Hai semua.
Hari ini hari terakhir saya menikmati cuti semester kedua di kampung halaman kesayangan, Bintangor, Sarawak. Dan seperti biasa, saya tidak pernah membiarkan cuti-cuti berlalu begitu sahaja. Jika sem yang lalu saya berniaga pisang cheese ketika cuti semester 1, cuti semester dua pula saya memukat ikan di laut. Pengalaman yang tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit. :) Biar muka tak flawless dan menjadi gelap kerana asyik berjemur, kepuasannya mengatasi keinginan untuk memiliki kuli peloless bak mira filzah dan che ta . eh? Dan nikmat yang maha hebat bila tengok ada ikan terkena jerat dekat pukat.
My hero, my bapak. You see that ?
Sarawakian menggelar ikan tersebut sebagai ikan Benong. Ketika ini, kami berada di Laut Baon. Dan pagi tu, waktu angkat pukat, terkejut tengok ikan ni melintang di tengah-tengah pukat. 13 kilo yawwwww! Kalau nak tahu, harga pasaran semasa, ikan Benong ni mencecah RM 35 per kilogram. Dan sementara menunggu air tenang sewaktu antara pasang dan surut, saya memancing. Ikan tak henti-henti makan umpan you you .. ha ha ha . best sangat! I tell you, memang seronok kat laut ni. Kalau ada peluang, jangan sia-siakan. Belajar tinggi-tinggi bukan maksud tak boleh nak sentuh tanah dan hidup susah. Mana tahu nanti kena posting mengajar kat kawasan pedalaman bagi yang ambil kos perguruan? Kos yang lain pun sama. Seronok sebenarnya, pengalaman! ;)
oklah.
Bye bye.
Esok dah nak balik UPSI.
Doakan kami tau :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan