Follow Fitri Lyiana Amir di Facebook

Ahad, 26 November 2017

FAIRUL AMIR PART 1 - Diari Adikku

Pernah engkau rasa begitu cepat masa berlalu, dan setiap kali kau balik cuti semester, kau akan terkejut betapa cepatnya adik-adik kau membesar menjadi anak gadis dan anak teruna? Aku begitu. Aku terkejut melihat tumbesaran adikku, selepas dua tahun setengah sudah aku belajar di UPSI. Setiap kali aku balik cuti semester aku sedar mereka makin membesar. Di sini aku hendak abadikan betapa jauh adik aku yang seorang ini membesar sampai lebih tinggi dari aku pada masa sekarang. Adik lelaki aku satu-satunya, Mohammad Fairullah bin Amir.


Keciknya peroi kat situk hahaha 
kecik besar kecik besar je aku tengok 


Ni gambar kat kebun, waktu ni aku masih sekolah menengah dan aku tak ingat berapa umur peroi waktu ni. Yang pasti, budak memang dah senget perangainya dari kecik, gila-gila orang kata.


Waktu ini rasanya dia masih darjah enam.
Gambar waktu raya


Haip.

Hahaha tak ingat juga waktu umur dia berapa


Ini gambar kat kebun, gambar dia bersama sepupu kami. Waktu ini kami baru saja habis menebas rumput di kebun, berhenti sekejap sebab hujan kan. Jadi, singgah kedai cik Nat kejap. 


Gambar ini bagi aku sangat bernilai. Saja mahu berkongsi, semua anak-anak kecil dalam gambar ini sekarang semuanya sudah besar. Yang aku bulatkan dengan bulatan berwarna hitam, itu semua adik-adik aku yang sekarang sudah melangkah masuk ke alam remaja (kecuali Celom yang baru nak masuk darjah empat tahun depan, nak tahu rupa Celom, itu yang aku bulatkan dengan nombor 4) yang aku letak nombor 2, 3 dan 4 itu adalah urutan adik-beradik kami. Nombor 1 adalah aku, sudah tentu huhu. Yang nombor tiga itu sekarang pun sudah jauh berbeza rupanya dulu dengan sekarang, sekarang dah pandai nak demand bab penampilan, haruslah sebab dia anak perempuan, harus peduli tentang penampilan. Dan peroi, (nickname for Fairul) juga dah banyak berubah. Sudah tak dapat nak gaduh sembarangan sebab masing-masing dah besar kan, walau kadang memang gaduh juga hahahaha. 


Ini pada tahun 2011 atau 2012 tak silap.


Rambutmu peroi mana? Ini bukti yang dulunya kakaknya lagi tinggi dari dia hahaha dan sekarang, tengok pula gambar di bawah. Bukan juga gambar latest juga tu tetapi okaylah sebab gambar bawah ini gambar pada tahun 2016. Lihatlah perbezaan kami berdua - siapa tinggi siapa rendah.


Huk, Tangan ai berbelit di situ 


Alahai. Muka suci lagi budak ni waktu ni, banyak lagi gambar lama sebenarnya tetapi sudah tidak tahu di mana foldernya aku simpankan. Kadang-kadang terdelete juga tidak aku sedar, sedar-sudah sudah tidak ada. Dan kemudian di bawah, aku sertakan gambar-gambar muka dia baru nak matang - dalam form 3 sampai form 5 begitu di bawah ini. 


Masuk lalat mulut tu baru tau


Rambut hahahaa


Ini gambar pada tahun 2016 juga rasanya, 
temankan kakaknya berdiskusi tentang program


Muka semadi nadai - kata orang Sarawak 

(Gambar bersama sepupu, Chineese New Year 2016)


Gambar sewaktu dia menyertai pertandingan bahas di SMK Meradong


Gambar ini diambil sebelum dia SPM pada tahun 2015 


Acah -acah dewasa padahal budak lagi waktu ni. Tapi adalah juga muka nak matang tu hahaha. Ini gambar dia pada tahun 2016 dan ke bawah. Nak tengok gambar dia yang sekarang? Bolehlah follow instagram dia - ffeerozz akak dia tolong promote okay? hahaha. Let's me share his new picture of 2017 yang membuatkan aku terfikir, betapa pantasnya masa berlalu.


Pada mulanya aku tak tahu pun yang lelaki dalam gambar ini sebenarnya adalah adik aku. Kelakar kan, kakak tak kenal adik dia sendiri? Sebab seriusnya, aku fikir yang ada di dalam gambar ini adalah seorang pelukis profesional, sehinggalah adik aku pos gambar ini di laman sosial dia. Adeh.


Ini gambar dia konvo baru-baru ini. Nampak tak jerawat kat muka dia tu? itulah akibat kalau stress study untuk STPM dan tak cukup tidur. Dan sempena hari lahir dia yang ke 19 pada 26 Disember ini, aku nak selitkan gambar dia bersama kek hari jadi di sini, dua gambar pada masa yang berbeza hahaha. 


Kecik lagi budak ni waktu ni


Ini gambar yang terkini 

- Gambar peroi bersama kek hari jadi Mas yang ke -13- 

By the way, selamat menyambut ulang tahun yang ke - 19 Peroi pada 26 Disember tuk. Saja aku mok tulis awal-awal, takut kelak sik ada masa nak tulis entry lagik. Moga dapat keputusan cemerlang dalam STPM and dapat tawaran masuk universiti, make mak dan bapak proud of you, again and again. Kakak love you so muchhhhh! :) 

Lots of love,
Kakakmu yang buntal,
Fitri Lyiana Amir. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan