Follow Fitri Lyiana Amir di Facebook

Jumaat, 16 Jun 2017

The moment #Suatuketikadahulu Part 1

Pernahkah kau rasa rindu kepada masa-masa lalu yang telah kau tinggalkan? Aku tahu bagaimana rasanya itu kerana aku sedang merasakannya sekarang. Dari prasekolah sampai aku berada di universiti sekarang, tak terasa begitu cepat masa menyaingi langkah kaki kita sehingga peristiwa-peristiwa lucu yang terasa baru berlaku semalam, rupa-rupanya telah berlalu begitu jauh dan lama. Aku tidak tahu bagaimana aku harus bereaksi saat mengingat kembali peristiwa-peristiwa itu. Sesiapa pun yang muncul di dalam hidup aku sebelum ini, terima kasih aku ucapkan. Rakan-rakan sekelas, zaman pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, Tingkatan Enam merupakan fasa-fasa yang membentuk diri aku dan orang-orang yang muncul ketika fasa-fasa tersebut, walaupun hanya untuk sementara, aku yakin ada hikmahnya. Aku rindu saat-saat itu walaupun aku tidak yakin sama ada orang-orang itu merindui aku, memandangkan aku ini hanya sekadar watak sampingan dalam hidup mereka. Di mana-mana pun dalam babak hidup seseorang, watak-watak sampingan seperti aku ini tidak dianggap penting, melainkan aku memberi makna kepada kenangan bersama mereka tetapi sayangnya, aku merasa aku tidak memberi makna dalam hidup orang-orang itu. Mungkin hanya sedikit, sebagai teman sepermainan yang menjengkelkan, aku rasa. 

Fasa-fasa itu ialah fasa di mana anak-anak muda seusia aku mencari yang dinamakan kawan dan mencari pengalaman serta ilmu pengetahuan. Dalam proses mencari yang dinamakan kawan, pengalaman dan ilmu itu, berbagai-bagai ragam, rencah dan peristiwa aku lalui. Lucu juga bila diingat kembali. He he he. Ketika berumur enam tahun, masih berada di pra sekolah, aku pernah dicubit oleh mak budak sekelas dengan aku kerana aku menyebabkan anaknya menangis. Mak budak itu marah aku dan mak aku cerita pada aku, mak budak itu suruh mak aku ajar aku supaya lebih beradab. Aku pun tidak tahu apa yang seorang Fitri Lyiana yang berusia enam tahun fikirkan ketika itu, sehingga membuat teman-teman sekelasku menangis he he. Maaf mak, mungkin sulit untukmu membesarkan anak senakal dan selincah aku. Terima kasih kerana bersabar sampailah sekarang.

Ketika masuk tahun 1, keputusan ujian pertengahan tahun aku dapat kedudukan 12/40+ di dalam kelas. Mak aku sedikit kecewa, tetapi aku tebus kekecewaan mak dengan mendapatkan kedudukan yang jauh lebih baik ketika ujian akhir tahun. kedudukan nombor empat dan aku lihat senyuman di muka mak, aku puas hati. Ketika tahun 1-tahun 2, aku tidak mempunyai sesiapa yang boleh dikatakan sebagai sahabat baik. Aku berkawan dengan semua orang, asalkan orang itu mahu berkawan dengan aku. Kadang aku juga merasa tersisih, entah kenapa perasaan itu muncul dalam diri seorang anak kecil ini waktu itu. Ketika aku masuk tahun 3, kelas 3 Usaha waktu itu, ada seorang murid baru bernama Siti Munirah. Dan aku dengan cepat dapat menyesuaikan diri dengan dia sebab dia baik dan tidak seperti orang lain. Aku tidak begitu suka berpuak-puak sebenarnya dan dengan Munirah, kami berdua boleh 'masuk kepala' dengan mana-mana geng. Dan mungkin, sedikit sebanyak kegilaan aku bercakap piyooo Bintangor Sarawak turut mempengaruhi Munirah huhu. Antara teman-teman sekelasku waktu itu yang aku ingat ialah Suhaili, Ikhmal Amit, Izzati Fadhly, Azlan, Dek Cik, Daniey. Masyaa-Allah, tiba-tiba rindu sungguh dengan mereka.
Kami berpisah selepas pemilihan kelas semasa darjah empat, di sini kelas diasingkan. Aku dan Munirah masuk ke kelas 4 Tekun, kelas budak-budak pandai dan kebanyakan daripada murid-murid kelas itu, aku tidak berapa kenal dan rapat. Bahkan aku rasa sebelum ini aku tidak pernah tegur pun mereka waima kami berada dalam sekolah yang sama. Mula-mula agak kekok berada dalam kelas itu tapi aku cuba mengadaptasikan diri untuk selesa. Kelas budak-budak pandai memang daya persaingan mereka semacam huhu. Aku yang tak berapa suka nak bersaing ini ketinggalan di belakang, mengikut arus perdana aku yang seperti sebelumnya (kalau subjek aku suka, aku fokus. Kalau aku tak suka, babai :P) terutamanya matematik.

Aku selalu gagal dalam subjek matematik. Aku langsung tak suka dan kalau exam math, aku langsung tak buat betul-betul sebab aku tak suka. Ada seorang dua classmate aku dalam kelas tu pernah perli sebab aku gagal Math. Tapi aku anggap biasa dan keluar ikut telinga kiri. Bahkan aku pernah berterus terang dengan mak dan bapak bahawa aku tak suka subjek matematik and I will never get A for this subject because I hate it. Mak dan bapak hanya mampu geleng kepala tengok aku hehe dan untuk subjek Bahasa, sebaliknya pula yang berlaku, aku sangat suka perkara yang berkaitan dengan bahasa dan cerita. That's why kalau ada story telling competition di sekolah, cikgu akan masukkan nama aku tak kiralah story telling in English or Bahasa Melayu. Semangat aku semacam bila berurusan dengan perkara yang berkaitan dengan bahasa ini, auranya membuak-buak untuk melakukan yang terbaik.

Dan sampai aku berada di tahun 5, aku masih dengan masalah yang sama dengan Math dan Munirah, still ada bersama aku. Kadang-kadang aku bergaduh dengan dia sebab kami tersuka orang yang sama (Crush :P) rasa pftttttttt bila ingat balik  ha ha ha :P masalah aku dengan Munirah yang satu ini tak pernah habis kerana kami sentiasa tersuka orang yang sama tapi bila sudah masuk ke sekolah menengah, waima tersuka orang yang sama tidaklah sampai kami bergaduh nangis nangis hentak kaki macam sekolah rendah dulu hahaha.

Dan perkara yang paling mengejutkan aku, subjek yang paling aku tak suka dapat skor A waktu UPSR dulu. Ini mengingatkan aku kepada ketulusan cikgu Matematik yang mengajar aku selama ini dan cikgu Kartini antara orang yang gembira bila aku dapat A dalam matematik, yalah, subjek paling aku lemah segala lutut dan tulang, Matematiklah jawabnya. Terima kasih cikgu, jika cikgu membaca blog ini. :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan