Follow Fitri Lyiana Amir di Facebook

Selasa, 18 Jun 2019

Memorabilia MSFC

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hi everyone? How are you? I hope all of you being well, after a very long time I did not update my blog's entry in a year. Degree's life was quite tough, I guess. And here, soon it will end, insyaaAllah very well. Up and down during my four years here, it's taught me a lot of lesson, about everything, about life. The struggle is real, beh.  It's feel like a weird feeling, that you know you gonna leave this place soon. UPSI had been part of my life, everywhere Im going, I will be proud to say that Im Upsian. But now, Im not gonna be sharing about my life for this four years but I wanna tell a story about eleven souls in a group named MSFC. Akronim kepada Mira Sarawak Fan Club - MSFC. It was a very long story to tell about, because we got ten character except me, to complete the incomplete me, there. And yesterday, we had our pre convocation photoshoot at Proton City, Tanjong Malim. Let me share a few pictures of these eleven souls that always being around me, among the best thing I got in Upsi. THEM. :) 







It was a nerve wrecking moment, because I hate that tudung Im wear during this photoshoot yesterday. But for sake of MSFC, Im taking my own breath for a while and boost up my confidence  to wear that glittering pinky shawl. I don't know why Im bought that shawl and till know, I never know. And yet, this is an eleven souls called MSFC. 



This picture's taken during out Batch's Photoshoot 

It is true quality is much more better than quantity but here, if I don't have to choose and they have both of this -quality and quantity, why should I waste it? Some people my judging someone and ourselves also, maybe a toxic to someone but hey guys, can we appreciate a little moment that we have here? Ignore the toxic and here, there no such thing as racist because we are not just geng borneo in here. We have Kedah, Kelantan and Selangor. And if people think that way of us, I cannot help it because it's just a judgement. One thing for sure, siapa sahaja yang tidak pernah bergaduh sesama sendiri, tell me? Benda itu biasa jika dalam sebuah perhubungan, misalnya persahabatan. We did, but later on, it will be okay. Kami ada di sini, walau belum cukup lama, bukanlah kerana apa, tetapi kerana kebersamaan. Dan aku bersama bukan kerana mereka Sabah, mereka Sarawak, mereka cantik atau apa-apa asbab yang lain tetapi kerana aku selesa bersama mereka. Rasa "selesa" yang tidak ada dan sukar untuk aku perolehi sekiranya aku bersama sesetengah orang yang lain. Dalam erti kata lain, sekepala dan mereka tak akan judge aku berdasarkan apa yang mereka lihat tapi mereka akan tanya dulu kenapa, why.. sebab itu.. aku sayang mereka. Bukan bermaksud I cannot adjust myself with others, it's just that they are special. Too special. :') 


We lost Marnie and Nasrin in here. 9/11

I still remember those days, Ramadhan 2018, kita share satu tin air sama-sama untuk berbuka puasa di Kampus Baru. Kemudian, masih ingat kita main hujan sama-sama basah kuyup sewaktu dalam perjalanan menuju ke kelas KPD. Di mana Syu dan Ain mengintai bunyi tapak kasut aku berbunyi keluar awal dari dewan exam. Kita membahan dan kita dibahan, it's fun. Kita ada tukang husnuzon terkemuka. Tukang havoc yang kadang caca marba dan bidadari kecil yang selalu mengingatkan kepada kebaikan -Jannah of course. Dan bila seorang kena kecam, ramai-ramai akan simpan rasa tak puas hati pada orang yang mengecam hahahahaa. Adoh. Jelingan Nadhilah paling padu, sebelum diikuti muka tak puas hati Ain Shahida. And I gonna missing those thing. Aku mendoakan yang terbaik untuk kita semua, dan kepada yang bakal menamatkan zaman bujang -Min especially, semoga majlis berjalan dengan lancar, doa dari kejauhan ku kirimkan untukmu di Sabah sana. Later on, aku poskan hadiah melalui poslaju. Dan kepada teamMSFC yang masing single, lebih baik menanti dulu daripada kalian berakhir dengan orang yang salah. Yes, jodoh is a common thing yang selalu kita bahan but here, semoga setiap kalian bertemu dengan orang yang boleh menerima kelebihan dan kekurangan kalian termasuklah aku sendiri, may we lead a happy life with a person we loves. Biar lambat, jangan tersalah memilih. Dan semoga jodoh kalian yang sesat dan mungkin sedang menjaga jodoh orang lain, semoga cepat-cepatlah bertemu dengan kalian -ehem. 

Love you -eleven souls! - MSFC Squad memorabilia 













Selasa, 20 November 2018

CONTOH KERTA KERJA PROGRAM LENGKAP

Contoh Kertas Kerja Program


KERTAS  KERJA

PROGRAM RIANG RIA CEMERLANG TAHUN ENAM




1.0  PENGENALAN

Golongan pelajar tahun enam merupakan bakal remaja yang akan menjadi pewaris pemimpin dan kehidupan akan datang.  Justeru peribadi mereka perlu dilentur supaya rohani, intelek, emosi dan jasmani terbina seimbang dan subur. Apabila golongan generasi muda ini mempunyai kesedaran mengenai kepentingan mempunyai sahsiah yang tinggi dan keseimbangan dalam segenap aspek, mereka akan berupaya untuk mengaplikasikan pengetahuan yang mereka peroleh bagi mencapai matlamat di dalam hidup mereka. Hal ini secara tidak langsung mampu memotivasikan pelajar-pelajar tahun enam yang bakal menghadapi peperiksaan di akhir tahun untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Program Riang Ria Cemerlang ini memberikan pendedahan kepada para pelajar tahun enam di SK Abang Amin mengenai teknik bagaimana untuk menjadi pelajar yang cemerlang dari segenap aspek dan menimbulkan kesedaran dalam kalangan pelajar betapa pentingnya ilmu untuk dimanfaatkan di dalam seluruh kehidupan mereka.

2.0  MATLAMAT

Melahirkan generasi muda yang mempunyai cemerlang dari aspek sahsiah dan intelektual dan membudayakan pembudayaan cintakan ilmu dalam kalangan mereka.

3.0  OBJEKTIF

3.1  Melahirkan generasi muda yang cemerlang dan berperibadi mulia.
3.2  Membentuk jati diri yang utuh dalam kalangan pelajar .
3.3  Mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian sebagai budaya mereka.
3.4  Membudayakan budaya mencintai ilmu dalam kehidupan seharian.
3.5  Memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar tahun enam mengenai matlamat hidup mereka pada masa hadapan.

4.0  ANJURAN BERSAMA

Anjuran bersama SK Abang Amin bersama dengan bekas-bekas pelajar SK Abang Amin yang merupakan mahasiswa dan mahasiswi universiti-universiti awam di Malaysia.


5.0  TEMPAT PROGRAM

     5.1  Bilik Perpustakaan, SK Abang Amin Bintangor.

6.0  TARIKH

6.1  Hari Isnin bersamaan 8 Februari 2016

7.0  KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar Tahun Enam di SK Abang Amin


8.0  KOS PERBELANJAAN

Bil
Barang
Jumlah
Harga Seunit
Harga

1


Penanda buku untuk pelajar

60

RM 1.00


RM 60

2


Cenderamata untuk sekolah

1

RM 26

RM 26

9.0  SUMBER PERBELANJAAN

Peruntukan antara ahli jawatankuasa pelaksana.

10.0          AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

             
Penaung                      : Encik Abang Saini Bin Abang Haron
                                     (Guru Besar SK Abang Amin)
            Pengarah Program       : Nur Fitri Lyiana Binti Amir
            Setiausaha                   : Dayang Alyani Nazirah Binti Hassan
            Naib Setiausaha          : Dayang Nur Asilah Suhana
            Bendahari                    : Siti Munirah Binti Junaidi
            Naib Bendahari           : Mohd. Faizal Bin Rabaee

            AJK Makanan             : Nur Fakhirah Binti Mang
            AJK Peralatan             : Mohd. Fairullah Bin Amir
                                                  Zulhelmy Bin Razali
            AJK Fotografi             : Izzatul Ikhmal Bin Sedi
            AJK PA Sistem           : Mohd. Faizal Bin Rabaee
            AJK Pendaftaran        : Nur Fakhirah
                                                  Mohd Fairullah
                                                  Mohd Zulhelmy Bin Razali
           
           
Senarai Penuh Nama Fasilitator
1.      Mohd. Faizal Bin Rabaee
2.      Mohd Zulhelmy Bin Razali
3.      Mohd. Fairullah Bin Amir
4.      Nur Fitri Lyiana Binti Amir
5.      Dayang Alyani Nazirah Binti Hassan
6.      Siti Munirah Binti Junaidi
7.      Nur Fakhirah Binti Mang
8.      Dayang Nur Asilah Suhana

11.0          TENTATIF PROGRAM

(Kalau nak contoh tentatif, boleh komen di bawah blog sebab tak cukup nak muatkan jadual di sini)



12.0 PENUTUP

         Hasil  kerjasama daripada semua pihak yang terlibat diharapkan program Riang Ria Raya yang melibatkan pelajar-pelajar Tahun Enam di SK Abang Amin ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai objektif dan matlamat yang telah diinginkan.




Disediakan Oleh;                                                                                  


……………………………                                                               
( NUR FITRI LYIANA BINTI AMIR )                                      
                                                                                                        
Pengarah Program,                                                                      
Riang Ria Cemerlang 2016.         

Disahkan oleh:

------------------------
(ENCIK ...) 
Guru Besar                                                 

Isnin, 19 November 2018

Thethree #besties

Assalammualaikum teman-teman (nada Ria Ricis di Vlognya) :P 

Malam ini, aku nak abadikan beberapa gambar #thethree - Intan, Fitri and Munirah. Sahabat baik aku, yang aku tak malu nak minta duit daripada mereka hahaha -but of course ada masanya aku belanja mereka balik. And ada masanya kami saling meminjam duit #duniastudent faham-faham sajalah kau bagaimana rencamnya.  Sampai ke tahap itu, ya, persahabatan kami sampai ke tahap itu sebab kami saling percaya. And ada masanya aku merengek nak ole-ole dari Kelantan sebab Intan belajar di UMK Kelantan, dan juga ada masanya aku berbisik pada Munirah nakkan hadiah dari Kuching :P Lol. And yes, sometimes aku ada juga bawakan shawl atau barangan mekap untuk mereka dari Perak. Begitulah rutin kami sebenarnya, kadang kala. And I can tell how much Intan loves Mary Kay and how much Munirah loves that Sephora things (I mean barangan mekap yang berkualiti) doakanlah aku dimurahkan rezeki dan novel-novel aku banyak yang lulus penilaian oleh penerbit dan terbit tahun depan supaya niat aku nak belikan sesuatu untuk family dan dua orang ini dipermdahkan. Look at them, I can tell, that's how a real friend should be. 

Here, aku nak belanja gambar-gambar lama kami hahahahaa. 


Abaikan mulut aku di belakang.


Ni, gambaq yang elok sikit.


Oh my gosh! Mulut aku buat hal lagi dalam gambaq..


Tengoklah innocentnya mereka berdua dulu hahaha!


Bukti pipi kami memang dari dulu sudah bulat.

Gambar-gambar ini semuanya diambil pada tarikh 19 Jun 2014. Macam mana aku boleh ingat? Sebab aku tulis tarikh pada folder gambarnya -sentimentalis gituuuuuu. Waktu ini, dua orang ini temankan aku buat sijil untuk pengawas sebab aku memegang jawatan setiausaha Lembaga Pengawas waktu itu. Next moment hahahaa .....


I miss that tudung koshibo
and that T-Shirt Muslimah 
yang kami bertiga beli sama-sama



Munirah kata aku perosak gambaq! hahaha


Gambar retro kami di Limau Bintangor.


Can I have that body goals again? Huhu


Dari kiri : Aku, Intan dan Munirah - baca tafsir Quran.
Zaman aktif dengan usrah.


Gambaq legend, senior - junior hahahaa.


Ini gambar tahun 2016 kalau tak silap.

Terlalu banyak kenangan yang ada bersama mereka, tempoh masa satu setengah tahun menjalani hidup sebagai seorang pelajar Tingkatan Enam bukanlah mudah, namun Alhamdulillah, kehadiran dua insan ini di sisi menguatkan lagi diri untuk terus berjuang menamatkan form 6. Akhirnya, kami bertiga dan kalau dikira sekali dengan Achai, berempat sama-sama mendapat keputusan yang membanggakan dalam STPM yang keluar pada bulan Mac 2015. Nak spam lagilah gambar-gambar lama hahaha.


Dari kiri : Natrah, aku, Intan dan Munirah


Aku tak sempat senyum dalam gambar ni hahaha


Ini gambar aku dengan Munirah dalam kelas 6R2


Zaman tudung serabai 

Aku banyak buat entri dalam blog untuk dua manusia bernama Intan dan Munirah ni. Kalau rajin nak tengok pos-pos lama sejak bertahun - tahun silam, bolehlah try cari dalam blog ni. Kalau aku rasa something wrong mereka tak contact aku atau apa, aku baca balik entri itu dan akan memahami bahawa kami bertiga sudah ada komitmen masing-masing sekarang. Masa pun terhad dan aku jarang sekali dapat hang out dengan mereka - atas sebab-sebab tertentu yang melibatkan komitmen aku. Jadi, bila baca semula entri-entri lama, people do change because they grow older and so do I :) semakin dewasa, semakin banyak komitmen, semakin aku faham apa itu persahabatan yang sebenar. Jarang contact, jarang mesej dan jarang jumpa, tak bermakna hubungan itu sudah tiada, ianya masih seperti dahulu, bezanya hanya situasi ya. #UMK #UNIMAS #UPSI  kalau balik cuti semester, memang menggila dua orang ini membawa aku story morry hahahaha. Intan dan Munirah, tak sepolos yang orang bayangkan hahahaha. They grow a lot -more lovely, more gorgeous and always sharing about their fav make up, dress, food (of course) and skincare things. Kami membawang pasal banyak perkara terutama tentang produk skincare yang ada merkuri #topikwajib kami setiap kali berjumpa. 

And sometimes, kami berkongsi pengalaman merantau di tempat orang. UPSI dengan keistimewaannya, UMK dengan kelebihannya dan aku selalu bercerita tentang pelbagai ragam orang yang aku jumpa semasa berprogram dan masalah ketika membuat assignment berkumpulan atau berpasangan (yang dapat aku simpulkan semua pelajar uni memang akan menemui spesies ahli kumpulan yang menjadi sleeping partner -ahli yang tak buat kerja). Munirah juga selalu share ilmu kajian antarabangsa yang dia belajar dan tak kurang Intan, selalu nak ajak kami ke Kelantan sebab katanya makanan di Kelantan sedap-sedap. Target kami nak bercuti sama-sama sebelum kak Long naik pelamin, doakanlah urusan kami dipermudahkan ya. Doakan tahun akhir kami dipermudahkan oleh Allah dan berjalan dengan lancar sampailah konvo bulan 10 tahun hadapan. Aaamiin.

Terima kasih semua kerana sudi baca! :D 





Momentari Cikgu Praktikal

Assalammualaikum semua.

Di kesempatan yang ada ini, saya nak berkongsi pengalaman menjadi cikgu praktikal di SMK Seri Bedena, Sungai Besar, Selangor yang lebih popular sebagai SSB. Betul, zaman praktikal tidak semudah teori yang kita belajar semasa kuliah di universiti. Pelbagai cabaran kita hadapi, sebagai persediaan untuk terjun ke dalam bidang perguruan yang sebenar. Cikgu-cikgu di SSB selalu memberi kata nasihat, apabila sudah menjadi guru sebenar nanti, lebih banyak cabaran yang akan dihadapi hari demi hari namun jika kita ikhlas mendidik anak-anak muda ini yang akan memacu negara suatu hari nanti, insyaaAllah, Allah akan permudahkan langkah untuk kita. Nasihat insan-insan berpengalaman ini aku pegang, semoga akan sampai masanya aku juga akan menjejak langkah mereka menjadi seorang guru tetap setelah habis pengajian di UPSI tahun hadapan( Doakan keputusan Latihan Mengajar kami cemerlang dan FYP kami dipermudahkan urusan) . Dan jutaan terima kasih juga kepada Pensyarah Penyelia, Prof. Madya Dr. Azhar Bin Haji Wahid kerana sanggup datang-datang jauh-jauh dari Tanjung Malim ke Sungai Besar untuk menyelia saya. Tak dilupakan kepada guru pembimbing yang saya panggil Mama, Cikgu Zainita Hussain yang banyak memberi nasihat serta tunjuk ajar. Semoga Allah membalas kebaikan kedua-dua insan ini dengan kebaikan berlipat kali ganda. Tak dilupakan kepada pihak pentadbir sekolah yang sangat baik - dari barisan pentadbir sampailah ke mak cik-mak cik cleaner. Allah, baik sungguh! Jasa kalian tak akan terlupakan menjag seorang Fitri ini dan rakan-rakan. 


Gambar sewaktu Penyeliaan Guru Pembimbing yang pertama

Sebenarnya, ketika mula-mula masuk mengajar di sekolah, empat bulan itu terasa lama tetapi apabila sudah mula mengajar, buat RPH, buat JSK, melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti di sekolah, empat bulan itu terasa sangat singkat. Dalam masa empat bulan itu, macam-macam perkara yang kami belajar tak kiralah dari aspek pengurusan sekolah, pengurusan program (a little bit different from UPSI) jadi kami kena belajar banyak perkara dan sangat seronok sebenarnya. Antara program besar yang pernah kami, guru praktikal libatkan diri adalah sambutan Hari Kemerdekaan yang bersiaran langsung di RTM dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia. Kami mendapat tugasan melatih pelajar untuk membuat persembahan dan dalam masa yang sama, dua orang guru praktikal terpilih untuk mendeklamasikan sajak secara live di televisyen. Sayalah antara yang bertuah itu kerana terpilih hahahaha. Unexpected things come in unexpected way, girls. Kalau nak menonton video kami bersajak tu, bolehlah tengok di bawah:



Gementar berdebar baq hang!

Pengalaman ini takkan pernah dilupakan. Kemudian, semasa latihan mengajar di SSB ini juga saya berpeluang untuk merasai bagaimana cara nak handle Jingle House ketika Hari Kokurikulum sekolah dan dalam masa yang sama, menjadi guru pembantu yang membantu melatih Kadet Remaja Sekolah kawad kaki. Pengalaman yang sangat seronok, kerana dengan peluang ini saya boleh menjadi lebih rapat dengan murid-murid yang saya tahu, agak kekok dengan saya pada mulanya. 


Antara wajah murid-murid kelas 4USM dan 4UPM. 


Ini pun anak-anak kelas 4UPM dan 4USM.

Sebenarnya, saya cuma mengajar kelas 4 USM dan 4 UM (later I share muka-muka comel mereka) : subjek Kesusasteraan Melayu untuk 4 USM dan Bahasa Melayu untuk kelas 4 UM. Tetapi, entah bagaimana boleh rapat juga dengan budak-budak yang lainnya dari kelas-kelas lain - tidak terkecuali murid-murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 4. (Mungkin kenal semasa latihan kawad kaki peringkat bahagian atau semasa berpersatuan)  Seterusnya, pengalaman handle perkhemahan -AJK Persembahan dan Malam Burung Hantu. Phewwwww, seronok walaupun tak cukup tidur sebab dapat luangkan masa bersama murid-murid. 


Antara muka-muka pelajar 4 UM (Angah dan Shahrul)


Ain, murid yang rajin membantu cikgu.


Aktiviti Ikhtiar Hidup 


Siapa yang paling comel? Eh. 


Gambar Kien Wei ketika bangun jam 5 pagi 

Itu antara gambar-gambar semasa perkhemahan badan beruniform. Gambar-gambar ketika mengecat mural pun ada. Sepanjang kami melaksanakan Latihan Mengajar, kami sudah membuat tiga lukisan mural. Let me share, guys!


Permulaan bila seluar hitam kena cat warna kuning hahaha


Ini mural PAK 21 di Pusat Sumber 

Dua mural yang lain, saya tak jumpa gambarnya, adalah tu terperuk dalam mana-mana social media and folder. Di SSB, cuma tiga orang guru praktikal dari UPSI yang ada - saya dari Kos ISMP Kesusasteraan Melayu, dua orang lagi dari ISMP Pendidikan Moral (We never meet at UPSI but here it is, perancangan Allah mengatasi segala-galanya -kali pertama bertemu di SSB hahaha padahal satu universiti. Soalan seorang Suhaili kepada saya "Kenapa kita tak pernah terserempak di UPSI eh?" and I asked her the same thing hahaha. Takdir ketentuan yang namanya pertemuan. Daus pun, tak pernah terserempak dengan dia di UPSI. Bila difikirkan kembali, ada hikmah rupanya seorang Fitri Lyiana dicampakkan bersendirian di Sungai Besar. Kalau tidak, tak mungkin bertemu dengan orang-orang sebaik mereka. Tak lupa kepada Nurin (guru ROS dari kos TESL UPSI), Lin yang comel (Guru Ganti Sains - sekarang mengambil DPLI di USIM -Kos pendidikan Islam, dan Anas (Event planner, successfull entrepreneur) bangga kenal orang-orang hebat seperti mereka.


Inilah Suhaili (BFF berkepit sentiasa di sekolah hahaha) 


Dari kiri : Daus, Cikgu Nasorton, Fitri yang makin membulat dan Suhaili 


Yang duduk tu : Nurin 
Yang berdiri sebelah paling kiri tu : Lin (bakal ustazah)


Inilah kelas 4 UM 

(sentiasa dalam ingatan -4UM, 4USM) 


Lots of love, Cikgu Fitri 

(Doakan kami cepat posting dan dipermudahkan urusan)

Aamiin Ya Rabbal Alamin