalkan itu, saya mungkin tidak akan menjadi diri saya yang sekarang. Bahkan saya telah diberikan ilham dan peluang oleh Allah untuk menukilkan pengalaman sendiri dan teman-teman dalam novel "Seorang Maisara".
Lihat?
Allah masih terlalu sayang :')
Baiklah teman-teman,
Jika anda membaca nukilan ini, fahamilah bahawa kenapa saya takut untuk memandang hina mereka yang berseluar jeans ketat, bertudung singkat dan sebagainya! Ini adalah kerana, saya juga pernah menjadi sebahagian daripada mereka, dan ketika itu, tiada yang hendak membimbing, yang ada hanya yang menghukum dengan kata nista. Dan kamu, kamu dan kamu yang membaca ini, moga kamu dan aku, sedar bahawa kasih Allah itu terlalu luas.
Terlalu, sayang!
Terlalu.
lots of love,
Fitri Lyiana Amir.
9 April 2016,
11.41 pm
Kolej Harun Aminnurashid UPSI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan