Today, 10 Februari 2015. Masa sangat pantas berlalu, meninggalkan kita. Ya ke, meninggalkan kita ke kita yang tertinggal? Dalam erti kata lain, kita yang terlalu banyak mensia-siakan masa sehingga terlupa bahawa setiap detik dalam hidup itu sangat berharga. Sedar tak sedar, kita sudah pun masuk ke dalam tahun 2015 and let us remember back what we have done last year, 2014.
There's a few question and let's answer it honestly, no need to cheat haaa! Allah know everything in our heart. Let's get started, dear.
1. Berapa banyak masa aku luangkan untuk Allah?
2. Berapa kali dalam satu tahun itu aku bangun tengah malam untuk bertahajjud?
3. Agak-agak berapa orang yang telah aku sakitkan hati sepanjang tahun itu?
4. Setiap kali ada program keagamaan dan program keduniaan, aku akan menghadiri yang mana satu?
5. Adakah cukup amalan dan ibadah aku untuk menghadap Allah nanti?
Itu adalah antara soalan yang patut kita tanya diri kita sendiri. Well, we just a human, that's right! We need time for our family, our friends, our beloved, and of course for ourselves. It's not an exception. But the point is, jika Allah tidak mengizinkan kita mempunyai masa untuk semua itu, we will NOT. No need to pointing finger blaming anyone, it's just US. Cuma kita yang mampu mengawal masa kita sendiri. Memang assignment banyak, kerja banyak, bisnes semakin maju, dan we helping our mother to do chores at home, memang masa free was so limited.
Kerana itu jika ada kesempatan, berikanlah waktu itu untuk Allah. But wait a minute, actually it's so easy to make sure our relation with Allah always in "on" mode! What is it? By doing anything because of Him. Study because of Allah. Makan kerana Allah. Naik kereta kerana Allah. It's easy. Allah Maha Pemurah, hanya dengan berniat perkara yang baik dalam hati, He rewarded us. Kita dapat pahala. Lagipun bila kita berniat melakukan kerana Allah, we will try to be the best and do the best in everything that we take part. Dan jika kita gagal, kita akan redha kerana percaya pasti ada yang lebih baik menanti.
For certain people, they will think "kegilaan apakah ini? Bagaimana mungkin setiap masa .."
Mungkin nampak gila but when you do something for the sake of Allah, you will know. It's make us feel really good although we fail to do something that we really want. And when you want something for sake of Allah, you can accept it when you lost it. Like "just let it go" although it's hurt and keeping make you heart bleeding.
"Apakah manusia mengira mereka hanya akan dibiarkan
dengan mengatakan "kami beriman" dan mereka tidak diuji?"
Surah Al-Ankabut ayat 2
29 : 2
Itu ujian. Bersabarlah. Back to point, sebagai muslim, kita perlu menggunakan masa dengan sebaiknya. For example as a student, adakah kerja kita hanya buku sepanjang masa? Student, just because of the tittle? Tidak kan? Tempat kita bukan hanya di kelas dan perpustakaan. Memang kita perlu fokus pada pelajaran but rohani dan roh kita? Bagaimana? Rohani dan roh tidak akan dapat diisi dengan lepak, shopping, game COC, internet 24 hours, korean song, or sekalipun you buang duit merantau satu dunia. Gembiranya sekejap tetapi roh dan rohani tetap zero.
Itulah sebabnya kita tidak boleh jauh daripada Allah. Islam juga bukan hanya pada solat, puasa, zakat sahaja. It's more than that. Islam adalah secara keseluruhan. Kalau kita baca saja al quran without memaknai maksudnya, kita solat lima waktu sehari semalam, but kita pisahkan kerja kita, aktiviti seharian kita dari Islam, that's is the reason. itulah jadinya, solat penuh lima kali tetapi still something wrong with us.
"Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam
secara keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah
syaitan. Sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang nyata bagimu."
Surah Al Bagarah ayat 208
2 : 208
Kata-kata Allah dalam al Quran, surah Al Baqarah ayat ke 208 itu menjadi bukti bahawa Islam itu adalah secara keseluruhan. Tiada istilah 50/50 dalam Islam. Teringat dengan kata seseorang, apa-apa yang bukan Islam itu adalah jahiliah. Dan saya teringat perbualan saya dengan seorang gadis yang pernah menuntut di universiti di India. Saya jauh lebih muda, kira-kira enam tahun lebih tua dari saya. Saya bertanya, wahabi itu apa? Dan saya pun bertanya, macam mana dengan makan tolak bala yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat kampung? Her answer is simple, membuatkan saya terus terdiam dan berfikir sendiri.
"Rasulullah buat tak semua tu?"
Katanya.
Pertanyaan saya dibalas dengan pertanyaan semula. Tetapi cukup terkesan bagi saya. Saya sudah mendapat jawapannya melalui pertanyaan itu. Itu kisah selingan kerana tiba-tiba teringat pada si gadis hitam manis yang ayu itu. Sebenarnya ayat 208 surah al Baqarah itu sudah menjadi suatu hujah yang kukuh, kepada pertanyaan segelintir pihak yang berfikiran sekular. Menjadi bukti bahawa Islam ialah bersifat menyeluruh, oleh kerana ia bersifat menyeluruh, kerajaan Abbasiyah berjaya membina tamadun yang hebat dan ketika itu Islam menguasai dua pertiga dunia. Islam meliputi sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara, dari individu sehinggalah ke bahagian pentadbiran. Siapa tidak kenal Umar Abdul Aziz, tokoh yang amat hebat?
Subhanallah, kisahnya sungguh menggugah.
Telusurilah semula sejarah.
Nama-nama hebat dalam tamadun Islam.
Jika mereka mengasingkan Islam dari kehidupan seharian mereka, mereka tidak akan mampu menjadi hebat seperti itu. Mereka hebat kerana Islam sebati dalam diri mereka, cara hidup mereka, pemikiran mereka dan sudah pasti roh mereka. Kerana Islam itu secara keseluruhan, bukan half way sahaja.
Jadi kesayangan,
It's not impossible untuk kita menjadikan cara hidup kita Islam, asalkan kita cuba untuk bermujahadah dan istiqamah, dengan izinNya pasti boleh. :) Pedulikan apalah orang kata kita gila, gila kita di jalan yang betul. InsyaaAllah. Semoga kita tidak termasuk orang yang bermain-main dalam urusan agama, menjadikan agama sebagai mainan dan mengambil sebahagian daripadanya sahaja.
"(Iaitu) orang yang menjadikan agama mereka sebagai mainan dan senda-gurau
kehidupan dunia telah menipu mereka."Maka pada hari (kiamat) ini, Kami
melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan
hari ini dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat kami."
Surah Al-Araf ayat 51
7 : 31
Just believe it!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan