Follow Fitri Lyiana Amir di Facebook

Ahad, 31 Mei 2015

Inspirasi:Wyn Wahyuni si Cikgu Berpurdah

Assalammualaikum kesayangan. 

Today Im very happy. Because actually, sudah lama dah nak update pasal seorang kakak nei. Taklah kenal sangat dengan dia tetapi selalu tengok dari jauh saja. Tetapi hari ini saya beranikan diri minta keizinan dari kak Wyn sendiri untuk tulis entri mengenai dia di blog saya. Dan saya juga minta izin ambik beberapa keping gambar dia untuk diletakkan di sini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 


This is her, Wyn Wahyuni. Lebih tepat, Cikgu Wyn Wahyuni.

The way how I got to know her was a little bit weird. Actually, she was IPG's student, IPG Kampus Rajang yang dekat-dekat saja dengan Bintangor. One day, I still remember clearly that day, hari persekolahan biasa. Petangnya, saya terpaksa pergi ke sekolah sebab ada urusan yang perlu diselesaikan. Saya budak Tingkatan Enam Rendah pada waktu tu and bapak hantar naik motorsikal pergi sekolah, SMK Bandar Bintangor. Jauh jugaklah sampai terpaksa melintasi kawasan Taman Rekreasi di simpang empat tu. Ditakdirkan ketika berada di kawasan lampu isyarat mtor bapak saya pun berhenti di sebelah sebuah kereta. Saya pun tengoklah kereta kat sebelah dan kemudian, terpana sebentar bila terlihat seorang wanita berpurdah dalam kereta itu. Saya terfikir jugak, sejak bila dekat Bintangor nei ada perempuan yang pakai purdah? And then saya cakaplah dekat bapak.

"Bapak, ada perempuan berpurdahlah dalam kereta tu!"

Bapak saya pun tengok dan kemudian mendiamkan diri, mata fokus pada jalan raya katakan. Tetapi saya tidak berpuas hati, masih jugak bercakap walaupun bapak saya memang tak balas sepatah pun.

"Bapak, nak jadi macam tu suatu hari nanti. Teringin! Seronok tengok kakak tu." 

Sejak hari itu, mata kakak yang berpurdah itu memang saya ingat, sampailah sekarang. Saya asyik terfikir, siapalah wanita berpurdah yang saya tengok tu. Orang mana agaknya dia? Memang saya agak teruja dan beberapa kali juga saya terserempak, tetapi saya tak berani tegur. Sebab mulut saya automatik terkunci kalau ternampak dia sehinggalah suatu hari, this my cute friend tell me yang ada seorang guru praktikal di kawasan sekitar Bintangor menggunakan purdah. Wah, saya memang terlebih eksaitedlah bila dengar. Eksaited bukan sebab hanya sekadar suka tengok dia berpurdah, tetapi cukup kagum bagaimana dia membawa diri dengan penampilan bertutup litup disertai purdah yang selalunya, dipandang serong dan pelik oleh anggota masyarakat. Thats I really adore her walaupun ketika itu, saya tak tahu pun namanya lagi. Saya sangat kagum!


Hendak diceritakan, suatu hari ketika online dan scroll newsfeed di facebook, saya ternampak gambar seorang kakak usrah saya dengan seorang wanita berpurdah. And I think, macam pernah tengok mata dia. Macam pernah lihat sebelum ini. Then I buka facebook yang bernama Wyn Wahyuni and I was like "OMG! This is her." Dari situ saya dapat tahu bahawa kakak berpurdah tu merupakan pelajar di Institut Perguruan Rajang yang dekat saja di Bintangor. Patutlah kadang-kadang terserempak dengan dia. Dekat saja rupanya. Saya ada jugak bertanya dengan kakak-kakak usrah tentang kak Wyn, boleh jadi saya boleh dilabel secret admire dia. Dalam diam, saya ikut perkembangan tentang dia. Saya sangat berharap, one day I will be like her. Sangat berharap walaupun waktu tu nampak mustahil.

"Ketika kau tak punya siapa selain Allah, 
ketahuilah Allah itu lebih dari cukup."

Itu antara ayat yang saya sangat suka yang kak Wyn nukilkan. Saya banyak bercerita tentang kak Wyn pada kawan-kawan, and they too, sangat kagum. Seriously, bukan senang nak berpakaian sunnah seperti itu di era moden ini. Dulu, saya agak takut melihat golongan niqabis dan berpurdah ini, sebab mereka ini saya lihat sangat suka menghentam sesama sendiri. Walaupun saya ada niat untuk menggunakan secebis kain itu ketika itu, saya jadi seram sendiri melihat perangai dan gelagat sesetengah si pemakai niqab dan purdah. Saya kuburkan saja niat, bahkan saya pernah inbox seorang gadis berpurdah, sebab nak tanya pasal bagaimana dia boleh berani dan mengharungi dugaan semasa berpurdah. Tetapi dia buat tak endah, hanya "seen" sahaja. Mungkin dia sibuk ketika itu, saya kira. Tetapi kak Wyn, dia juga wanita berpurdah tetapi tidak pernah memandang rendah pada orang lain. Isu niqabis upload gambar dan seangkatan dengannya, kadang-kadang jelas memperlihatkan bahasa kita kepada orang lain. Kata senior dulu "baru nampak belangnya". Sejujurnya, semua isu ini membuatkan orang lain takut untuk mengenakan secebis kain itu. kerana saya dulu juga begitu, pernah menjadi seram sejuk membaca hentaman-hentaman sesama niqabis. 

Tetapi ketika membaca apa-apa yang kak Wyn nukilkan dan gambar-gambar wanita berpurdah itu yang menjalani kehidupan biasanya sebagai seorang pendidik, saya menjadi semakin bersemangat dan di situ, saya mulai menemui keberanian untuk turut mengenakan purdah. Betulkan niat dari awal dan cuba melakukan perubahan. Lagipun, saya ini jenis perempuan yang outspoken, seriously. Berpurdah memang mengurangkan sikap outspoken saya itu, sejujurnya. Mulut saya tidak murai lagi seperti dulu melainkan hanya dengan teman-teman rapat saya. Dan terima kasih kepada kak Wyn untuk itu. Saya mulai berpurdah ketika berada di upper six, dan memang dugaannya berat pada mulanya. But, lama-kelamaan jadi terbiasa dicop dengan pelbagai nama dan benda. 


IPG Kampus Rajang

I bet, pasti banyak dugaan yang kak Wyn dah lalui sepanjang mengenakan purdah. Sudah pasti ada yang menghentam dan memandang serong but how surprised, she become a very great teacher now. Dia antara yang berjaya membuktikan, bahawa purdah dan niqab bukanlah penghalang untuk seseorang wanita itu berjaya. Buktinya, ada pada Wyn Wahyuni. I adore her so much. Lagipun, kebanyakan orang yang saya jumpa selalu bimbang kalau mereka menutup aurat, adakah yang hendak mengambil mereka bekerja? Ada sahaja, rezeki itu datang dari Allah. Bagi wanita yang berpurdah, mereka boleh menanggalkan purdah ketika bekerja atau study. Like me, dulu ketika sekolah memang dekat luar saja pakai purdah, dekat sekolah pakai tudung labuh saja. Dan sangat seronok, tengok kak Wyn pakai purdah ketika menjadi seorang pendidik. How sweet and brave right?


Cikgu Wyn Wahyuni semasa berucap di perhimpunan sekolah

Sebelum ini, saya tak pernah tengok mana-mana gadis berpurdah di Bintangor and since I saw her, I really hope banyak lagi gadis yang akan berani menyarung pakaian sunnah itu. Kak Wyn, i love you and thank you so much, and Im sorry sebab stalk kak Wyn dalam diam. Seriously, I hope you will go on with this appearance sampai bila-bila. Ramai lagi anak muda yang ingin jadi macam kak Wyn, tetapi mereka tidak punya keberanian dan semangat yang cukup, kak Wyn doakan kami kuat ya.

-Sayang kak Wyn-

(Semua gambar credit to Facebook Wyn Wahyuni)

Guys, kawan-kawan yang lain, semoga entri ini bermanfaat ya. Sebenarnya ada lagi wanita berpurdah yang saya kenal, bekerja sebagai doktor dan ada juga yang saya dengar, bekerja dengan pihak Petronas. Tiada masalah yang besar jika apa perubahan yang kita lakukan itu, adalah kerana hanya ingin menggapai redha Allah. InsyaaAllah. Walaupun kita tidak dapat menilai solehahnya seorang muslimah itu melalui labuhnya tudung dan purdah, sekurang-kurangnya kita berusaha menjadi lebih baik kan. Bukan hak kita untuk mengatakan seseorang itu solehah atau tidak. Dan semoga, entri kali ini bermanfaat untuk semua. Semoga Allah redha.

Abdullah bin Amr  meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w.:

“Sesungguhnya dunia itu  adalah perhiasan dan 
sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah .”
 (Hadis Riwayat. Muslim no. 1467).




3 ulasan:

  1. Masha Allah, semoga Allah memberkati beliau. aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah sis. Semoga Allah memberkati Kak Wyn dan kita semua. :)

      Padam
  2. marwyn wahyuni..moga Allah jaga selalu :)

    BalasPadam