Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Syukur sebab Allah izinkan saya untuk punyai waktu mengupdate blog kesayangan yang telah lama dibiarkan tidak berisi ini. Yalah, zaman universiti memang unexpected. Kadang-kadang, last minute pun ada benda yang kita perlu untuk selesaikan. Tetapi, Alhamdulillah, berkesempatan juga untuk update belog hari ini, pada hari Jumaat yang indah dan berangin sepoi-sepoi bahasa petang ini :P Okay guys, sebenarnya nak update tentang program hari terbuka KHAR yang telah berlangsung sepanjang empat hari minggu lepas. Seronok walaupun penat, banyak pengalaman baru sebab seriously, I really don't know anything about teknikal. Selama ini, cuma tahu jadi emcee saja, bukannya arif sangat pasal atur mikrofon, speaker, lappy and so on yang seangkatan dengannya. Susah jugak sebenarnya, tabik spring orang yang selalu handle PA sistem dekat sekolah dulu dan saya hanya tahu pegang mike and bercakap .
Baiklah, tanpa lengahkan masa.
Tataplah gambar program di bawah sepuas-puasnya.
All picture credit to Facebook Page : Media KHAR
Pada malam khamis, bersamaan 10 Mac 2016, ada ceramah
"MEMPERKASAKAN GENERASI BERPERSONALITI BINTANG"
yang disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha.
Awak semua, serius ni, ustazah Fatimah Syarha bila tengok depan-depan, subhanallah, cantik sangat! Hampir nak luruh jantung ni bila tengok muka dia dan kata-katanya, Zapppp! menusuk terus bah ke hati. Sangat baik, walau penat sebab baru lepas beri pengisian, dia masih layan anak-anak muda UPSI yang nak minta sign dan gambar dengannya termasuk saya yang ajak dia berselfie. muehehe.
Cantik kan? :')
Ini ketika sesi soal jawab antara Ustazah dengan student UPSI.
Pada malam seterusnya, hari Jumaat 11 Mac 2016, ada pementasan wayang kulit Seri Asun yang dibawakan khas dari Jitra, Kedah. Ini pun best, tak kering gusi ketawa. Memang oghang kedah best!
Abang and hakak MMK bergambar dengan pelopor utama Wayang Kulit Seri Asun.
Artis Jemputan ketika Malam Sabtu, Awi Rafael.
Okay, gambar-gambar seterusnya adalah ketika pertandingan Star Got Talent.
This guy really -.- unexpected ohh! Nama dia Lang, kami panggil dia Lang. Tak sangka diam-diam dia ni rupa-rupanya sangat hebat menari dan menyanyi. Dapat naib johan lagi tu. Btw, Lang, if you read this, congrats again. Memang fasih dia menyanyikan lagu korea serta dengan menari sekali. Lepas ni, bolehlah ganti GD ya, Lang.
Kenal tak mereka ni? Pasangan hangat dalam rancangan Semanis Kurma di TV 9.
Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah dan suami beliau, Ustaz Wan Akasyah dalam seminar
"ANTARA MIMPI DAN REALITI"
Ketika sesi soal jawab berlangsung. Gadis manis bershawl labuh ini coursemate kita, budak sastera. Namanya Fatin NurSabrina Binti Zainal. Dan satu lagi, yang juga bertanyakan soalan ketika seminar tersebut, tengok gambar di bawah :
Ha, ini dia abang pendeta sastera kami. Nama dia Amirul Hasyraf Bin Yusof, dia ni diam-diam ubi berisi. Tak percaya? Buktinya dia boleh ingatkan saya tentang kes keranda 152 yang berkaitan dengan martabat Bahasa Melayu suatu ketika dahulu. Hebat cukup hebat!
Ketika bengkel Pengurusan Jenazah, Rosham yang kena jadi model jenazah.
Ini pula di bahagian perempuan, Shakirah si kecil molek yang jadi model.
Dan gambar seterusnya adalah ketika Eksplorasi Alam Barzakh. Kawan-kawan yang join aktiviti ini cakap aktiviti memang sangat best dan seriau dibuatnya. Mana taknya, liang lahad yang betul-betul digali untuk memberikan real effect kepada peserta yang join.
See?
Gambar ketika Bengkel Cupcake. Kak Sheeqa cute! :D
Ini ketika pertandingan Chef Star. Huhu sempat saya dan Syifa merasa makanan yang dibuat oleh para peserta usai sahaja pertandingan. Serius sedap!
Nampak sedap, bila rasa lagi sedap :P
Okay guys, setakat ni je dulu saya update. Nanti kalau KHAR atau UPSI ada anjurkan program atau saya ada join program mereka, I will update here, insyaaAllah.
Stay tune, guys!
Lots of love,
Fitri Lyiana Amir,
18 Mac 2016,
4.52 Petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan