Assalammualaikum.
Moga semuanya baik-baik saja ya kesayangan <3
Earthquake yang baru berlaku mengejut di Sabah pagi tadi, semoga menjadi peringatan buat kita semua. There are something yang Allah nak bagi kita muhasabah diri. Bukan hanya orang Sabah sahaja tetapi kita semua. It's same like Tsunami yang melanda Acheh during 26th Disember 2004, walaupun rakyat Acheh yang didatangkan ujian sedemikian tetapi kita yang lain patut bermuhasabah diri dan tengok something yang tersirat di sebalik semua kejadian tu. Semoga Allah lindungi dan jaga kita semua. Amin Ya Rabb!
Credit to my brother for this picture, it was his Seni Visual's task but I put it here.
Hari ini, terfikir hendak berkongsi sedikit perumpamaan atau mungkin analogi tentang bunga. You know, flowers memang selalu dikaitkan dengan perempuan but today, I will make it a little bit different. Memang sesuai digandingkan dengan perempuan sebab bunga kan sifatnya cantik dan mewangi gituh, tetapi bukan itu yang saya nak ceritakan di sini. It was about something that encourage us to not give up in our journey to get mardhatillah. Yes, indeed. let's we call this gorgeous and marvelous flower as Paradise flower. Namanya grand gituhh! :P
"Jika sekuntum bunga Paradise itu mati dan tiada bunga
yang lain untuk menggantikannya, ia akan menjadi sia-sia kerana perjuangan bunga
itu untuk terus menyelamatkan manusia terhenti di situ saja"
It was a simple analogy. Senang untuk difahami. Just anggaplah bunga Paradise ini adalah jenis bunga yang extraordinary berbanding dengan bunga-bunga lain yang sekadar bunga-bunga biasa di sekelilingnya. Bunga ini ditakdirkan Allah mampu menyembuhkan penyakit paling berbahaya di dunia. Bau wangi bunga paradise juga menyamankan dan boleh menyembuhkan sistem pernafasan pesakit-pesakit asma. Allahu, pendek kata bunga paradise ini memang sangat mendatangkan manfaat kepada umat manusia sejagat. Tetapi, lama-kelamaan, disebabkan banyaknya longgokan bunga-bunga paradise yang dijual di pasar dan di bandar-bandar besar, orang semakin malas hendak membiakkan sendiri si bunga paradise padahal waktu itu, bunga itu sangat banyak berbakti kepada masyarakat dunia. Orang-orang biasa mengira golongan profesional seperti pakar tumbuhan dan mungkin, doktor-doktor akan membantu membiakkan bunga paradise. Dan golongan atasan dan profesional pula mengira golongan petani dan pekebun yang akan membiakkan bunga paradise. Masing-masing hanya mengharapkan orang lain untuk memastikan bunga paradise terus berupaya memberikan manfaat kepada mereka sendiri, umat manusia. Mereka langsung tidak peduli untuk ambil tahu, bahawa bunga paradise sudah semakin pupus. Masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing, langsung tidak sedar mereka sedang melakukan suatu kesilapan yang sangat besar, yang akan merugikan umat manusia suatu hari kelak. Dan sehinggalah hari itu tiba.
Ketika itu penyakit-penyakit berbahaya yang suatu ketika dahulu telah lenyap, muncul semula dengan tiba-tiba. Pesakit-pesakit asma bertambah parah sehingga banyak yang meninggal dunia. Haruman-haruman bunga paradise tidak lagi ada untuk dihidu kerana ketika itu, bunga paradise sudah pupus. Langsung tidak ada dan kenyataan itu membuatkan penyakit-penyakit baru menular dengan sangat hebat. Penyakit-penyakit itu tidak dapat diubati melainkan dengan hanya bunga paradise. Kerajaan-kerajaan di seluruh dunia menjadi gempar akibat timbulnya penyakit-penyakit yang mengancam umat manusia itu. Nun di kejauhan, seorang pemuda miskin sedang memerhati dunia marhaen menggelabah dan cemas mencari penawar kepada penyakit-penyakit baru tersebut.
Pemuda itu duduk tenang di pondoknya, langsung tidak menggelabah dan cemas dengan keadaan dunia sejagat yang sedang dilanda musibah. Salah seorang kawan pemuda itu, si penggembala kambing hairan melihat telatah sahabat baiknya itu. Bagaimana si pemuda itu boleh setenang itu tatkala dunia dilanda pelbagai penyakit yang berbahaya? Si penggembala tidak habis fikir dan akhirnya, si penggembala kambing menyoal sahabatnya, si pemuda itu.
"Engkau releks jer aku tengok, orang lain ke sana-sini, susah hati memikirkan diri mereka sendiri, mengupah orang-orang pandai untuk mencegah mereka daripada dihinggapi penyakit. Engkau tak bimbang ke kalau-kalau penyakit itu terkena pada engkau?"
si penggembala kambing menyoal sambil menggaru-garu kepalanya.
Pemuda itu hanya mendiamkan diri mendengar soalan sahabatnya dan kemudian, dengan gaya bersahaja sambil merapi-rapikan rambutnya dengan tangan seperti gaya artis popular si Jijan (gaya mesti ada!), pemuda itu menjawab dengan tenang.
"Untuk apa aku hendak bimbang kalau aku masih ada penawar kepada semua penyakit itu?"
Rupa-rupanya, dalam diam pemuda itu membiakkan si bunga paradise. Pemuda itu memberitahu sahabatnya, si penggembala kambing, bahawa dia sedar bahawa umat manusia memang tidak akan pernah peduli untuk membiakkan bunga paradise sehinggalah pada suatu ketika, mereka memerlukannya semula tetapi ketika itu, mungkin sudah terlambat. Sebab itulah, dalam diam si pemuda membiakkan bunga paradise, agar dapat terus bermanfaat kepada manusia. Tetapi buat masa tersebut, bunga paradise yang dibiakkannya masih terlalu sedikit dan masih kecil-kecil belaka, Sebab itulah, si pemuda hanya mampu membantu orang-orang kampung yang miskin dan tidak mempunyai banyak wang! Pemuda itu berkata,
"Kau percayalah, suatu hari kelak bunga-bunga Paradise ini akan kembali menggoncang dunia! Segala jenis penyakit akan dihapuskan dan penyakit-penyakit baru akan gentar untuk muncul."
Si penggembala kambing hanya menganggukkan kepalanya sambil mengunyah karipap pedas.
-The End of story of Bunga Paradise-
Fuh.
Faham tak cerita nei? It was about bunga Paradise yang ditakdirkan Allah mampu menghapuskan penyakit-penyakit berbahaya. U have read it yourself there. Main pointnya di sini is about us as a muslim. Here, the one who I preferred to.
Bunga Paradise : Individu Muslim(IM for short term)
Si pemuda : Murabbi/orang yang membina IM
Penyakit-penyakit tu memang preferred to penyakit maksiat and yang seangkatan dengannya,
Kalau kita tengok, once upon a time, individu-individu Islam yang mantap seperti Abu Bakar, Usman Affan, Ali, Umar Al Khattab, dan Mus'ab merupakan antara contoh individu muslim yang telah berjaya menghapuskan penyakit-penyakit berbahaya kepada dunia. Dan murabbi agung mereka ialah Nabi Muhammad Saw. Tetapi setelah baginda wafat, pembinaan individu muslim tetap diteruskan oleh para sahabat sehinggalah Islam berupaya menguasai dua pertiga dunia. Dan untuk membina individu muslim itu bukanlah kerja yang mudah, bukan semudah hendak membentuk lembu dan kambing agar taat pada tuannya. Bukan semudah itu! Ianya sangat perlukan kesabaran yang tinggi kerana kita sedang membina manusia agar taat pada Tuhannya, agar menjalani kedua-dua tugas seorang manusia diutuskan ke dunia ini. ( 51:56 - hamba/abid 2:30 -khalifah).
Jika tiada sesiapa yang menyambung rantai perjuangan Rasulullah, lihatlah kemusnahan yang sangat teruk akan berlaku. Sekarang pun, di sekeliling kita, lihatlah dan renunglah dalam-dalam. Kita tidak akan mampu mencegah semua ini secara bersendirian, percayalah. Oleh sebab itu, binaan-binaan individu muslim inilah yang akan membantu kita. Bunga paradise jika hanya sekuntum, tidak akan mampu melawan penyakit yang datang menyerang dengan begitu dahsyat! Ia perlukan geng yang sama kuat dan mantap, untuk mengalahkan serangan penyakit-penyakit itu.
Can you get me?
Alhamdulillah if you can get what I want to say out. sebab banyak yang tak faham when I explain about this. Thats why I give the example of bunga paradise. Moga lebih faham!
Moga Allah berikan kefahaman kepada kita semua tentang ini.
Guys, pendek kata, untuk menjadi seorang individu muslim itu, kita mesti merelakan diri kita ditarbiyah dan kemudian bila sudah mampu, kita pula yang akan mentarbiyah orang lain. Tetapi, proses tarbiyah diri sendiri itu akan berterusan sehingga ke mati. Well, you know right? Iman manusia turun naik, bila seminggu tak usrah, it will start decrease to 0 level. I tell you the truth, guys. This is what I feel and I go through. Thats why kita perlu dibina dan membina. Dakwah itu bukan hanya pada mereka yang belajar agama saja tetapi semua umat Islam di seluruh dunia, jika mereka mengerti apa yang sepatutnya mereka lakukan di dunia ini sebagai transit menuju ke akhirat.
"Relakan diri ditarbiyah, kerana tarbiyah itu suatu proses yang berterusan sehingga ke mati."
Moga bunga-bunga Paradise terus menguntum mekar.
Moga-moga, bila kita mati nanti, ada pewaris yang akan menyambung perjuangan kita.
Dan untuk itu, pewaris-pewaris itu perlu dibina agar menjadi seorang muslim yang hebat!
p/s: Bunga paradise means bunga syurga;)
Dan untuk itu, pewaris-pewaris itu perlu dibina agar menjadi seorang muslim yang hebat!
p/s: Bunga paradise means bunga syurga;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan