Follow Fitri Lyiana Amir di Facebook

Jumaat, 24 Julai 2015

Seorang Maisara (Bahagian 2)

-Seorang Maisara- (Bahagian 2)


"Mak! Mak oh mak!"
Maisara menjerit-jerit kuat, memanggil-manggil ibunya. Kasut dibuka dan diletakkan di dalam kotak di belakang pintu rumah kayunya. Matanya melilau mencari kelibat si ibu tetapi langsung tidak kelihatan.
"Mana mak ni?" Maisara masuk ke dalam dapur, ibunya tiada juga di situ.
Qaisara memerhati pucuk ubi yang diletakkan di dalam besen berhampiran dengan sinki. Pucuk ubi segar itu sudah pasti dipetik daripada kebun Mak Som, orang tua baik hati yang selalu membantu Maisara sekeluarga.
"Kamu sudah balik, Maisara?" Maisara menoleh saat mendengar suara si ibu yang menegurnya. Suara yang seperti biasa, lembut dan penuh kasih.
"A'ah! Baru balik." Jawab Maisara ringkas.
Wajah si ibu diperhati. Ibunya nampak penat sekali, seolah-olah baru sahaja melakukan kerja yang sangat berat.
"Mak dari mana? Macam penat jer!" Maisara menarik kerusi yang berhampiran. Disuruhnya si ibu duduk di atas kerusi tersebut. Kasihan ibunya, letih benar nampak gayanya!
"Dari rumah Mak Su kamu. Dia suruh mak tebas semak-samun belakang rumah dia tu haaa! Banyak ular di situ katanya."
"Apa?" Maisara berasa marah tiba-tiba. Tahu banyak ular di situ, kenapa ibunya yang disuruh menebas? Kenapa tidak upah sahaja pekerja lelaki yang lain?
"Mak Su kamu cakap dia tiada duit nak upah orang. Jadi dia mintalah mak tolong dia." Lembut sahaja suara si ibu menutur bicara.
"Mak! Mak Su tu penipu. Dia sengaja susahkan mak. Upah orang tebas rumput tak boleh, tapi tiap hari pergi shopping beli baju baru, perabot baru, boleh pulak!" Qaisara bersuara bengkeng, marah benar rasa hatinya.
Mentang-mentang keluarganya miskin dan susah, sesuka hati orang sahaja hendak mengarah itu dan ini. Mungkin ibunya dapat terima tapi Maisara, tidak!
"Tak apalah, Maisara." Ibunya masih berlembut hati. Qaisara mendengus kasar, kenapalah ibunya terlalu baik? Zaman sekarang, buat baik berpada-pada! Silap hari bulan, kena pijak kepala.
"Mak, ini bukan kali pertama diorang buat mak begini tau? Selalu sangat dah! Mak janganlah jadi pak turut saja, kita pun ada harga diri dan maruah, mak! Saya tak suka dekat Mak Su tu."
Maisara mencebik bibir. Hatinya terasa jengkel membayangkan wanita berlagak diva itu. Bertudung tapi menampakkan rambut, entah mazhab mana diikutnya? Maisara mengetap bibir, geram!
"Biarlah, mak hanya ada tiga beradik saja. Pak Long dan Mak Su kamu tu sajalah yang ada."
Maisara mendiamkan diri. Memang hanya mereka saudara terdekat yang ada. Ibunya benar! Tetapi Maisara tidak dapat terima cara mereka melayan ibunya. Umpama melayan orang gaji yang tidak bergaji. Atau lebih tepat, hamba mungkin?
"Orang lain bertudung, berbaju kurung datang kenduri ke rumah aku! Kau datang dengan jeans dan T shirt? Tak beradab betul anak perempuan Angah ni!"
"Kau tak layak bergaul dengan anak-anak aku! Nanti mereka jadi ahli neraka macam engkau!"
Kata-kata pedas Mak Su nya itu sampai sekarang masih terngiang-ngiang di telinga Maisara. Mengenangkan kata-kata orang tua itu, Maisara tersenyum sinis.
"Aku ahli neraka? Dia? Ahli syurga? Tutup aurat pun masih tak betul! Tudung protactor!"
Maisara tergelak kecil saat menyebut perkataan "Tudung protactor!" yang bermaksud tudung yang menutup sebahagian rambut sahaja!
"Haaa! Gelak sorang-sorang tu dah kenapa?" Si ibu mengerutkan kening, hairan melihat telatah anak gadisnya.
"Nothing, mommy! Astalavista babeh!" Pipi ibunya dikucup sebelum Maisara berlari menuju ke biliknya. Sempat gadis itu mengenyitkan sebelah mata ke arah si ibu sebelum menghilang di balik pintu.
-Akan bersambung-

Perhatian : 

Saya tak benarkan karya saya ini dicopy, ditiru, diambil tanpa pengetahuan dan izin saya. 

Harap maklum. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan